Isnin, Oktober 13, 2014

Buah-buahan yang semakin pupus

Assalamualaikum

Semalam masa dalam perjalanan dari Gopeng pulang ke Langkap, saya terperasan sejenis buah yang sudah lama saya tak lihat dan makan.

Buah tampoi. Sapa yang pernah makan buah ni?

Gambah ehsan dari http://yanml.wordpress.com/2013/01/05/buah-tampoi/

Gambar ehsan dari http://atika13b8341.wordpress.com/2014/02/19/buah-tampoi/

Sekali tengok nampak macam buah setoi tapi buah setoi ni kulit dia lembut dan boleh dimakan(setelah dikupas bhgn luar..sedap sangat kalau cicah dengan sambal belacan..yummy!). Isinya pula masam-masam manis. Berbeza dengan buah tampoi yang hanya isinya boleh dimakan dan rasanya lebih manis biasanya.

Ni gambar buah setoi.

Gambar ehsan dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19880.60

Kedua-dua buah ni memang semakin jarang dan sukar dijumpai. Generasi muda sekarang ni kalau sebut nama dua buah ni memang ramai yang garu kepala.

Anda dah pernah cuba?

Buah apa lagi yang makin pupus ye?JOm kongsikan dengan saya.

Wassalam.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum....jarang nampak buah jentik, buah salat, buah goncak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam..buah jentik baru2 ni jumpa juga..buah salat dan buah goncak tu macamana pula ye?hmmm

      Padam
  2. Buah tampoi tu lamaaaaa dh x merasa...cam ssh nk jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi..saya pon baru je jumpa ni..mcm byk tahun dah tak nampak..hehe

      Padam
  3. Assalamualaikum... huh sedap buah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam..yup,mmg sedap..tp bila lama tak makan makin lupa dah rasa dia..hehe

      Padam
  4. SAcsuka dua2 buah ni...area nk menghala ke Kuala Pilah mmg ada byk jual buah tampoi...ada musim jgk kot...cuma buah setoi a.k.a sentul ni dh lama x rasa....lg satu buah jambu susu...susah nk jumpa skrg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..buah jambu susu memang payah nak jumpa..rasa dia pon saya dah lupa macamana..huhu

      Padam
  5. saya suka 2-2 buah ni. buah tampoi ni dia macam buah rambai skit kan. tapi lagi sedap.

    BalasPadam
  6. kat tampoi ada tak buah tampoi?

    BalasPadam