Rabu, Disember 14, 2011

Kembali menulis...

Salam semua..

Apa khabar?Semoga iman dan islam semakin kukuh di sanubari..

Agak lama cikgu tak kemaskini blog..sibuk memanjang..cuti sekolah ni banyak benar agendanya..Minggu lepas sahaja ke Selangor menguruskan hal keluarga..Minggu ni pun banyak urusan keluarga di Kedah perlu diuruskan..Minggu depan pula perlu kembali ke Perak untuk mendengar taklimat SBPA..hmm...

Pejam celik..pejam celik..cuti sekolah sudah berbaki tidak sampai sebulan lagi..Para ibu dan bapa pastinya sudah mula membuat persiapan serba sedikit bagi anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan 2012..Semoga dengan persiapan awal ini tidaklah tergesa-gesa di saat akhir dan tertipu dengan pelbagai promosi kembali ke sekolah yang kadang-kadang menganiaya para pengguna tanpa sedar..


Kepada para pelajar pula terutama yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2012 ini, eloklah mula menelaah semula buku yang lama dibiarkan..Tinggalkan seketika 'mukabuku' dan 'cinta mukabuku' dan belek-beleklah semula nota-nota pelajaran supaya tidak ketinggalan dan menjadi terpinga-pinga apabila buka sekolah kelak.

Okla..rasanya setakat ini dulu celoteh cikgu kali ini..Entah bila akan ada kelapangan untuk menulis lagi..Jangan segan dan silu berkunjung ke blok cikgu..dan sudi-sudikanlah klik apa yang patut yer..(^_^)

Akhir kalam, manfaatkan baki cuti anda dengan perkara yang berfaedah kepada diri, keluarga, bangsa, negara dan agama...

Wallahua'alam...

6 ulasan:

  1. 2012 nanti anak ketiga kakcik akan menduduki PMR. Harap2nya dia rajin belajar dan mengulangkaji serta bertanya...

    BalasPadam
  2. Salam..:)

    Pejam celik pejam celik .....kejappp jee yaa rasa cuti...tup2 Dah nak bukeeee....aduhai

    BalasPadam
  3. kak cik: Kena 'sound' dari awal tu kak cik..hehe

    pn.kartini : Betul2..rasa tak puas lagi nak cuti ni..huhu..

    BalasPadam
  4. Salam..
    Semoga Berjaya Semua Pelajar2 Yang Sudah Menamatkan Exam..
    Selamat Berblog Anak Kedah..HIHI

    BalasPadam
  5. shafiq: Terima kasih..salam perkenalan dari cikgu..

    BalasPadam
  6. Lama sungguh meninggalkan alam mengajar.. Insya Allah akan kembali bertugas tahun depan.

    BalasPadam