Seo Services

Ikhlas dalam bersyukur

Assalamualaikum

Sejauh mana keikhlasan kita apabila menuturkan syukur,alhamdulillah?

Pernah tak korang terfikir?

Terlintas di benak saya semasa memandu ke tempat kerja pagi tadi.

Ujian sakit yang diterima membuka mata saya untuk bersyukur..semoga dgn penuh ikhlas..(T T)

Selama ini, Allah berikan saya anggota badan yang sihat, sempurna dan jarang sekali sakit. Ibu dan ayah yang sangat menyayangi saya sejak saya kecil. Ayah tak pernah pukul saya sehingga berbekas. Begitu juga emak. Allah jua kurniakan saya suami yang penyayang, rajin membantu serta anak-anak yang aktif dan bijak. Juga keluarga mentua yang sangat baik..Syukur ya Allah (T T)

Terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Sekiranya dikehendaki saya membayar semua ini, mati hidup semula seribu kali pun pasti tidak mampu dibayar! Subhanallah.. (T T)

Nikmat sakit yang Allah beri rupa-rupanya untuk mendekatkan lagi saya kepadaNya.. Hidup di dunia ini tidak lama. Semoga saya dan kalian semua dapat menikmati hidup ini dengan penuh makna dan bersedia dengan bekalan secukupnya untuk hidup yang abadi di akhirat kelak..

Ya Allah, ampunkan dosa kami yang selalu lupa bersyukur atas segala nikmat yang Kau kurniakan buat kami semua. Terimalah kami semua sebagai hambaMu dan kami memohon atas belas ehsan dan rahmatmu masukkanlah kami ke syurgaMu tanpa dihisab.. (T T)

Aaamiiiin ya rabbal alamin..


Gambar ehsan: http://muhammadmt.blogspot.com/2011/10/motivasi-daripada-al-quran-syukur.html
Ikhlas dalam bersyukur Ikhlas dalam bersyukur Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 15, 2015 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Ya Allah... Subhanallah. Terima kasih. Peringatan untuk saya juga.

    BalasPadam
  2. terimakasih...terimakasih...utk peringatan diri sendiri...

    BalasPadam
  3. Kebelakangan ini br terfikir...ms sihat dulu mmg jrg sgt tfikirnya...hu3...subhanallah...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum, singgah follow AK, sbb akak pun AK jugak, betapa pentingnya kita bersyukur diatas nikmat sihat yg ALLAH kurniakan,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi follow blog anak kedah ni ye sis nooriah (^_^)

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.