Seo Services

Resepi burger Malaysia dan donut tanpa gula dan telur!!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah ptg td berjaya buat burger Malaysia dan donut tanpa guna gula dan telur. Ok, sy kongsikan resepinya ye.

Bahan A:
Sepeket yis kering
Secawan air suam
2 sudu madu

Bahan B:
3 cawan tepung gandum (saya guna bakers choice)
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
3 sudu minyak masak
Setitis stevia sebagai pemanis(ikut suka xletak pon xpa)

Cara2:
1. Satukan semua bahan A dan biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih.
2. Satukan bahan B dalam satu bekas lain. Gaul sebati.
3. Satukan bahan A dan bahan B. Tak perlu nak uli bagai, cuma pastikan bahan A dan bahan B bersatu dengan baik. Klu kering sangat, tambah air sket2 sampai jadi doh.
4. Biarkan adunan dalam 30 minit. Seeloknya tutup dgn kain lembap.
5. Selepas tgk doh dah naik, tumbuk2 keluarkan angin. Tambah sket2 tepung gandum dan uli sampai tak melekat kat tgn. Jangan banyak sgt nnt keras.
6. Bulat2 kan doh kemudian gelek sket pastu tekap dgn cawan. Saya guna cawan plastik je.
7. Biar doh rehat sekejap dlm 5 ke 10 minit barulah mula menggoreng.
8. Bila dah goreng, biar sejuk sket sebelum dibelah tgh dan dimasukkan dengan inti sambal ikan bilis. (Resepi sambal sy xbgla ye sebab ramai dah pandai buat kan? Saya memang guna stevia sbg pemanis..gula dah xguna langsung kecuali gula perang..tu pon sekali sekala)



Untuk donut, cuma pastikan korang buat lubang kat tengah ye sebelum goreng. Lubang buat besar sket, klu kecik, bila dia kembang akan tertutup..pastu bila goreng hilang terus lubang tu..huhu..

SELAMAT MENCUBA!!!

psst..resepi ni memang sedap..hehe..rugi sapa tak try..lembut dan gebu je doh tu..

Nak beli stevia? Pm saya ye 0135819100(basariah) @ 0134801900 (nasron)





Resepi burger Malaysia dan donut tanpa gula dan telur!!! Resepi burger Malaysia dan donut tanpa gula dan telur!!! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 27, 2015 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.