Seo Services

JOM KENALI KAREKTOR; UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN

Assalamualaikum

Disebabkan selalu sangat tengok cerita upin dan ipin kerana melayankan anak-anak, saya buat kajian khas untuk setiap karektor yang terlibat. Layan je la...

1. Upin dan Ipin 

Dibezakan hanya dengan sehelai rambut. Upin yang mempunyai sehelai rambut adalah abang kepada Ipin. Namun, ipin lebih bijak dan berani daripada abangnya. Sentiasa memakai baju singlet berlabel huruf I atau U sebagai tanda pembeza diri masing-masing. Kalau baju raya pula, akan pakai kaler biru untuk ipin,manakala kuning untuk upin. Kereta mainan diorang pun ikut kaler baju masing-masing. Watak ceria, nakal namun sangat menghormati orang yang lebih tua. Yang selalu kata betul..betul..betul tu sapa?certeka?hehe..




2. Mail

Agak rapat dengan kembar berdua ni. Kalau dalam kelas duduk sebelah Mei-mei. Selalu cari gaduh dengan Mei-mei tapi gaduh-gaduh manja je. Seorang bakal usahawan yang berjaya. Asyik fikir nak cari duit sahaja mungkin disebabkan dah dibiasakan hidup susah dan berada dalam keluarga peniaga. Perangai baiknya, sangat menghormati dan menyayangi ibu serta gigih mencari duit sendiri. Selalu juga belanja upin dan ipin makan ayam goreng dan pernah belanja makan ABCD uncle Mutu. Sekali tengok, dia nampak lebih matang dari rakan sebaya. Muka pun nampak tua sket. Suara garau macam dah baligh..huhu..


3. Mei-mei

Pelajar yang paling bijak dalam kelas. Selalu 'offer' diri untuk jawab soalan dan lain-lain. Dalam kata lain, 'attention seeker'. Manja dan selalu merasakan diri paling comel dan cantik. Selalu bergaduh manja dengan Mail.Mudah merajuk tapi senang dipujuk dengan cara pujian je...Yang peliknya, selalu main dengan budak lelaki. Kawan perempuan tak 'ngam' kot..kesian...


4. Jarjit

Berbangsa Sikh tapi sangat sporting dan antara watak paling melucukan dalam cerita ini. Percakapan macam spontan dan ala-ala bodoh alang. Tapi bijak sebenarnya. Wujud tetiba je dan suka menyelit di tengah-tengah permainan. Tak faham kebanyakan peraturan permainan dan selalu dianggap pen'spoil' dalam geng.


5. Ehsan

Ketua kelas anak manja kesayangan bapa a.k.a intan payung. Sekali tengok macam anak tunggal tapi kalau tak silap,ada satu episod dia kata dia masak kek dengan kakak dia. Dalam reramai kawan upin ipin, dia ni lah yang paling kaya. Semua yang nak dia dapat. Orang pertama pernah guna tablet dan komputer..Kereta mainan pun jenis ada kamera. Hebat tu! Agak angkuh dengan kekayaan keluarga tetapi dalam masa yang sama sangat berdisiplin dan menghormati orang yang lebih tua. Juga seorang ketua kelas yang amanah dan menjaga kebajikan anak buah. Agak lemah matematik.


6. Fizi

Best fren kepada si Ehsan. Di mana ada Ehsan, di situ ada Fizi. Dia ni sama manja macam Ehsan dan merupakan penyokong kuat Ehsan. Tapi pandai menyembunyikan diri semasa melakukan kesalahan dalam kata lain tak backing masa Ehsan bagi jawapan salah. Siap ikut mengkondem lagi padahal jawapan dia yang bagi. Senang kata kita panggil orang macam ni 'kaki kipas'.


7. Ijat

Budak yang paling lambat boleh membaca dan bercakap dalam kelas. Dulu mula-mula tengok,saya ingat dia bisu sebab selalu guna bahasa isyarat je. Tapi ijat ni memang budak baik dan jarang ikut serta main di luar rumah macam upin ipin dan kawan-kawan lain. Ada satu episod, rumah dia terbakar. Kesian ijat. Dalam kelas, dia suka dok belakang sekali. Dulu agak penakut dengan cikgu tapi sejak dan boleh membaca dia dah ok. Tapi kelemahan utama adalah senang pengsan apabila digertak, terkejut atau terlampau sedih.




8. Susanti

Rakan sekelas upin ipin yang berasal dari Indonesia. Kadang-kadang akan sertai upin ipin dan rakan -rakan lain bermain tapi jarang sekali ada. Makanan kegemaran tentulah tempe. Sangat suka dengan permaian tradisional Malaysia dan peminat sukan Badminton.


9. Opah

Nenek kepada upin ipin. Seorang yang sangat penyayang, penyabar dan lemah lembut. Langsung tak pernah tinggikan suara kepada upin ipin. Sekali je saya rasa dengar suara opah kuat, tu pun sebab terkejut tgk bil letrik rumah dia yang mahal giler. Kalah rumah saya yang pakai ekon ni. Huhu. Selalu bagi nasihat yang berguna kepada upin ipin. Teknik yang opah guna untuk sampaikan maklumat dan pengajaran kepada upin ipin ni kadang-kadang saya aplikasi juga dalam kelas. Teknik ala-ala keibuan..hehehe


10. Tok Dalang

Tak pasti apa hubungan dia dengan opah. Mungkin sepupu atau adik beradik sebab pernah dengar opah panggil dia Alang. Tapi umpama datuk kepada upin dan ipin. Sanggup melayan karenah upin dan ipin. Bawa jalan-jalan ke dusun, memancing, buat layang dll. Anak dan cucu dia tinggal di bandar. Kira macam menumpang kasih sayang upin ipin gakla. Agak kedekut tapi bab duit jela. Klu buah dan lain-lain dia takla berkira sangat. Saya rasa tok dalang ni agak kaya sebab dia banyak dusun dan tanah untuk bercucuk tanam. Satu lagi, dia ni ketua kampung untuk Kampung Durian Runtuh ni.


11. Kak Rose

Watak kegemaran saya. Agak garang tapi sangat penyayang kepada adik-adiknya. Anak saya sendiri samakan saya dengan Kak Rose. Sadis! Garang betoi mama ni ye..Okay, kak rose ni bijak dan cantik. Dia ambil aliran sains tulen sebab tgk buku atas meja dia, kimia, biologi dll.. Seorang yang sangat rajin dan serba boleh. Dahla pandai, rajin buat kuih, pandai jahit dan pandai serba serbi. Kelemahan dia cuma, garang je..hehe.


 12. Cikgu Jasmin

Bekas guru kepada Upin Ipin. Gaya memang klasik cikgu tadika. Seorang yang lemah lembut dan penyabar. Ayu dan sopan sekali dari segi pemakaian. Berhenti mengajar sebab dia nak sambung belajar.


13. Cikgu Melati

Cikgu baru untuk kelas upin dan ipin. Kelas 1 Ceria. Sangat ceria dan periang. Sesuai sekali sebagai guru tadika. Muka dan rambut ala2 korea. Mesti peminat cerita korea ni.


14. Uncle Muthu

Satu-satunya tukang masak profesional dlm cerita ni. Buka warung yang sentiasa dikunjungi pelbagai bangsa. Warung dia ada wifi tuuuu.. Menu paling glamer ialah ABCD( Air Batu Campur Durian). Apa-apapun ABCD Uncle Muthu memang terbaikla. Tak jumpa lagi di pasaran setakat ni. Pakaian rasmi, singlet dan kain pelikat. Dia ni bapak kepada Rajoo yang wujud dalam cerita 'Geng Pengembaraan Bermula'.



 15. Abang Salleh

Watak lelaki lembut yang berjiwa perempuan. Pandai membuat hantaran barang kawin dan kerja2 lain yang sinonim dengan perempuan. Rajin bekerja dan membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Masih bujang dan selalu menjadi mangsa gangguan upin dan ipin. Rajin gak layan karenah upin dan ipin ni. Lagi suka dikenali dengan panggilan 'Sally'.



16. Ah Thong

Watak yang suam-suam kuku. Jarang wujud daam drama ni. Dia ni pengumpul barangan lama dan peniaga di kampung ni. Macam-macam dia jual. Berbakat juga dalam teater opera cina. Ingat tak siri yang 'bulan hantu' tu?


17. Dzul

Rakan sekelas upin ipin yang wataknya tenggelam timbul. Dulu selalu gak ada sebab dia ni penterjemah kepada Ijat. Tapi sejak ijat dah pandai cakap, watak dia makin kurang. Budak yang kemas. Dalam kelas dok kat belakang sebelah ijat.


18. Devi

Ni pon rakan sekelas upin ipin yang pendiam. Watak dia wujud sekali sekala bila ada Mei Mei. Tapi nampak cara dia ni antara budak yang cerdik dalam kelas 1 ceria ni.


