Sabtu, Disember 24, 2011

CHECKLIST!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Semoga sihat dan gembira hari ini..Dalam 10 hari lagi sekolah akan bermula..mari kita buat'checklist' sama-sama ye..

Untuk pelajar:



1. Baju seragam sekolah - telah diseterika dan lengkap dengan kasut dan aksesori wajib

2. Beg sekolah - Ada kotak pensil, buku latihan kosong dan beberapa buku teks (untuk elak bosan hari pertama di sekolah..boleh baca masa lapang..persediaan awal katakan..), buku latihan dengan latihan yang telah disiapkan (ingat balik kerja sekolah yang diberi guru sebelum cuti..kalau ada..)

3. Buku latihan tambahan @ buku kerja - Ada sesetengah sekolah dah maklumkan kepada pelajar tentang buku yang perlu dibeli untuk sesi persekolahan sebelumnya..jadi kalau dapat siapkan dari awal tahun lebih baik untuk pelajar memberi tumpuan semasa di dalam kelas..cikgu pun kuranglah marah nnt..(^_^)

4. Mental dan fizikal - ni paling penting!!Mesti tanam tekad untuk jadi pelajar yang lebih baik untuk tahun ni..sediakan mental untuk terima segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru..fizikal pula dah cukup rehat..pastikan malam sebelum mula sesi persekolahan tu, tidur awal sikit dari biasa..

Untuk guru: (special for me,myself and me again..huhu)


1. Pakaian - pilih pakaian yang paling ceria untuk menimbulkan mood baik dan tak mudah marah pada hari pertama sesi persekolahan..hehe

2. Buku rancangan mengajar - Ni penting ni..mesti lengkap diisi sewajarnya..mana tau jpn, ppd turun hari pertama tu..selalu gak berlaku ni..

3. Latihan pelajar - Ingat balik kerja rumah yang diberi kepada pelajar untuk elak pelajar terlalu rileks dan bertenang..nanti mereka culas plak sepanjang tahun..huhu

4. Mental dan fizikal - mesti sentiasa bersedia untuk menerima pelbagai ragam pelajar pada tahun ini..bersedia fizikal untuk menghadapi tugas-tugas yang pelbagai selaku doktor, kerani, penjaga budak, jururawat, pelayan dan sebagainya..

Tu je untuk hari ni...Cikgu nak pi tenangkan fikiran sementara masih ada cuti ni..see you all later..babai!(^_^)

16 ulasan:

  1. Alhamdulillah, pakaian dan buku semua telah disediakan (walaupun mungkin tak lengkap satu dua alatulis). Cuma yang kakcik bimbang, tahun depan dua2 sekolah pagi. Sebelum ini bersekolah petang, bolehlah tidur lewat, tapi sekarang tak boleh lagi.

    BalasPadam
  2. kak cik: Bab perubahan masa belajar ni memang satu hal gak kak cik..macam kat sekolah saya pun, kalau awal tahun tu nampak sangat budak2 ni macam blur ja..tapi lama2 oklah diorng tu..hehe

    BalasPadam
  3. Alahai dear......
    Dah nk bukak sekolah lah kita....;)

    BalasPadam
  4. Stakat ni baju seragam sume lengkap, Kejap je my eldest daughter nk skola dah

    BalasPadam
  5. salam cikgu..
    pakaian sekolah semua dah ada..buku je belum beli..27 ni baru kedai buku dibuka..rasanya sekejap je cuti nk berakhir kan..

    BalasPadam
  6. Salam teacher sabariah,
    Selamat mnghabiskan cuti dan memulakan persekolahan baru, kak :)

    BalasPadam
  7. kak tini: betullah tu..kejap jer rasa..

    ajumohit : masa mmg cepat berlalu meninggalkan kita..

    nyanyisunyi: kena cepat2 tau..hehe..

    indahhouse: teacher basariah ler sayang..hehe..ni banyak tgk cerita P.Ramlee ni..hehe

    BalasPadam
  8. bagus nyer cikgu nie....
    siap buatkan checklist utk korang semua.....
    suasah nak dapat cikgu mcm nie tau....

    BalasPadam
  9. Ada lagi kena tambah tu. Lipstik kena ada.Jgn yg merah sgt.Yg sedang2 je.Dah tu kena beli beg tangan baru.Yg lama dah kusam.Kena juga beli cermin mata baru sbb yg lama power kurang. :D

    BalasPadam
  10. Salam.. Sekejap benar rasanya dah nak mula sesi persekolahan.. Tergelak bila baca komen Kak Scarlett O'Hara tu.. Selamat kembali bertugas ye.. :)

    BalasPadam
  11. Alahai dear.. kejap je nak sekolah dah... syiela dah ready semua buat aiman... lepas ni pagi2 sure jadi tarzan sebab iqbal pun dah ke tadika jugak :)

    BalasPadam
  12. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan tinggalkan komen kat blog cikgu..maaf cikgu mungkin lambat nak update entry baru sebab sibuk buat persediaan nak masuk sekolah..hehe..selamat memulakan sesi persekolahan 2012 buat semua yang bergelar pelajar dan guru..juga tak lupa kepada ibu bapa yang sibuk menyiapkan persiapan anak2..andalah penentu masa depan negara(ayat macam nak pilihanraya plak)..(^_^)

    BalasPadam
  13. Len-len da siap siang-siang. Tup tup terlalu kat depan sek keb ada notis sesi petang betukar sesi pagi. Sesi kerja aku terus betuka jd sesi cuti sebab kelam kabut tukar sesi sek agama hampagas tul...

    BalasPadam
  14. Empayar utama: Pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku..

    BalasPadam
  15. lama x sekolah. rindu plak dgn zaman sekolah xD

    BalasPadam