Assalamualaikum..
Apa khabar iman dan Islam anda hari ni?Semoga lebih baik berbanding
hari-hari yang telah berlalu..
Hari ni cikgu nak bercerita sebuah kisah yang pernah cikgu baca masa
kecik-kecik..Cikgu ingat-ingat lupa ja cerita ni..Bukunya pun dah
hilang masa keluarga cikgu berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah..huhu..
Ceritanya begini..
Pada zaman dahulu (tak ingat zaman nabi mana..) ada seorang lelaki yang
sangat terdesak dan mahukan wang untuk membiayai perniagaannya yang
sedang bermasalah.Dia mencari-cari orang yang mahu meminjamkannya wang.
Wang yang diperlukan olehnya bukanlah sedikit tetapi sebanyak 1000
dinar.
Puas dia ke sana dan ke mari sehinggalah dia bertemu dengan seorang
lelaki yang hanya bekerja sebagai tukang kayu. Dia mencuba nasibnya
untuk meminjam wang daripada lelaki terbabit.
Peminjam : Saya dalam keadaan yang sangat terdesak untuk menyelamatkan
perniagaan saya sekarang. Bolehkah saudara meminjamkan saya sedikit
wang?
Tukang Kayu : Saya bukanlah orang kaya tetapi andai saya dapat membantu
insyaAllah saya akan membantu saudara. Tetapi berapakah wang yang
saudara perlukan?
Peminjam : Saya memerlukan 1000 dinar.
Tukang kayu diam sejenak sambil berfikir..Dia mempunyai wang tersebut
setelah bersusah payah mengumpulnya sedikit demi sedikit setiap hari.
Dia juga mempunyai perancangan dengan wang tersebut namun melihatkan
kegelisahan dan kesusahan lelaki tersebut dia merasa perlu membantu dan
mampu menangguhkan perancangannya dengan wang yang ada.
Tukang kayu : Setahu saya anda bukanlah orang dari kawasan ini
(peminjam merupakan seorang pedagang yang datang dari jauh)
Peminjam : Benar. Saya seorang pedagang. Saya memerlukan wang ini untuk
menyelesaikan masalah perniagaan saya di sini. InsyaAllah saya akan
pulangkan wang saudara apabila saya telah mendapat untung nanti.
Tukang kayu : Kalau demikian, bawakan kepada saya seorang penjamin.
Peminjam : Cukuplah Allah sebagai penjamin saya.
Tukang kayu : Bawakan pula kepada saya seorang saksi.
Peminjam : Cukuplah Allah sebagai saksi bagi diri saya.
Tukang kayu : Kalau begitu, saya akan pinjamkan wang sebanyak 1000
dinar dan saya terima Allah selaku penjamin dan saksi dalam urusan
kita ini.
Peminjam : Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan urusan saya untuk
membayar semula wang saudara.
Peminjam pun berlalu dari situ dan menyelesaikan urusannya.
Masa terus berlalu namun peminjam belum melunaskan wang tukang kayu
kerana belum berjaya mendapat untung sebagaimana yang diperlukan untuk
memulangkan wang tukang kayu sehinggalah dia kembali ke tempat asalnya
yang jauh. Setelah beberapa tahun, peminjam telah berjaya dalam
perniagaannya dan mendapatkan banyak keuntungan.
Pada masa tersebut, dia telah teringat perjanjiannya dan kembali ke
tempat tukang kayu untuk menyelesaikan hutangnya. Malang nasibnya
apabila mendapati tukang kayu telah berpindah dan tidak lagi menetap di
tempat itu. Peminjam berjalan ke hulu dan ke hilir mencari mana-mana
orang yang mengetahui tempat tukang kayu berpindah namun gagal.
Akhirnya peminjam merasa penat dan tiba di kawasan pantai. Dia melihat
laut yang luas lalu menadah tangannya memohon petunjuk Allah. Tiba-tiba
dia terlihat sebatang kayu yang besar berada tidak jauh dari situ. Dia
mengambil kayu tersebut dan mendapati kayu itu berongga dan mampu
memuatkan wang yang dibawanya selama ini. Dia menulis nota di atas
sekeping kertas lalu memasukkan wang yang dihutangnya ke dalam kayu
tersebut. Seusai melakukannya dia menadah tangan dan berdoa :
" Ya Allah, aku telah menjadikan Engkau sebagai penjamin dan saksi bagi
urusan ini. Maka aku memohon kepada-Mu sampaikanlah wang ini kepada
insan yang meminjamkan wang ini kepadaku agar dapat aku melunaskan
hutangku. Amin"
Maka si peminjam pun menghanyutkan kayu tersebut ke laut.
