Seo Services

PIZZA DI AMBANG 2013

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru buat semua rakan blogger..Pasti ramai yang tanam azam baru dan pastinya semua orang berharap tahun 2013 ini menjanjikan yang terbaik buat diri masing-masing..

Sempena mengakhiri tahun 2012 dan memulakan tahun 2013, cikgu telah menjalankan satu projek khas bersama seorang member cikgu..Hehe..Alhamdulillah apa yang kami usahakan selama 4 jam berjaya dan tidak menghampakan..Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang terbaik..

Jom kita 'check out' resepi Pizza tahun baru..insyaAllah jadi..
p/s: credit to sis norasyikin from SMKSA and chef wan(tgk rancangan roti dia..haha)

                                                          PIZZA DI AMBANG 2013



                                                Siap untuk 'delivery' kepada rakan-rakan..hehe

Bahan Roti:
1 kg tepung protein tinggi
2 paket mauripan gold
2 sudu minyak zaitun
Sebiji telur
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 gelas air suam
1 sudu 'shortening' atau pelembut roti

Bahan Topping:
1 paket daging burger
3 ulas bawang putih
1 paket sosej
2 biji bawang besar (sebiji dipotong dadu, sebiji dihiris panjang)
1 biji lada benggala
1 biji tomato
1 tin cendawan butang
1 tin nenas (ni cikgu tak letak)
1 paket keju craft single
1 paket keju mmozarella (ni cikgu tak letak, jadi takdakla efek tarik2 tali tu..hehe)
Minyak zaitun secukupnya
** Tumis bawang putih kemudian masak daging burger yang telah diramas dan campur dengan bawang besar dipotong dadu sehingga kering airnya..yang ni nnt akan jadi 'main' topping

Bahan Sos:
1 botol sos tomato
1/2 botol sos cili
2 sudu sos lada hitam atau BBQ
1 sudu gula
**Dicampur semua sekali dan diratakan

CHARA-CHARA(BACA DENGAN GAYA P.RAMLEE)

Cara untuk roti:
1. Bancuh gula, minyak zaitun dan mauripan@yis dgn air suam(jgn panas sgt,nnt yis tu meninggal dunia), kemudian biarkan selama 5 minit untuk mengaktifkan yis yang sedang tidur itu
2. Tepung digaul dahulu bersama garam dan telur serta 'shortening' atau pelembut roti
3. Masukkan air beryis tadi ke dalam tepung dan mulakan senaman tangan anda (menguli) sehingga tepung tadi tidak melekat di jari..macam nak buat karipap tu..kalau rasa kering, tambah air masak sikit2..
4. Bulatkan kecik2 (sebesar bola tenis) kemudian tutup dgn kain lembap lebih kurang 30 minit (sampai adunan tu nampak naik)
5. Uli sekali lagi dengan cara tumbuk2 keluarkan angin..kemudian ulang langkah 4.
6. Ulang langkah 4 dan 5 beberapa kali..lagi lama dan banyak kali kita uli dan perap, semakin lembut doh tersebut..semakin gebu roti pizza tu..nyum2..

Cara untuk jadikan pizza:
1. Doh yang dibulatkan dan telah dilanyak2 tadi digelek sehingga setebal lebih kurang 1 inci..Diameter pizza ikut jenis ketuhar yang digunakan dan keinginan di hati dan di mata..kalau pizza mini boleh dapat dalam 15 keping.
2. Cucuk2 guna garpu atas permukaan doh untuk keluarkan angin kemudian sapukan dengan minyak zaitun secukupnya..
3. Oleskan sos secukup rasa dan pastikan rata di semua bahagian pizza
4. Letakkan 'main topping' iaitu daging burger yang telah dimasak
5. Letakkan bahan2 lain iaitu sosej, lada benggala, cendawan butang, tomato, bawang besar dan nenas secukupnya
6. Akhiri dengan menaburkan keju2..makin banyak keju makin melekat kuat topping dan makin sodaplah ia..
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit bergantung kepada ketebalan. Pastikan guna api bawah dahulu sehingga nampak doh naik barulah gunakan api atas dan bawah..
8. Apabila dah masak, makanlah panas2..insyaAllah sedap..

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2013..

Wassalam..





PIZZA DI AMBANG 2013 PIZZA DI AMBANG 2013 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 02, 2013 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Gmbr pizza yang dah siapnya mana?

    BalasPadam
  2. tu dia...rajin sungguh mama razin dengan pizza segala hehe...bby sihat?

    BalasPadam
  3. kalau yang betul2 rajin ni..pasti cuba punya..

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.