Seo Services

Maka bertemu dan berpisahlah kita kerana Allah..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni cikgu rasa agak sedih kerana akan berpisah tempat kerja dengan seorang rakan yang cikgu dah anggap macam adik cikgu sendiri..Selamat Tinggal Cikgu Farlini..semoga dapat bertugas dengan lebih cemerlang di sekolah baru, SMK Sri Enggang, Sik...

Kenangan bersama takkan kulupa..

Di sini cikgu titipkan sedikt lagu nasyid yang cikgu masih ingat-ingat lupa:

Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku ke hadrat Illahi,
Di atas jalinan yang suci..

Namun kini perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas ujian,
Kau tetap pergi jua..

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kudusku sepanjang waktu,
Ya Allah bantulah hambaMU,
Di atas perpisahan ini..
Semoga tuhan berkatimu,
Kenangku di dalam doamu..

P/S : Maafla kalau cacamarba sikit..ingat2 lupa je ni..Jangan lupa doakan akak dapat pindah pulak tahun depan..
Maka bertemu dan berpisahlah kita kerana Allah.. Maka bertemu dan berpisahlah kita kerana Allah.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 18, 2011 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.