Selasa, Disember 30, 2014

Hikmah dari banjir

Assalamualaikum

Maaf lambat mengemaskini blog ini.

Hati luluh membaca berita demi berita berkaitan banjir yang menimpa seluruh Malaysia.

Tambahan lagi apabila gambar-gambar sesudah air bah surut dipaparkan, Allahuakbar..umpama dilanda tsunami! Tragis!

Keputusan menangguh sesi persekolahan 2015 yang diumumkan TPM semalam adalah keputusan terbaik yang saya rasakan dibuat pada akhir tahun ini. Banyak persediaan yang perlu dilakukan terutama pasca banjir ini.

Walaupun tempat saya tidak terlibat banjir, namun saya tetap merasakan tempiasnya apabila ramai rakan guru yang tidak dapat hadir semasa mesyuarat pertama guru dijalankan akibat terlibat dengan banjir ini samada secara langsung mahupun terputus jalan untuk datang mesyuarat.

Semoga semua yang terlibat diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama membantu sesama rakyat Malaysia agar dapat membangunkan semula kawasan yang rosak teruk dilanda banjir.

Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Wassalam.

Jom menyumbang!


2 ulasan:

  1. Baguslah ramai yang prihatin terhadap mangsa banjir.

    BalasPadam
  2. semoga keadaan cepat pulih dan semoga mereka tabah melaluinya ...

    BalasPadam