Seo Services

Aku yang rugi kalau..

Aku yang rugi kalau..

1. Tak ingat nak bersyukur kat tuhan sebab dapat hidup sehari lagi tup2 esok mati..amacam?

2. Tak kucup tangan mak dan ayah mohon maaf selagi mereka masih ada..kalau dah takdak,,menangis air mata darah pon tak dapat kembalikan mereka ke dunia ini..huhu

3. Tak hargai suami/isteri sebelum dia dikebas orang lain atau sebelum dia dipanggil menghadap Illahi..

4. Tak solat betul2 @ tak khusyuk sebelum itu menjadi solat yang terakhir..menyesal tak sudah beb!

Kalau kita baby tak perlu nyesal kalau mati..kompom syurga..

5. Tak ingat nak 'check' akaun bank sebelum ber'shopping'..tengok2 dah pokai sebelum hujung bulan..aiyok!!

6. Tak hargai dan tunaikan permintaan anak atau yang tersayang..tengok2 tu permintaan terakhir..kompom hidup diselubungi duka dan kekesalan..(teringat antara isi ceramah ustaz kazim pasal anak mintak bubur..)

7. Pulun diet bagai tengok2 dapat penyakit terus tak lalu makan..amik kau!Tapi berpada2lah jugak time makan tu takut dapat penyakit pon sebab terlebih makan..huhu..

8. Tak telefon sahabat lama walaupun dok terkenang2kan dia sejak dua tiga hari lepas tiba2 dapat tau yang kawan tu baru meninggal dunia..kena pulak pernah buat salah kat dia dulu..pergh..kompom nyesal tak mintak maaf..tanggungler nnt kat akhirat..huhu

9. Tak bayar hutang PTPTN tup2 takleh kuar negara nak pi tunai haji ke umrah ke jalan2 ke..pastu kena lak blacklist nama..ayoyo..ni macam iklan PTPTN je..

10. Tak buat ibadat banyak2..tak bayaq zakat, tak setel hutang tengok2 dah mati..oh tidak!!azab kubur dok tunggu tu!!

Sekadar ingatan buat diri sendiri dan kengkawan semua..jangan sibuk sangat bertenet sampai lupa perkara yang penting..mana tau saat ini saat terakhir kita sebelum dijemput pergi menghadapNya..

Wallahua'lam...
Aku yang rugi kalau.. Aku yang rugi kalau.. Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 17, 2011 Rating: 5

8 ulasan:

  1. bersederhana dlm semua hal dan kehidupan....

    BalasPadam
  2. setuju!!!.. tapi kusyuk dalam solat tu kekadang mmg terjadi gak...

    BalasPadam
  3. Terus terang aku tak tau apa itu 'khusyuk' sebab otak kena sentiasa bekerja... Lepas baca ni kena baca yang ini; lepas rukuk nak berdiri qiam; eh dah rakaat kedua kena duduk tahiyat awal... Kalau otak tak berfikir benda-benda yang itu - aturan sembahyang mungkin jadi salah (itu yang kat surau ma'amum selalu tegur imam 'Subhanallah' bila imam silap - takkan khusyuk sampai silap...). Bila ma'amum tegur kira ma'amum tak khusyuk ke?

    Kita manusia bukan robot kan... ini sangat 'subjektif' dan aku tak arif sangat...

    BalasPadam
  4. Salam Sejahtera ...
    Blog yang menarik ~~~

    BalasPadam
  5. setuju jugak!
    thanks for sharing this..:)

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas semua komen yang membina..jgn malu n segan berkunjung ke blog ni yer..(^_^)

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.