Seo Services

PUM ke Cameron Highlands 18 Mei 2013

Isnin, Mei 20, 2013
Assalamualaikum..

Alhammdulillah, hasil kerja keras ahli Kelab Usahawan Muda tahun 2013 ini, berjaya juga lawatan ke Cameron Highlands dijalankan..tambang ahli ditanggung sepenuhnya hasil jualan sepanjang Jan-April yang lalu..Syukur..

Cikgu juga tak melepaskan peluang bawa suami dan anak2 jalan ke sana.Ni gambar2 kami sepanjang di sana..(^_^)

Razin sangat gembira masa sampai ni
Tiga orang lelaki yang sangat disayangi..(^_^)
Semasa di taman rama-rama
Banyak sangat rama-rama..suka sangat tengok ni
Kura-kura pun ada..Tgk Razin yang kagum tu..
Abg dia kagum,adik lena..baguih betoi..(^_^)
Ni kat Taman Agro MARDI..dah nak balik dah ni
Antara guru dan pelajar yang ikut lawatan ni..muka masing-masing dah penat
Tiga orang ni ahli Usahawan tahun 2012 ynag ikut sekali lawatan
Susah betul nak boleh tangkap gambar sekeluarga ni
 
dan gambar paling cikgu suka..tengok bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila lagi nak boleh datang ni?
 
Wassalam



PUM ke Cameron Highlands 18 Mei 2013 PUM ke Cameron Highlands 18 Mei 2013 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 20, 2013 Rating: 5

SeLAMAT hARI GuRU

Khamis, Mei 16, 2013
Assalamualaikum..

Selamat hari guru kepada:
1. semua guru yang pernah mengajar saya
2. my darling, Muhammad Nasron Abdullah
3. abang2 Shamsul Nomawi Firdaus Hj Nomawi Fakaruddin Helmee Nomawi, kakak Leeza Wati dan kakak2 ipar Ena Alias Syohaida Syj Rose Idayu
4. rakan2 seperjuangan sejak di Maahad Imam An-Nawawi, SMK Kidurong, SMK Sultan Abdullah
5. semua guru di Malaysia dan seantero dunia

Andalah hero kami!!Tanpa guru tiadalah pelajar, tanpa guru tiadalah pemimpin dan tanpa guru semua orang tidak berilmu.. (^_^)

p/s : Selawat dan salam buat junjungan besar Rasululullah S.A.W, guru dan penghulu semua umat Islam
 
SeLAMAT hARI GuRU SeLAMAT hARI GuRU Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 16, 2013 Rating: 5

JaWs Vs FRiCTion!!!

Selasa, Mei 14, 2013
Assalamualaikum..

Selamat Hari Selasa buat semua!!Hari ni mood nak menaipla pulak.Alhamdulillah dah selesai kemaskini data pemohon baru biasiswa untuk ting 1 dan ting 4, jadi tinggal memantau ajk yang lain untuk masukkan ting 2, 3, 5 dan 6 je lagi.

Jadi mari kita bercerita...

Al kisah...(cerita ni dibaca darii fb tapi versi ubahsuai sikit ye..)

Orang Jepun amat terkenal dengan kegemaran mereka makan ikan mentah kan? Makanya, menjadi suatu cabaran bagi nelayan2 di negeri matahari terbit itu untuk memastikan ikan2 yang ditangkap mereka sentiasa segar dan bermutu.

Biasanya, ikan yang ditangkap di laut dalam akan dimasukkan ke dalam ais untuk dibawa pulang bagi mengekalkan kesegarannya.Malangnya, apabila tiba di darat, didapati ikan-ikan tersebut masih kurang segar berbanding ikan tersebut semasa ditangkap.Hal ini menyebabkan harga jualan rendah dan untung yang didapati hasil jualan ikan kurang memuaskan.Yela, nak buat 'sushi' mesti nak ikan yang segar barulah 'umphh!!'.

Nelayan2 pun mula menjalankan beberapa inovasi bagi memastikan ikan mereka segar.Yelah,nak le untung banyak.Sudahla penat ke laut berhari-hari,bersabung nyawa lagi melawan ombak.Huhu!

Antara inovasi yang dijalankan adalah memasukkan ikan ke dalam suatu tangki berisi air - ni tujuannya supaya ikan itu hidup dan tak mati seperti sebelum ni.Namun masalahnya, tangki tak mampu pula memuatkan ikan yang terlalu banyak.Akhirnya ikan banyak juga yang mati dan masih rugi.Tak untung banyak,kesian kan?

