Selasa, Mei 22, 2012

1 Rejab 1433 H..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar hari ni ni dah 1 rejab..mesti ramai yang berpuasa sunat hari ni..Semoga Allah memberikan pahala yang setimpal dengan segala amalan baik yang dilakukan..

Esok berakhirlah minggu peperiksaan pertengahan tahun di sekolah cikgu..Cikgu dah selesai tanda semua kertas peperiksaan sains tingkatan 5 dan fizik tingkatan 4..Cuma kertas fizik tingkatan 5 yang baru semalam pelajar duduki sahaja belum disentuh..Nampaknya ramai juga pelajar yang 'kantoi' peperiksaan pertengahan tahun ni..Untuk matapelajaran sains, cuma 8 pelajar lulus dari tiga kelas yang cikgu ajar..satu pencapaian yang amat mengecewakan..nampaknya lepas ni cikgu kena 'brainwash' pelajar2 ni dan semoga akan ada perubahan yang lebih baik selepas cuti sekolah ni..

OKlah, kerja perlu diselesaikan..Minggu pertama cuti sekolah bakal diisi dengan kelas tambahan..Cikgu sendiri dah mohon untuk dapatkan kelas lebih awal supaya dapat bercuti di kampung lebih lama..Rindu sangat dengan mak dan ayah di kampung..

Tu saja entry hari ni..Terima kasih sudi membaca..Wassalam..

Jom kita baca doa bulan rejab..

3 ulasan:

  1. salam 1 rejab Tb

    jom kita tingkatkan kualiti ibadat kita di bulan ni

    BalasPadam
  2. ;D

    Ramadhan dah mai dah..

    BalasPadam
  3. cuti pun kena buat kelas...rajin cikgu...Cayok!!

    BalasPadam