Seo Services

CAmPak?

Isnin, Oktober 28, 2013
Assalamualaikum..

Maaf lama x update blog..sibuk dgn macam2 dugaan yang dtg tiba2..

Bermula ahad dua minggu sudah, razin menunjukkan tanda2 macam nak demam..Adik mula merengek2 manja dan memerapkan diri..

Isnin - sy ke sekolah seperti biasa dan pulang lewat ptg sbb menguruskan jualan kelab usahawan muda sempena hari kokurikulum..Hampir pukul 6 ptg baru ambik depa dua dari rumah pengasuh. Masa amik tu, badan adik panas sgt,si pengasuh dia siap pakaikan stoking..saya dah mula rasa tak sedap hati,cepat2 tanggalkan stoking dan masukkan adik dlm keta..tgk2 adik muntah..panas kena badan saya. Terus saya kuaqkan dari keta dan bukak baju adik,pasang ekon keta kuat2 dan bawak balik depa dua ke rumah..Susah hati sepanjang jalan hanya Allah yang tau.

Sampai saja ke rumah terus mandikan adik dan pakaikan pampers saja..Dah sedia juga menjerlum kepala si abang..Abah depa balik masa maghrib macam besa. Dan malam tu bermulalah sesi tidoq tak lena saya dan suami.

Selasa - saya dan suami ambik cuti jaga depa dua..Badan dah mula naik bijik2 macam ruam penuh badan, muka sampai kaki. Bawak depa dua ke klinik Azhar. Badan masih panas.

Rabu - Pergi juga ke sekolah untuk selesaikan tugasan Kelab sempena Hari Kokurikulum..deal dgn supplier air dan makanan..Hati memang dok ingat kat anak ja..Petang tu abah depa amik mc sbb dia pon dah rasa nak demam..Dema depa dua masih tak kebah..Ruam masih penuh badan.




Khamis - Saya ke sekolah. Hari ni hari anugerah kokurikulum. Walaupun kelab usahawan muda dapat anugerah tapi sy tak hepi sbb risaukan anak2. Dua beradik masih demam. Saya dan suami buat keputusan tarik diri drp ikut lawatan..Razin masih belum sembuh..adik badan dah kurang demam tapi bijik masih ada..panas sekali sekala. razin pula tgh malam akan bagun meracau2.Ayat rukyah mmg snetiasa berkumandang dlmm rumah.






Jumaat - Minta izin balik awai kul 11.30 pg bawak depa dua ke klinik sekali lagi. Kali ni klinik cina - Ong dan Sieh di Langkap. Keja2 kat sekolah dh dapat setel pg tadi.alhamdulillah..Pas makan ubat klinik ni badan razin baru rasa biasa..dah tak panas..tapi tgh malam tu dia meracau lagi..dan suhu badan naik balik.

Sabtu - saya dan suami dok diam2 di rumah melayan dua beradik..Adik dah tak demam..Biji pon dh hilang dr badan tap abagnya masih demam. Biji dah tiada..Malam,dia meracau lagi..Kami dah susah hati. rasa ni bukan dema biasa tapi mungkin ada 'gangguan'.

Ahad - Depa dua beradik dah aktif tapi razin badan masih panas. Syukurlah depa dua dah boleh makan ubat. Razin lalu je makan..Adik cuma mahu menyusu. Syukur sya BF adik sepenuhnya. Maka, adik aktif macam biasa. Dah pakaikan baju..Kli tak, asyik berbolen2 je depa dua. Malam td nak tidoq, hubby teringat perfume kasturi emas yang Gold tu sesuai sbg pendidning, dia macakan 3 qul dan calit2 kat razin dan rafif..alhamdulillah malam tadi kami aman dari rengekan razin mahupun rafif..syukur

Dan pagi ini, sya ke sekolah seperti biasa. Gigih menyiapkan segala tugasan sbelum sekolah mula bercuti panjang.

Rabu dan Khamis minggu ni saya akan hadiri meyuarat pengawas SPM. Alhamdulillah dpt bertugas satu sekolah dgn suami.

Kesimpulannya, kalau anak demam mmg hati ibu dan ayah sangat tak tenteram. Teringat pada mak dan ayah di kampung. Pernah dengar suatu hadis tapi tak pasti bunyinya macamana tapi yang saya ingat, kasihnya Allah kepada hambaNya melebihi kasihnya ibu kepada anaknya...Masya Allah..Allahuakbar!

Wallahua'lam





CAmPak? CAmPak? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 28, 2013 Rating: 5

Terkenang dulu2..

Jumaat, Oktober 18, 2013
Assalamualaikum

Semalam masa nak tidoq tiba2 teringat kat kampung.Ditebak dengan kerinduan yang bersangatan..
Walau baru balik ja tapi suasana kat kampung la ni rasa x macam dulu lagi.
Dulu kalau balik kampung macam ada aroma yang lain..mungkin bau pokok2 dan rumah2 kayu zaman dulu.
La ni kalau balik lain sangat dah...