19. Cikgu Besar

Ni watak paling digeruni dalam cerita ni. Budak-budak takut dekat dia sebab dia garang. Cikgu besar ni klu tak silap saya guru besar tadika ni. Dia ni berhati baik dan kalau bercakap pelat utara. Penggeli orangnya dan takutkan lipas macam saya.



Wokes, tu je watak yang selalu saya tengok. Ada seorang budak perempuan dalam kelas upin ipin ni saya tak pernah tau nama dia. Watak dia selalu ditunjuk sekali imbas je. Muka ala2 si Ara budak Pada Zaman Dahulu tapi rambut tak ikat. Korang perasan tak?

Harap maaf kalau ada yang terasa ye. Ni sekadar pandangan peribadi dan suka-suka sahaja. Korang rasa karektor korang yang mana? Cer komen sket. Sapa komen dia best!

Wassalam.
JOM KENALI KAREKTOR; UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN JOM KENALI KAREKTOR; UPIN IPIN DAN KAWAN-KAWAN Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 03, 2014 Rating: 5

24 ulasan:

  1. wah...rajin buat kajian ye.Satu lagi, jarjit suka buat pantun yang dimulakan dengan dua, tiga ..hehe.
    saya pernah jumpa pengasas Upin Ipin ni..nak tau cerita boleh baca sini : Lelaki di sebalik upin ipin dan boboiboy

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye.budak muda yang berwawasan tu kan?skrg boboiboy pun dah lambat kuar episod baru..huhu

      Padam
  2. Watak sampingan paling menonjol, saya rasa Abang Sally la kot. Kalau tengok satu family, time keluar Abang Sally sure masing-masing tersenyum nipis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak sulung saya dulu cukup seram dengan abg Sally tambah episod metromilenium tu..kan jadi jahat gelak mengilai2..huhu..sabor jela..haha

      Padam
  3. yg akka perasan,kak Ros selalu pakai baju kaler pink dan seluar biru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kak rose je,opah dan yang lain2 pon..tu jela baju depa ada kot..huhu

      Padam
  4. assalamualaikum TB....yer la mmg itulah color yg dpt membezakan mereka berdua ni...:)

    BalasPadam
  5. salam teacherbasariah..
    hehe..seronok mengenali watak2 dlm citer upin ipin ni..
    anak2 cma blh stop main bila citer ni start tau.. :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..betul..betul..kartun yg xperlu risau ditonton anak2 sbb byk pengajaran kan?

      Padam
  6. :)


    respon perenggan akhir tu.. nama dia Fathia.. hat iklan..

    "mak, fathia nak men kat luar"

    " x boleh"

    "nak men jugak""

    last sekali ada pesanan
    "biaq anak menangis, jgn kita menangis"

    kat umah tokjah kan ada cd tu.. hehe

    naseb rafif minat yahanana , kalo x jenuh cemuih pasang cd dekat umah.. haha


    ini vid nak bagi ingat.. hehe
    http://www.youtube.com/watch?v=4Rmo-0SbGZ8

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. bukan fathiahla watak budak misteri tu naim..nnt kak ngah try cari gmbr dia..

      Padam
  7. *fathiah nama adaptasi nama sebenar upin dan ipin versi lama. hat lanie pi Boboiboy.. haha

    Katon lanie x sebest dan se gempak Usop Santorian.. hehe

    product Ujang dan MOY.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi okeyla..masih bagus berbanding kartun omputih yg ntah hapa2 tu..upin ipin ni byk pengajaran dan ada sket sentimen memori dulu2..hehe

      Padam
  8. Selain watak Upin dan Ipin bunda suka watak Kak Ros... geruuunn!!...hehe

    BalasPadam
  9. ANak saya skrg ni minat pulak ngan UnI ni dulu xlayan sangat sibuk ngan minion jer pastu frozen...la ni Upin Ipin dia layan...best gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni la satu2nya kartun yang bleh buat anak saya diam kak..hehe

      Padam
  10. Anak punya pasal..hari2 ulang tengok..huhu

    BalasPadam
  11. nama Yang pa guru Paje baju oren tuh sape macam kenal je


    BalasPadam
  12. Nama sebenar upin ipin apa ye? Dalam satu blog tu cakap arufin dan arifin

    BalasPadam
  13. Jangan kata anak2, mak budak pun layan upin ipin ni.. hehehe.. dan watak kegemaran saya adalah kak rose.. ekekeke..

    BalasPadam
  14. terimakasih atas informasinya. jadi tau karakter dalam serial upin ipin.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.