.
.
.
.
Di suatu tempat, beratus-ratus batu daripada tempat si peminjam tadi,
kelihatan seorang lelaki sedang berjalan di tepi pantai melihat
keindahan alam ciptaan tuhan. Tiba-tiba dia terpandang sebongkah kayu
yang sangat cantik pada penglihatannya. Lelaki tersebut mengutip kayu
tersebut lalu dibawa pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, lelaki tadi membelek-belek kayu yang dibawanya
pulang sebentar tadi.Dia mendapati kayu tersebut kelihatan sangat aneh
lalu dia memutuskan untuk memebelah kayu tersebut.
Menggunakan sebilah kapak, lelaki tersebut menghayun tangannya ke arah
kayu tersebut. Pang...kayu tersebut terbelah dua dan berteraburan
wang-wang emas dari dalam kayu tersebut berserta sehelai kertas. Lelaki
tersebut lalu membaca tulisan yang tertulis di atas kertas tersebut..
" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Dia-lah yang
menjadi penjamin dan saksiku atas urusniagaku dengan seorang tukang
kayu sebanyak 1000 dinar. Maka, dengan Allah selaku penjamin dan
saksiku, aku menghantar wang ini semoga sampai ke tangan insan yang
meminjamkan wang ini kepadaku. Semoga dengan ini lunaslah segala
hutangku kepadanya."
Lelaki yang membaca nota tersebut tadi tersentak sambil berulang-ulang
kali mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana wang yang dipinjamkannya
kepada lelaki yang pernah ditemuinya beberapa tahun yang lalu telah
dilangsaikan. Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah tukang kayu yang telah
berpindah sebelum ini kerana rumahnya rosak teruk dipukul ribut
menjadikannya pula seorang perantau. Maka dengan wang yang
diperolehinya itu dia menyudahkan urusannya yang telah tertangguh
bertahun-tahun lamanya.
....Tamat kisah...
Moral cerita di atas:
1. Kita selaku orang yang berhutang mesti menjelaskan hutang kita tak
kira dengan apa cara sekalipun
2. Orang yang memberi hutang secara ikhlas pasti akan mendapat ganjaran
baik daripada Allah samada di dunia mahupun di akhirat
3. Bandingkan diri kita dengan tukang kayu dan peminjam..mampukah kita
menjadikan Allah sebagai penjamin dan saksi kita apabila melakukan
urusniaga dan berlaku telus dan jujur sesudahnya..
4. Fikir-fikirkan sendiri dan jangan lupa tulis komen yer..
Wassalam..

Kisah ini digarap sepenuhnya berdasarkan imaginasi cikgu yang ingat-ingat lupa cerita ni..maklumlah dah hampir 20 tahun ni kisah ni cikgu baca..Masa cikgu sekolah rendah lagi..kalau ada salah dan silap harap maaf. Semoga pengajaran yang baik sahaja diambil..yang baik daripada Allah yang buruk tu daripada khilaf cikgu sendiri..
Wassalam..
Siri teladan 1 : Kisah hutang
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Oktober 17, 2011
Rating:
betul2, siapa yang berhutang jelaskan tak leh tak tak bayar balik, dan pemberi hutang pun kena ikhlas nak tolong seseorang tu..
BalasPadamkisah yg menarik
BalasPadamCerita yang sangat menginsafkan. Ramai orang tahu berhutang, tapi kerap terlupa untuk membayar semula.
BalasPadamKalau berhutang. Jangan join MLM..
BalasPadamKisah menarik cuma iyalah nilainya mungkin tak sama jika dah bertahun-tahun. Eskrim Malaysia dulu nilainya 5 sen sebatang, sekarang doploh sen. Wallahualam...
BalasPadammoralnya kena byr jugak hutang tu walaucamne pun. klau bwk ke mati mmg sakitla. jangan pinjam dengan ALONG ye.
BalasPadamMenarik.. Sebenarnya sy peelukan cerita tentang hutang ni untuk diceritakan pada anak murid saya kerana ada kes tertentu ..semoga apa yg cikgu kongsikan ini bermanfaat untuk anak murid saya.. Syukran ye cikgu 😄

BalasPadam