Rabu, Disember 23, 2015

Itik beracun di Tasik Darul Aman

Assalamualaikum

Semoga semua yang membaca blog ni dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saya nak berkongsi kisah benar yang menimpa anak sulung saya minggu ini.

Beberapa hari lepas saya dan suami membawa anak2 ke Tasik Darul Aman di Jitra. Hari tersebut cerah dan tiada tanda hendak hujan. Orang pon ramai. Banyak aktiviti berjalan dengan meriah di sekitar tasik.

Seronok tgk ikan2 diberi makan dalam tasik. Banyak betul ikan kat situ..jinak2 belaka..al maklum tak boleh dipancing...

Anak2 saya kemudiannya tertarik dengan seekor itik mainan yang diletakkan di atas darat. Ada itik yang boleh dikayuh dalam air tp yang sekor ni kat darat. Mungkin sebab  dah rosak. Kebetulan ada kanak2 lain juga bermain2 di situ.

Ni gambar gembiranya anak2 saya bermain dengan itik tersebut..


Ok, anak sulung sy mulanya xberpeluang mengayuh pedal itik tersebut tapi setelah diberi peluang oleh ibu salah sorang kanak2 di situ, dia pon sempatla kayuh sebentar sebelum tali seliparnya putus..alasan itulah sy gunakan untuk ajak dia balik.

Segalanya kelihatan normal sehinggalah malam tersebut badan anak sulung saya tu tiba2 jadi panas. Bintik2 merah mula tumbuh di tapak kakinya. Kami hanya titiskan stevia di bawah lidah, bg byk minum air dan pantau suhu badannya itu.

Keesokannya bintik semakin byk, suhu badan masih panas, suami saya segera bawa ke klinik dan doktor mengesahkan anak saya terkena gigitan serangga atau haiwan berbisa. Kuat ubat yang diberikan doktor sehingga saya tgk pecah bibir anak saya tu. Kesian tak sampai hati, kami beralih pula ke perubatan homeopathy setelah rawatan klinik tersebut kelihatan kurg berhasil. Air dititis stevia terus diberi minum untuk mengeluarkan kuman drp badan.

Menurut doktor homeopathy anak saya ada alahan sebab reaksi kulitnya spt alahan. Pelik! Sebelum ni anak2 tiada pula alahan dgn sebarang makanan atau benda. Kami cuba pula amalkan ubat homeopathy tersebut di samping menyapu krim kulit dan meneruskan minum air yang dititis stevia. Alhamdulillah hr ni baru nampak anak saya semakin sembuh dan bintik2 makin hilang.



Amat serik rasanya nak bawa anak2 ke tempat2 sebegitu lagi dan bermain dgn permaiann yang tidak pasti kebersihannya. Jadi nasihat saya buat ibu bapa yang lain, elakkan anak2 drp bermain dgn permainan macam ni ye..

p/s..mungkin ada yg kata, ntah bukan sebab mainan, tp sy dapat tahu drp rakan kakak ipar saya anak beliau juga kena penyakit yang sama selepas bermain permainan tersebut

Berhati2lah ye. Semoga tiada lagi mangsa selepas ini.

Sekian.

3 ulasan: