Seo Services

11.11.11

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah..

Nampak tarikh kat atas tu? Cantik kan? Mesti ramai yang merancang untuk buat sesuatu pada hari ini supaya tarikh dapat terpahat..Mungkin ada yang merancang untuk bernikah hari ini..Baguslah tu..Jatuh pula hari Jumaat..Mungkin ada juga yang merancang nak melahirkan anak hari ini (terutama yang melahirkan melalui pembedahan)..Walau apa pun yang kita rancangkan, pastikan perancangan kita itu tidak menyeleweng daripada tuntutan agama dan berdoalah kepada Allah agar segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar..Jangan lupa sebut, "InsyaAllah.."..

Hari ni di sekolah, merupakan hari terakhir sebelum pelajar-pelajar mula bertempur dengan SPM pada minggu hadapan..Maka berebut-rebutlah pelajar berjumpa guru meminta ampun dan maaf serta restu supaya mudah mereka menjawab peperiksaan nanti..Sebagai guru yang mengajar 4 kelas tingkatan 5 ni, rasa sayu juga ahati melayan ucapan2 maaf pelajar..ingat tak mau nangis, tup2 termenitik juga air mata tambah2 apabila seorang pelajar lelaki daripada salah satu kelas itu datang meminta maaf sambil menangis..Sedih dan syahdu sekali..

Oklah, setakat tu dulu entry saya pada hari ini..Buat semua pelajar cikgu, cikgu halalkan ilmu yang cikgu ajarkan kepada kalian..Semoga dapat menjawab segala soalan dengan cemerlang..Amin..

11.11.11 11.11.11 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 11, 2011 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan, diucapkan selamat maju jaya. Kepada cikgu-cikgu pula diucapkan semoga tidak jemu mendidik anak bangsa. :)

    BalasPadam
  2. Denga cerita ramai yang blom cukup bulan sanggup belah perut arini sebab nakkan tarikh lahir anak...
    Camanapun, buat cikgu selamat menjaga peperiksaan dan buat anak murid selamat menempuh peperiksaan; semoga berjaya semuanya :)

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.