Seo Services

R.I.N.D.U

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger?posa tak hari ni?

Kepenatan hari pertama berpuasa masih dirasai.Bayangkan, sebaik selesai solat Maghrib cikgu terus tertidur tidak sedarkan diri..Mujurlah ada Mr.Hubby yang setia melayan karenah anak2..Tepat jam 12.30 pagi baru cikgu terjaga dan menunaikan solat Isyak dan solat2 sunat yang lain..

Syahdu rasa ditengah2 malam apabila bangun menghadap-Nya..sekonyong2 cikgu teringat kisah daripada radio I.K.I.M yang didengari pagi itu..Kisah tangisan pelepah tamar yang rindukan Rasulullah..



Terasa kerdil diri ini.Sedangkan pohon tamar yang selalu dijadikan mimbar semasa Rasul berkhutbah boleh menangis kerana rindukan baginda,inikan pula kita, umat yang sangat disayangi oleh Rasulullah..Sebak sungguh dikeheningan pagi itu..

Oklah, letih pula tangan nak menaip.Proses meng'online'kan nama pemohon biasiswa kelas persediaan universiti ni mamsih lagi berlangsung..Jom sambung kerja!

PEACE!

Wassalam




R.I.N.D.U R.I.N.D.U Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 11, 2013 Rating: 5

9 ulasan:

  1. ..dan dalam merindukannya..keampunan tuhannya....

    BalasPadam
  2. sentap kejap. Sedangkan pokok tamar pon menangis rindukan Rasulullah... Kita yang manusia ni aduhai... Leka je memanjang. Astagfirullah.

    BalasPadam
  3. Salam teacher,
    gagah-gagahkan line juga ni masuk blog teacher. intenet P1 rumah kami kejap ada, kejap takde. naseb baiklah boleh juga post kat blog sendiri, huhu.
    Selamat berpuasa, ya teacher. Mohon maaf jika ada salah kata dan kasar bicara selama ini. Moga teacher dan keluarga diberkati Allah selalu.

    BalasPadam
  4. rasa mcm cukup ke amalan kita ni kan untuk bertemu Rasulullah nnt

    BalasPadam
  5. Menginsafkan diri dan cuba tambahkan amalan kita di bulan mulia ni.

    Penat kan? Kerja tak pernah habis, mujur diberikan kekuatan utk teruskan perjuangan ini.

    BalasPadam
  6. Buan mulia cuba sebaik yang mungkin menjadi yang terbaik dan harapnya berterusan..amin

    BalasPadam
  7. terima kasih atas perkongsian ini. Selamat berpuasa cikgu.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.