Seo Services

Cuti panjang hampir tiba..

Isnin, September 24, 2012
Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger? Lamanya cikgu tak menaip.. Alhamdulillah kertas percubaan telah selesai ditanda, mmarkah pun dah selamat di'key in' dalam SAPS..syukur.. Lagi beberapa hari cikgu akan berehat panjang di rumah..Rasanya blog ni pun bakal berehat juga..Doakan cikgu selamat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna sifat ye..Amin..

Buat anak-anak murid kesayangan cikgu, cikgu dah cuba buat persediaan yang sebaik mungkin untuk kalian..cikgu halalkan ilmu yang disampaikan kepada kalian..segala yang menyakitkan hati pun cikgu dah maafkan..guru-guru yang bakal mengganti kalian pun telah dimaklumkan..teruskan usaha anakanda semua..doa cikgu mengiringi kalian sentiasa..InsyaAllah kalian akan berjaya..
Good luck my students!!!Chaiyok2!! Wassalam..
Cuti panjang hampir tiba.. Cuti panjang hampir tiba.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 24, 2012 Rating: 5

Be a silent reader..

Khamis, September 13, 2012
Assalamualaikum..

Cikgu terpaksa merehatkan sebentar jari-jari ni daripada menaip (mood : sibuk menanda kertas percubaan)..huhu

Wassalam...


Be a silent reader.. Be a silent reader.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 13, 2012 Rating: 5

Ibu mengandung dan air gula..

Selasa, September 04, 2012
Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Hari ni cikgu buat 'entry' khas tentang air gula atas permintaan Dkna Abza dalam komennya atas 'entry' sebelum ni..


Sebenarnya, bagi ibu mengandung yang takdak masalah masa mengandung, tiada sejarah dalam keluarga yang ada diabetes, tak perlu nak risau sgt..Biasanya tak kena pun minum masa awal2 tu..tapi mungkin akan kena juga apabila kandungan dah masuk 7 bulan..hanya sebagai langkah berjaga-jaga sebab apabila mengandung ni, kadar gula dalam darah susah nak dikawal terutama kalau ibu mengandung tu jenis yang langsung tak alah dan boleh makan macam2..masa nilah alasan mengidam dan sebagainya keluar..hehe..hanya sang ibu yang tahu samaada tu betul2 keinginan anak atau diri sendiri yang nak ikut nafsu..hehe..kadang2 saja nak manja2 dgn en.hubby je..

Macam kes cikgu ni, sejarah dalam keluarga memang ada kencing manis dan darah tinggi..maka awal2 lagi masa mengandung anak sulung (tgh taktau apa2..mengaku dgn baiknya..nyesal lak rasa)dah bagitau
nurse' pasal tu..secara automatiknya buku pink tu pun ditanda dengan pen merah..uhuhu..dan nak dijadikan cerita lagi, masa mula buat buku tu dah 'fail' ujian tekanan darah..(maunya tak, cikgu penat2 jalan kaki ke klinik terus diambilnya tekanan,memangla melambung2..pastu bila ulang plak dah 'nervous' dan mmg tak turun2 tekanan darah tu..makanya bermulalah kesengsaraan pemantauan tekanan darah setiap hari..

Tak cukup dengan tu, cikgu kena plak minum air gula(rasa air gula ni macam air gula yang orang nak bancuh sirap sebelum dilarutkan dengan air masak tau..sangatla manisnya..kalau minum,kena sekali nafas dan jangan tunggu sejuk..lagi melekat kat tekak) masa kandungan baru nak masuk 3 bulan..balik dari minum air gula tu, rasa macam nak mati je..perut memulas2 dan badan dah seramm sejuk..syukur Allah masih panjangkan usia kandungan cikgu mmasa tu (mat razin)..tapi yang tak syoknya, cikgu gagal ujian air gula tu dan kena ambil darah sebagai kawalan setiap hari (diet kontrol)..ujian ni berlangsung sampaila tarikh bersalin tau..siksa kan?ingat senang ibu mengandung?huhu..

Tapi, syukurlah akhirnya semuanya selamat..masa tu, cikgu sanggup kena cucuk ambil darah daripada minum air gula tu..dah untuk kandungan kedua ni, cikgu dah cerdik sket..dah pandai 'request' macam2 kat 'nurse'..nak tahu kisahnya, semak balik 'entry' yang lepas2 ye..syukurlah kepada Allah, kandungan kali ni tiada banyak masalah cuma dua tiga hari ni je perut mengeras dan cekang mmacam nak meletop..tadi dah p ke klinik kesihatan dan buat ujian minum air gula buat kali ke 3..semoga lulus dan tak perlu ulang minumm lagi..payau dan manisnya masih melekat di tekak lagi ni..

Oklah, setakat tu saja..tak larat nak menaip..penat menjalani ujian2 di klinik tadi masih terasa..petang ni nak rehat puas2 dan masak sempoi2 je..

Wassalam..

Ibu mengandung dan air gula.. Ibu mengandung dan air gula.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 04, 2012 Rating: 5

Cuti 3 hari yang memenatkan..

Isnin, September 03, 2012
Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger? Sihat? Mesti bersemangat kerja di pagi Isnin ini..alhamdulillah..

Cuti baru-baru ni memangla best..pagi2 jumaat dah kelam kabut masak untuk pelajar2 tersayang yang datang berhari raya..baru nak melepas lelah, petangnya pergi pula rumah terbuka kawan2 sampai 3 buah rumah..yang rasa penat sangat tu sebab melayan mat razin yang 'over excited' dapat jalan sana-sini..huhu...

Hari Sabtunya pula, pergi memenuhi jemputan kenduri kahwin jiran meja kemudian lajak ke Ipoh beraya di rumah kawan baik zaman U dlu..seronok betul mat razin..tambah2 kat rumah kawan tu banyak kucing, tak dok diamla dia..Kemudian pergi pulak 'exercise' ke AEON seksyen 18 Ipoh nun dan berhenti solat di Tesco bersebelahan..Penatnya hanya Tuhan yang tahu..Besar betul kedua2 tempat tu..huhu...

Makanya pada hari Ahad, cikgu ingat dapatlah berehat sepuas hati, namun tak juga apabila mat razin berterusan aktif dan tak habis2 membuli cikgu dan mr.hubby..sakitnya badan..dahla tiba2 dapat mesej dari GK untuk siapkan lapiran SOU Fizik dan serah esok..huhu..beserta modul lak tu..awatla suka sgt bagi keja 'last minute' ni????!!!

Sekadar gambar hiasan..

Mood pagi ni, penat..bertambah penat bila pagi2 sampai sekolah kena perah otak untuk siapkan SOU dan cari modul..aduyai..esok kena p klinik sebelah minum ayaq gula plak.tak suke!!!tak suke!!!

Wassalam...

Cuti 3 hari yang memenatkan.. Cuti 3 hari yang memenatkan.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 03, 2012 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.