Selasa, Oktober 04, 2011

Budak 14 tahun..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Maaf sebab lama tak mengarang entry baru disebabkan kesibukan dengan hal-hal di sekolah..

Semalam cikgu masuk ke sebuah kelas untuk menggantikan guru mereka yang tidak hadir..kelas ni kelas kedua akhir dalam tingkatan dua..cikgu pernah dengar banyak guru yang komen tentang akhlak pelajar kelas ni..memang apabila masuk saja kita rasa akan mengakui kebenaran kata-kata tersebut..huhu..kesian..lama tak mengajar menengah rendah ni menjadikan cikgu rasa agak janggal dengan mereka..tapi cikgu cuba kecilkan jurang dengan cuba bersembang dengan pelajar-pelajar terbabit..

Cikgu : "Seronok ke kamu belajar dalam kelas ni?" (sambil memerhatikan persekitaran kelas yang agak muram, kusam dan penuh sampah sarap..sangat menyedihkan)

Pelajar 1 : "Tak seronok cikgu"

Cikgu : "Kenapa?"

Pelajar 1 : " Kelas ni budak-budak tak pandai..saya ni dulu kelas depan.."

Pelajar 2 : "Cikgu jangan percaya cakap dia..dia ni merapu saja tau"

Pelajar 1 : "Hehe..saya bukan pandai membaca pun cikgu.."

Cikgu : " Ye ke? Tak pandaila kena datang sekolah..kalau dah pandai buat apa datang lagi..sekolah kan tempat untuk kita menuntut ilmu..Kamu selesa ke belajar dalam kelas yang kotor ni? Ilmu tak masuk tau kalau kita belajar dalam tempat yang kotor..Syaitan sukalah kalau tempat ni kotor.."

Pelajar 2: "Bukan kami yang buat sampah tu cikgu..Budak-budak sesi petang yang buat"

Pelajar 1 : "Betul tu cikgu..Diorang tu memang pandai bagi kelas bersepah-sepah"

Cikgu : "Dah tu..kenapa kamu tak tolong kemaskan?Kamu lagi rela belajar dalam keadaan kotor ke?"

Semua pelajar terdiam seketika sebelum menyambung semula sesi menyembang dengan rakan-rakan..Pelajar perempuannya siap berjalan ke hulu ke hilir dan makan tanpa menghiraukan saya di depan..saya perhatikan sahaja telatah mereka..maklumlah..baru lepas rehat..mereka lapar agaknya..Selesai mereka makan, sampah dibiarkan sahaja di atas meja..

Cikgu : "Dah habis makan?"

Pelajar 3: (Hanya mengangguk)

Cikgu : "Sampah ni siapa nak buang?"

Pelajar 3 : " Ni bukan saya punya..ni dia yang punya..(sambil menunjuk kepada rakannya yang tak boleh duduk diam..sekejap ke hulu..sekejap ke hilir)"

Saya hanya menggelengkan kepala sambil berjalan ke hadapan..Apabila saya perhatikan sampah tadi telah lesap..Pandai pula budak-budak ni..tapi rasa-rasanya dah masuk bawah meja..huhu..

Kadang-kadang saya rasa lemah semangat melayan pelajar-pelajar yang sebegini tapi apabila dipandang dengan mata hati kesian pula rasanya..lalu saya melakar ruangan teka silang kata di depan dan berteka-teki dengan pelajar-pelajar tersebut..Mula-mula mereka seolah-olah tidak berminat namun apabila ada seorang rakan yang boleh menjawab teka-teki tersebut, pelajar lain mula menunjukkan minatnya..

Ramai orang ingat senang nak jadi cikgu tapi cabaran guru itu sangat besar..nak menarik minat pelajar..nak mendapatkan hormat pelajar..nak meningkatkan prestasi pelajar dan macam-macam lagi..letih jadi cikgu ni tapi itulah punca rezeki kami..pelajar kampung pun dah begini perangainya..dulu kalau ke kampung mesti terbayang betapa sopan santunnya pelajarnya..malu dan berbudi bahasa tetapi sekarang?hmm..sudah nak kata..masih ada yang berbudi bahasa namun semakin kurang..apa salahnya yer?hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..ye tak? Semoga kerjaya yang menjadi punca rezeki ini juga menyumbang kepada pahala yang berterusan di kemudian hari..amin..

Sebenarnya cikgu taktau tajuk entry yang sesuai..main taram je..kira ok la kot yer..salah silap harap dimaafkan..

Wassalam..

9 ulasan:

  1. Kadangkala lebih mudah mengajar anak orang dari anak sendiri!

    BalasPadam
  2. Salam;
    Budak sekarang ni rasa malu bila bersopan santun dan rasa megah bila sebaliknya..malas nak sebut.

    BalasPadam
  3. assalam, sungguh mencabar kan...kadang balik skolah penatnya mcm mencangkul tanah 1 relung sbb otak ni penat fikir ttg anak2 didik kita.

    BalasPadam
  4. ^_^

    fitrah budak2 tak ubah macam dulu~ hehe

    BalasPadam
  5. betul tu cikgu..bukan shj penat..mcm² ada..marah,tension,geram,sakit hati apabila melihat karenah budak² skrg..terutamanya murid sekolah menengah..ada ke patut..dgn selambnya merokok dgn berpakaian sekolah dekat gerai tepi jln..nasib baikbukan murid sekolah cikgu

    BalasPadam
  6. sian kat cikgu,, xper dpt byk... pahala... jgn putus asa yer cikgu

    BalasPadam
  7. cikgu, kagum ngan cikgu :)
    mama saya pun cikgu dan saya penah jadi cikgu japs..pas kawen jadi cikgu untuk anak kat umah je. hehe

    BalasPadam
  8. beginilah sikap anak2 kita apb diasuh dan dididik dgn sistem sekular. mereka bukan hirau pasal ilmu, tp nak tamat persekolahan je

    generasi kita bukan lg spt generasi saidina ali. walaupun muda tp otaknya cekang dan sentiasa berfikir

    BalasPadam
  9. ShoutulMujahid aka Qamarul..

    mai sini gak ka? hehe

    ^^

    BalasPadam