Selasa, Disember 30, 2014

Hikmah dari banjir

Assalamualaikum

Maaf lambat mengemaskini blog ini.

Hati luluh membaca berita demi berita berkaitan banjir yang menimpa seluruh Malaysia.

Tambahan lagi apabila gambar-gambar sesudah air bah surut dipaparkan, Allahuakbar..umpama dilanda tsunami! Tragis!

Keputusan menangguh sesi persekolahan 2015 yang diumumkan TPM semalam adalah keputusan terbaik yang saya rasakan dibuat pada akhir tahun ini. Banyak persediaan yang perlu dilakukan terutama pasca banjir ini.

Walaupun tempat saya tidak terlibat banjir, namun saya tetap merasakan tempiasnya apabila ramai rakan guru yang tidak dapat hadir semasa mesyuarat pertama guru dijalankan akibat terlibat dengan banjir ini samada secara langsung mahupun terputus jalan untuk datang mesyuarat.

Semoga semua yang terlibat diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Marilah kita bersama-sama membantu sesama rakyat Malaysia agar dapat membangunkan semula kawasan yang rosak teruk dilanda banjir.

Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Wassalam.

Jom menyumbang!


Rabu, Disember 24, 2014

BANJIR (T T)

Assalamualaikum

"Ya Allah, bantulah umat Islam di kawasan terjejas banjir khususnya dan di seluruh Malaysia amnya."

 Aamiiin.

Semoga semua yang terlibat banjir diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi musibah ini. Allah menguji hambaNya tanda kasih sayangNya.


Jom sama-sama menyumbang untuk meringankan beban yang ditanggung.


Wassalam.

Isnin, Disember 22, 2014

Hujan

Assalamualaikum

Sepanjang minggu ni boleh dikatakan hujan di kebanyakan hari.

Anak-anak saya mula menunjukkan telatah bosan al maklum x boleh nak ke mana-mana. Bukan tak boleh, leceh!

Walaupun di rumah saja, tapi kerja umpama tak pernah selesai. Ni nak buat alasan sebab blog ni semakin suam-suam kuku..(eh, bukan mmg dah sejuk ke?haha)

Seperkara yang sangat perasan, atau perasaan saya saja..pelayar mozilla firefox ni macam agak 'slow'. Satu lagi tgk dok minta derma..kenapa ek? Kalian perasan tak? Ke perasaan saya je ni?huhu..

Oklah, situasi  hujan lembap ni menjadikan saya agak lembam.


Jumpa lagi. Wassalam.

p/s: Sapa yang nak beli produk yang saya jual boleh p atau whatapps ye..walaupun hujan dan lembam, bisnes masih berjalan seperti biasa..hahaha..(^_^)

pm/whatapps: 0135819100 (Basariah)

Khamis, Disember 18, 2014

Penangan

Assalamualaikum

Dengan berbaki kurang lebih 2 minggu cuti, baru sempat menjenguk kembali blog terchenta ini..ahaks!

Tu yang dikatakan PENANGAN CUTI!

Actually kan (poyo), masa awal cuti hari tu kami sekeluarga sibuk pindah rumah. Alhamdulillah selesai dalam minggu kedua cuti.

Pastu barulah pulang ke kampung bertemu ibu ayah yang dirindui..Makanya, blog ini 'tersepi' sementara..(^______^) Mesti korang rindu kan? (Perasan!)

Petang tadi baru selesai urusan penyerahan rumah (bagi sewa je) kepada penyewa baru utk rumah kami di Sungai Petani..Nak buat macamana kan, dah tak dapat pindah..bagi je la orang sewa..dapat juga rumah tu berbakti..hehe...sedih sebenarnya (T T)

Korang yang ada anak dah setelkan persediaan persekolah? Baik setel awai2 tau..Sekoalh dah nak mula..Utk penjawat awam, selesaikan sebelum wang gaji kalian habis ke lain..hihi..nasihat ikhlas ni..yelah kan, gaji bulan ni masuk awal..

Oklah, apa saya mengarut ni ye? Penangan cuti lama katakan..Jangan jeles tau..Cikgu ni nama ja banyak cuti tapi banyak juga urusan yang perlu selesai masa cuti ni termasuk merancang utk tahun depan pula.



Wassalam.

Isnin, Disember 01, 2014

Jom Sertai Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 (^_^)

Assalamualaikum

Jom kawan-kawan..kita berwakaf..semoga Allah terima amal baik kita


 (^_____________^)



Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun ke-2 sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.
Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.
4 Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :
• Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452
• Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu
• Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)
• Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

Wassalam