Seo Services

Serabutnya..

Khamis, Mei 24, 2012
Assalamualaikum...

Dekat nak cuti ni banyak pula kerja yang datang..Oh, serabutnya!!!ada sapa2 nak tolong? Help!! Rasa macam nak larii...............

Serabutnya.. Serabutnya.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 24, 2012 Rating: 5

1 Rejab 1433 H..

Selasa, Mei 22, 2012
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar hari ni ni dah 1 rejab..mesti ramai yang berpuasa sunat hari ni..Semoga Allah memberikan pahala yang setimpal dengan segala amalan baik yang dilakukan..

Esok berakhirlah minggu peperiksaan pertengahan tahun di sekolah cikgu..Cikgu dah selesai tanda semua kertas peperiksaan sains tingkatan 5 dan fizik tingkatan 4..Cuma kertas fizik tingkatan 5 yang baru semalam pelajar duduki sahaja belum disentuh..Nampaknya ramai juga pelajar yang 'kantoi' peperiksaan pertengahan tahun ni..Untuk matapelajaran sains, cuma 8 pelajar lulus dari tiga kelas yang cikgu ajar..satu pencapaian yang amat mengecewakan..nampaknya lepas ni cikgu kena 'brainwash' pelajar2 ni dan semoga akan ada perubahan yang lebih baik selepas cuti sekolah ni..

OKlah, kerja perlu diselesaikan..Minggu pertama cuti sekolah bakal diisi dengan kelas tambahan..Cikgu sendiri dah mohon untuk dapatkan kelas lebih awal supaya dapat bercuti di kampung lebih lama..Rindu sangat dengan mak dan ayah di kampung..

Tu saja entry hari ni..Terima kasih sudi membaca..Wassalam..

Jom kita baca doa bulan rejab..

1 Rejab 1433 H.. 1 Rejab 1433 H.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 22, 2012 Rating: 5

SELAMAT HARI GURU!!

Rabu, Mei 16, 2012
Assalamualaikum..

Entry ringkas saja hari ni..Cikgu nak ucapkan selamat hari guru buat semua rakan guru(paling utama cikgu pertama sejak lahir, Bonda Hajah Bidah dan Ayahanda Haji Nomawi),suami cikgu sendiri..Cikgu Muhammad Nasron juga semua abang dan kakak cikgu: Cikgu NurShamsul, Cikgu Harlizawati, Cikgu Mohamed Firdaus, Cikgu Fakaruddin Helmee, Cikgu Putri Haslina(kakak ipar), Cikgu Sohaida(kakak ipar)dan Cikgu Rose Idayu(kakak ipar)) yang gigih mendidik anak bangsa semoga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..Juga tidak dilupakan terima kasih buat semua guru yang pernah mendidik cikgu sehingga mampu pula mendidik anak bangsa pada hari ini..Guru, jasamu akan sentiasa dikenang..Al Fatihah buat guru-guruku yang telah kembali ke rahmatullah..Semoga Allah menempatkan kalian dalam kalangan hambaNya yang soleh..

SELAMAT HARI GURU!! SELAMAT HARI GURU!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 16, 2012 Rating: 5

Maraton pun bermula...

Isnin, Mei 14, 2012
Assalamualaikum..

Minggu lepas cikgu dah selesai menanda kertas fizik pelajar tingkatan 4 kelas yang cikgu ajar..11 orang saja pun yang mengambilnya..daripada 11 tu hanya 3 orang yang dapat markah 40 ke atas tu pun bakal tinggal 2 apabila cikgu dapat tahu salah seorang daripada mereka tersebut meniru daripada buku..hmm..agak teruk keputusan budak-budak ni tapi apabila difikirkan ini adalah kali pertama mereka menghadapi tiga jenis kertas soalan, kesalahan ini masih boleh dimaafkan..lagipun tinggal dua tiga markah je nak sampai 40..kira oklah tu dengan standard pelajar2 ni yang masa PMR pun cuma dapat C saja math dan sains..

Hari ni pula pelajar tingkatan 5 bertarung menjawab soalan sains..maka lepas ni cikgu akan bermaraton menanda kertas untuk 3 kelas..Fizik tingkatan 5 pula bakal dihadapi pada minggu terakhir..cikgu harap sempat siapkan penandaan sebelum cuti sekolah bermula..dapatlah rehat puas-puas cuti ni..hehe..

Sekadar gambar hiasan..tiada kena mengena insan masih hidup atau telah meninggal dunia..kalau seksi seksa tu sila abaikan yer..

Ada sapa-sapa nak tolong cikgu tanda kertas?skema cikgu dah siapkan ni..mehle tolong..

Tu je entry hari ni..Saja gatal gak tangan nak taip..

Wassalam..
Maraton pun bermula... Maraton pun bermula... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 14, 2012 Rating: 5

Sudah 5 kali...

Khamis, Mei 10, 2012
Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian?Maaf sebab lama saya tak menulis entry baru..Sibuk dengan menyiapkan kertas soalan dan skema jawapan..alhamdulillah selesai jua akhirnya..

MInggu ni dah bermula peperiksaan pertengahan tahun..Kertas Fizik yang saya buat tu pun dah selesai dijawab pelajar hari ni..Nampak gaya macam kena buat latih tubi progresif lepas ni bila tgk cara pelajar menjawab yang agak menyayat hati..huhu..

Hmm..tgk tajuk tu mesti korang tertanya-tanya kan?apa yang 5 kali tu?begini ceritanya..sadis plak rasa nak cerita tapi cerita gakla..

Masuk hari ni dah 5 kali tempat saya di bilik guru di'ambush' dek kucing..di'b_r_k'dan di'k_n_i_ng' si kucing(sila isi tempat kosong dgn huruf yang sesuai)..huhu..sangat sedih..Tiap kali datang buka bilik guru semerbak harum baunya dan pastinya antara tempat yang selalu kena 'ambush' tu tempat saya..walhal rasanya, meja saya antara yang paling kemas walaupun banyak fail dan buku(perasan sudah..hehe)..

Ada orang kata letak minyak petrol, cepat2 saya p cari kat makmal dan tuang atas meja guru..terkejut kawan2..diorang ingat saya nak bakar meja..tapi nampaknya tak jalan juga..bila datang sekolah, mesti dia buat lagi..macamana ye?

Kawan2 ada tak saranan macamana nak bagi kucing tak ....(tut) kat meja saya..bagila petua ke..pergh tua ke..nnt saya try..huhu..sedih..ni yang rasa nak pindah sekolah ni..hehe..ke situ plaks..


ok..sebagai santapan mata, renunglah wajah makhluk Allah yang cute ni tapi cukup suka ....(tut) kat meja saya..nak marah takleh...tgh mengandung..lagipun, saya sayang kucing..cuma tak sayang ....(tut) dia je..huhu..

Wassalam..
Sudah 5 kali... Sudah 5 kali... Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 10, 2012 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.