Akhirnya nelayan2 tersebut mendapat suatu ilham.Mereka memasukkan seekor ikan jerung kecil ke dalam setiap tangki yang dibawa..

Jerung??Yela..jerung!!



Kenapa? Dengan adanya jerung, ikan2 akan kekal aktif dan tidakla terlalu penuh tangki tu..sebabnya apabila jerung lapar, dia akan 'ngap' seekor ikan.Ikan2 yang lain terus berlari2.Opps!!berenang2 menyelamatkan diri.Hal ini menjadikan ikan-ikan itu kekal aktif dan akhirnya nelayan2 beroleh keuntungan yang lumayan.Sebab tu lah 'sushi' orang jepun ini sedap2..hehe..(cikgu tak lalu makan sushi..opps!!pecah rahsia)


Ikan jerung tu umpama geseran..Ya, pernah dengar daya geseran? Apa fungsinya? Melambatkan dan memperlahan perjalanan suatu objek kan? Dalam kata lain macam juga cabaran.Kenapa?
 Apabila ada geseran, perlu ada daya yang kuat untuk menggerakkan objek itu, betul? Macam juga jerung, bila ada jerung ikan kena lari laju2 nak selamatkan diri.

Orang yang tak tahan dengan cabaran akan jadi macam ikan yang kalah dengan jerung,akhirnya mati dibaham.Macam tu juga objek yang kalah dengan geseran,akhirnya statik tak bergerak.Kalau dalam bidang elektrik, penting juga ada geseran atau rintangan ni,kalau takdak rintangan tak wujudlah alat2 macam cerek air, periuk nasi dan lain2 yang berkaitan haba.Kalau dulu2, nak masak pun kena guna geseran untuk hidupkan api.Ni kena tanya cikgu fizik dan cikgu sejarah yer...

Cabaran menjadikan kita kuat!Kalau dikaji kejadian ,manusia sendiri, kita telah dikenalkan dengan cabaran sejak sebelum membentuk embrio lagi..tak caya, cer tanya cikgu sains dan cikgu bio..(^_^)



Makanya, kita jadi insan hebat macam kita hari ini..Cabaran untuk menguatkan kita..Cabaran tanda Allah sayang pada kita..Maka, jangan terlalu bersedih apabila kita diuji..itu tandanya Allah nak jadikan kita insan yang kuat, segar dan lebih bersemangat.Kitakan khalifah di muka bumi Allah ni!

"Setiap hari adalah indah dengan hidayah daripada Allah"

Cukuplah kot, penat dah pun.Huhu.,.macam dah berjela2 plak melalut..

Wassalam..
JaWs Vs FRiCTion!!! JaWs Vs FRiCTion!!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 14, 2013 Rating: 5

Yang sudah tu sudahlah..

Isnin, Mei 13, 2013
Assalamualaikum..

Seharian mengadap laptop memasukkan data pemohon biasiswa yang baru..berpinau2 mata dibuatnya..ni pun belum siap lagi tapi tgk jam dah lewat nak kena balik rumah dah ni..rindu nak mengulit2 kedua2 anak tersayang..

Semasa menjaga kelas yang sedang dalam minggu peperiksaan ini, sempat juga membelek2 buku GEn-Q yang hanya sempat dibeli dan dikumpul atas meja sebelum ini (huhu..sadisnya) dan terkesan dengan kata-kata:

"Kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat"

Suatu ayat yang ringkas namun sangat mendalam maksudnya buat cikgu..Apa-apapun, "I love Allah, Rasul and my family very2 much"..hehe..

Wassalam..


Aik? Kenapa masuk lagi muka budak tembam ni?

Ni barulah betul..sapa tu ye?ooo..mat razin rupanya..huhu..

P/s: Mood pening dan sesuka hati hentam tulis apa saja..huhu..
Yang sudah tu sudahlah.. Yang sudah tu sudahlah.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 13, 2013 Rating: 5

Selamat Hari Ibu, mak!!

Khamis, Mei 09, 2013

Kasih ibu membawa ke syurga..Sayang mak!!
Selamat Hari Ibu, mak!! Selamat Hari Ibu, mak!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 09, 2013 Rating: 5

SEnyUM..Tak PerLu Kata APa-aPa..

Rabu, Mei 08, 2013

SEnyUM..Tak PerLu Kata APa-aPa.. SEnyUM..Tak PerLu Kata APa-aPa.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 08, 2013 Rating: 5

Penyejuk hati kali ini lah..

Selasa, Mei 07, 2013

Penyejuk hati kali ini lah.. Penyejuk hati kali ini lah.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 07, 2013 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.