Seo Services

Syahdu seketika..

Sambil membuat kertas soalan, mengorek2 laptop ni..hmm.banyak betul kenangan..

layan...

WARKAH NASIHAT PEDIH

BENAR ANAKKU,

KITA MEREDAH SEBUAH TASIK KESUSAHAN DUNIAWI… NAMUN MENGHARUNGINYA MEMBUAHKAN
SEKEPING HATI YANG SELALU BERTAUT KEPADANYA. TIDAKKAH TITISAN AIRMATA SERTA HATI
YANG MERINTIH MENGHIMPUN LAUTAN RAHMATNYA? TIDAKKAH TITISAN AIRMATA SERTA HATI YANG
MERINTIH MENGHIMPUN LAUTAN RAHMATNYA? LALU MENJADI BEKAL PENYUBUR KEHIDUPAN SEORANG
HAMBA. SESUNGGUHNYA TIADA YANG LEBIH INDAH DAN TIADA YANG SANGAT BERMAKNA MELEBIHI
HATI SEORANG HAMBA YANG SUCI, TULUS DAN PASRAH PADA PENCIPTANYA.

ANAKKU,

KAU TAHU LANGIT TIDAK SELALU MENDUNG BAHKAN MENTARI KERAP BERSINAR…
NAMUN INGIN AYAHANDA INGATKAN… BILA MENTARI MENGUKIR SINARNYA JANGAN KAU SIRNA
DENGAN CAHAYANYA. JANGAN KAU LUPA BAHAWA HATI YANG ALPA MENGIRINGIMU PADA NODA.
KETAHUILAH DAN INGATLAH WAHAI ANAKKU… DALAM SETIAP NODA TERHIMPUNNYA KEMURKAANNYA.

ANAKKU,

JANGAN KAU LUPA, JANGAN KAU ALPA … UJIAN TIDAK SEMESTINYA “KEHIDUPAN
YANG SUSAH DAN SUKAR”… BAHKAN DALAM “MEWAH DAN SENANGLAH” TERHAKISNYA SIFAT
KEHAMBAANMU. MAKA KECUNDANGLAH SEBUAH HATI YANG AWALNYA SUCI, TULUS PASRAH PENUH
MENGHARAP KEPADA PENCIPTANYA…

ANAKKU,

JIKA MENTARI MENYINGSING CERAH…KEKALKANLAH TANGIS DAN RINTIHANMU,
MOGA IANYA MENJADI BEKALMU MENUJU KEJAYAAN HAKIKI. KETIKA ITU INGAT MEMPERINGATILAH…
WAHAI SUAMI, PENRINGATKANLAH ISTERIMU. WAHAI ISTERI PERINGATKANLAH SUAMIMU…WAHAI BAPA,
WAHAI IBU, WAHAI ANAK, WAHAI SAHABAT….. PERINGATKANLAH! …..
PERINGATKANLAH!.....MOGA SEMUANYA SEJAHTERA DAN BERJAYA DI AKHIRAT.


Teringat mak dan ayah di kampung..

Wassalam..
Syahdu seketika.. Syahdu seketika.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 26, 2012 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.