Seo Services

ROMBONGAN KOPERASI SMKSA KE KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.. Sabtu baru ni pi jalan2 ikut rombongan koperasi sekolah ke KL..Jem teruk KL rupa-rupanya..Masa ni rasa bersyukur sangat cikgu tak dok kat kl..huhu..memang cantik tgk bangunan2 yang tinggi megah tu tapi serabut otak bila tgk kereta yang berpusu-pusu dan manusia yang sangat ramai.. Sempat juga rombongan kami menyinggah di planetarium..Jenuh jugakla cikgu memanjat tangga..'exercise' sungguh!! Suami cikgu sampai kata mesti cikgu senang bersalin pasni.amin.. Pastu kami pergi pula ke Jalan TAR dan tgk pasaraya SOGO sesak yang teramat-amat..rupa-rupanya SOGO buat hari ahli plak..sesak nafas jadinya..last2 cikgu pi ke kompleks pertama saja dan cuci mata tgk barang-barang...

Selesai di SOGO dan Jalan TAR, kami ke masjid negara..Cikgu dan solat di kompleks pertama tadi jadi cuma ambil peluang bergambar, rehat-rehat, makan cendol sambil Razin dimandikan oleh abahnya..Tandas kat masjid ni sangatlah licin, nyaris-nyaris cikgu jatuh..huhu.. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di MYDIN Btau Caves..Kat situ barulah cikgu beli beberapa barang untuk diri sendiri, suami, Razin dan juga murid-murid tersayang.. Perjalanan rasa sangat panjang..Rombongan kami singgah di hentian R&R Rawang untuk solat dan makan malam..Razin siap sempat mengqada hajatnya kat situ..hehe..

Alhamdulillah, tepat jan 12.00 tengah malam kami sampai di Chenderong Balai..Seharian suntuk berada di luar, letihnya hanya Allah yang tahu..Tapi tgk Razin seronok sangat naik bas (pertama kali dalam hidupnya), rasa berbaloi-baloi jugala.. Tu je kot untuk laporan jalan-jalan hujung minggu ni..Minggu depan dah nak puasa..Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. Wassalam..
Razin pakai baju ni masa pergi..gambar-gambar belum 'transfer' lagi..
ROMBONGAN KOPERASI SMKSA KE KUALA LUMPUR ROMBONGAN KOPERASI SMKSA KE KUALA LUMPUR Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 16, 2012 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Bestnya jalan-jalan...biasalah bila jalan-jalan nipenat...

    BalasPadam
  2. teringat masa rombongan sekolah dulu...mmg bes...kalau skang buat lagi, nak sngt pegi. haha...

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.