Rumah pak su saya dulu rumah kayu. Rumah tinggi orang kata. Dapoq, bilik, pelenggaq semua kat bahagian ataih..Kalau nak berak ke kencing ka semua kat bawah. Jamban kat luaq pon buat dengan kayu gak..Kalau orang goyang dari luaq mmg macammm nak reban.(tau dak..reban ni maksudnya runtuh)

Teringat sangat...Hmm..nantila kita sembang len..banyak nak dikarang tapi masa sangat tak mengizinkan..Kalau tak tulis kat sini,lama2 lupa dah apa nak cerita.

Btw, rasa rindu pulak dengan 'theme' blog anak kedah yang lama..yang baru ni nampak skema sangat..nak menulis pun dah termati kutu..huhuhu..



p/s : jenuhcari gambaq yang seakan2 rumah pak su saya tapi tak jumpa pulak..hmm..mmg nostalgia yang susah dikenang..ruginya tak ada gambar kenangan dulu..huhuhu


Terkenang dulu2.. Terkenang dulu2.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 18, 2013 Rating: 5

Salam Aidiladha!!

Jumaat, Oktober 11, 2013
Assalamualaikum..

Malam ni, insya Allah akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman..Doakan kami sekeluarga selamat tiba di kampung tercinta ye..

Maka, buat beberapa hari ni, blog cikgu akan lengang sikit..tapi janganla segan silu datang melawat ye..


Sehingga bertemu lagi..

Wassalam..(^_^)
Salam Aidiladha!! Salam Aidiladha!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 11, 2013 Rating: 5

Lengang je blog ni...

Khamis, Oktober 10, 2013

Lengang je blog ni... Lengang je blog ni... Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 10, 2013 Rating: 5

Happy birthday my sweet little pumpkin!!!

Rabu, Oktober 09, 2013
Sedar tak sedar adik dh setahun..
Mama doakan adik jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat

 Adik dah berjaya jalan sebelum usia setahun..pecah rekod abg..
 Mama sayang anak-anak mama..
Tenkiu abah belikan kek untuk adik,abang dan mama

p/s: Sedih sebab gambar2 adik masa lahir habis hilang ntah ke mana..handset lama rosak..huhuhuhuhu
Happy birthday my sweet little pumpkin!!! Happy birthday my sweet little pumpkin!!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 09, 2013 Rating: 5

Blog Anak Kedah Berwajah Baru!!!(^_^)

Selasa, Oktober 08, 2013
Assalamualaikum..

Amacam rupa blog cikgu yang baru ni?ok tak?hehe...

Ni credit kepada suami tercinta yang bersusah payah tlg menambah baik blog ni..Sekarang cikgu berjinak2 dengan bisnes secara kecil2an..

Sesapa yang berminat nak order tu,jangan malu2 atau segan add cikgu di fb ye..klu nak order juga, boleh tinggalkan komen di ruangan komen..

Sesapa yang ada masalah lelah, asma, jerawat muka, bolehla cuba nigellan ni ye..

Jangan terkejut jika selepas ni...anda akan

✔ Boleh Bernafas dengan LANCAR
✔ Deria BAU anda PULIH seperti sediakala
✔ GATAL di muka dan hidung akan HILANG
✔ Hingus dan Lendir akan HILANG & DIKELUARKAN
✔ Tisu-tisu muka yang rosak akibat Jerawat akan DIBAIKPULIH
✔ BAU BUSUK dalam mulut & hidung akibat Resdung akan DIHILANGKAN & DIKELUARKAN.

Bagaimana caranya??
~Cuma titiskan Nigellan ke dalam air dan minum sebelum tidur.
~Sapu nigellan di muka, sebelum tidur..
Mudahkan???



Jom dapatkan dari cikgu sekarang!!! Berbaloi2 baq hang!
Blog Anak Kedah Berwajah Baru!!!(^_^) Blog Anak Kedah Berwajah Baru!!!(^_^) Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 08, 2013 Rating: 5

Kasturi Emas...

Jumaat, Oktober 04, 2013
Assalamualaikum....





Wangian Kasturi santapan rohani & Sunnah Rasulullah.

Sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat.Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani.

Haruman merupakan santapan rohani,manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.Mencium kasturi menenangkan roh.Justeru,janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk.

Perbezaan:

1)kasturi putih bau bunga2an utk ketenangan, terapi perubatan dan pendinding




2) kasturi kijang utk rasa segar, bersemangat,kurangkan stress, & pendinding




3) al jannah ekstrak bungaan, bau yg kuat tetapi lembut utk rasa tenang & nyaman




Boleh dapatkan drp saya..sebotol 4ml = rm 35.00 kalau nak pos pon boleh tapi kena tambah rm6.00


Berminat jangan malu2 kontek cikgu ye..

Wassalam..
Kasturi Emas... Kasturi Emas... Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 04, 2013 Rating: 5

...clueless..

Khamis, Oktober 03, 2013
 Tangkapan pertama kurang berjaya



 Yang ni 'clear' sikit


Ada-ada ja hampa dua ni..

layan...

(^_^)
...clueless.. ...clueless.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 03, 2013 Rating: 5

Kesan Pantulan Dalam Penuh..

Selasa, Oktober 01, 2013





Apa? Tak paham?

Dah..dah..jom masuk kelas cikgu esok yer..babai

(^_^)

Kesan Pantulan Dalam Penuh.. Kesan Pantulan Dalam Penuh.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 01, 2013 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.