Seo Services

KAD RAYA VS SMS

Salam semua..

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? hmm...bangun pagi tadi saya tetiba teringat insiden yang berlaku kepada saya 2 hari lepas..jeng..jeng..jeng..hmm..jgn silap ingat kata saya kemalangan pulak yer..begini sebenarnya..

Dua hari lepas saya ke Teluk Intan bagi mencari keperluan membuat kuih raya dan beberapa keperluan keluarga yang lain..setelah selesai saya memasuki sebuah kedai buku yang sering saya kunjungi..niat di hati nak mencari kad raya..

Sedang asyik membelek beberapa keping kad raya..baru saya perasan bahawa kad yang dijual semakin kurang dan boleh dikatakan seolah-olah 'recycle' tahun-tahun yang sudah..tetiba ada pula suara di sebelah (suara suami) : "Eh, nak hantar kad raya ke? Dah lambat la ni..dahla sekeping Rm0.80 sekarang.."

Terpana saya mendengar ayat tersebut..betullah..sekarang dah masuk 20 hb..mesti posmen tak sempat pos kan..huhu..tapi ayat yang belakang tu buat saya tersentak..80 sen?mahalnya! seingat saya dulu 20sen je kalau pos kad raya..terus saya meletakkan semula kad tersebut dan berkata kepada suami : "kalau macam tu, nnt sms atau telefon sajalah ucap selamat hari raya"..sambil dalam hati saya menangis..kenapalah mahal sangat nak pos kad saya kat orang sekarang?patutlah orang dak tak mau pos kad..lama2 luputlah trend hantar kad raya ni..

Sedih pula bila mengenangkan satu lagi budaya kita sudah terhapus..sekarang orang main sms dan emel saja kan?raya seolah-olah semakin hilang pula seri bila tiada kad raya..tapi apa nak buat..zaman dah berubah..kesian pulak bila memikirkan abang2 posmen diluar sana kurang kerja mereka nak menghantar kad raya..harapnya kalau kerja kurang..jgn orang pon kurangla..nanti luput mata pencarian mereka..begitu juga dengan syarikat-syarikat yang selama ini mengaut keuntungan mencetak kad-kad raya..nampaknya terpaksalah mereka memikirkan teknik terbaik untuk meneruskan mata pencarian mereka..mungkin lebih ke arah digital..maklumlah..dunia tanpa sempadan..

Walau apapun ada kad ke tak der kad ker..yang penting hubungan silaturrahim sesama insan terus dipupuk dan tidak dilupakan..semoga dengan semakin moden dan maju kita ini semakin kita mengukuhkan silaturrahim sesama manusia amnya dan umat islam khususnya..

Wassalam
KAD RAYA VS SMS KAD RAYA VS SMS Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 22, 2011 Rating: 5

28 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum...

    Tadi kakcik dah singgah, tapi bila kakcik taip komen, tiba2 tersangkut pulak! :(

    BalasPadam
  2. line tak clear kot...

    BalasPadam
  3. Budaya lama jangan dilupa...

    p/s: Agak lama saya tidak mengepos kad raya, kepingin untuk kembali...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum:)

    Teringat dulu2 yaa...
    excited jek bila terima kad raya
    :)

    BalasPadam
  5. haha..walaupun trend skrg dah moden..tp sy tetap menghantar kad raya...hehe...

    BalasPadam
  6. seronoknya kalau terima kad raya..menyesal tak pos awal2..huhu

    BalasPadam
  7. jgn smpai kad raya tinggal hostalgia sudah..huhu

    BalasPadam
  8. HEHE..

    Naim suka budaya antaq kad raya. nostalgia

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. sekarang nie emy pun tak hantar kad raya..sms je or tulis je kat wall fb..senang..heheh

    BalasPadam
  11. ucapan melalui kad lagi seronokkan, tertunggu2 bang posmen tiba, pantang dengar je motor, laju je bangun hahaha

    BalasPadam
  12. saya baru je pos kad raya hari ni~ he. sekarang orang sanggup menunggu kot kot dapat kad raya. tp kad raya tak semahal 80sen la~

    BalasPadam
  13. Assalamualikum ticer basariah :).. itu ler .. kad raya yg plain tecik tu jer dah mahall.. beso sket lg mahal.. tu yg siap bunyi2 bagai ..hehe :) ... semua benda nak mahal.. tak tau la apa yg semakin murah :)

    BalasPadam
  14. ye..ye..cik baru dpt kad raya dari student..walaupun sekeping..tetap dihargai..hati berbunga riang...hehe

    BalasPadam
  15. dh lama x guna kad raya ..last skli 20thn yg dulu kot..masa zaman bercintan dulu :)

    BalasPadam
  16. tahun ni langsung tade satu pon kad raye.. huwaa

    BalasPadam
  17. memang dah semakin luput sejak adanya teknologi spt facebook.

    dulu saya suka dgn kad jenama Carduta sebab design dia memang lawa. skang x beli dah...

    BalasPadam
  18. betul tu.. dah xde da dpt kad raye...
    kwan2 antar sms je. lebih cepat ..hee

    BalasPadam
  19. tahun ni sy baru start pos kad raya. kad raya buat sendiri. pastu print mcm print gmbr saiz 4R. sekeping baru 50sen. sampul surat beli 100 keping rm5 kat giant. setem pos 50sen. 23hb pos. sebelum raya smua kad dah sampai. :)

    BalasPadam
  20. memang tak seronok dpt sms or kad ternet..
    dpt real kad raya baru terasa Hari Raya..

    BalasPadam
  21. tahun ni tak hntar n buat kad raya..huhu..stat taun dpan la kot

    BalasPadam
  22. antara yg femes..
    kad raya gambar kucing..
    :)

    BalasPadam
  23. xpa kak..tak da kad raya ,,,jimat kertas..selamat pokok..ehhee

    sms jimat masa n wang.. berkekalan silaturahim kan???

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.