Ahad, Januari 17, 2016

7 idea bisnes utk mahasiswa..jom cari side income secara bijak!

Assalamualaikum..

Jom cuba ni..untuk para pelajar terutamanya 😊

Berniagalah seawal mungkin.

Nabi Muhammad saw berniaga seawal usia 9 tahun.

Bilionair dunia ramai berniaga sejak mereka masih belasan tahun di universiti.

Tak salah buat bisnes, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Jadi apabila kita telah berniaga seawal mungkin, kita dah membina satu cabang pendapatan walaupun barangkali hanya part-time sahaja.

7 Idea Bisnes Simple Untuk Siswa

1. Jual topup

Boleh dikatakan bisnes “confirm” tak rugi.

Semua orang pakai handphone. Majoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi permintaan (volume) ada.

2. Nasi Lemak atau Burger

Bisnes untuk orang lapar.

Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier? Ajak lecturer yang tinggal dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia business minded juga. Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.

3. Jual T-shirt

Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar.

Setiap persatuan pelajar ini wajib  buat program masing-masing sebab pihak universiti sudah beri peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat t-shirt berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi ejen printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment, semua kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti yang banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.

4. Printing

Tak semua orang ada printer sendiri.

Ada sesetengah fakulti tak banyak sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam 20-50 helai sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer sendiri. Kita boleh tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan jimat kos.

5. Makanan ringan

Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda.

Di satu sudut, ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti, biskut, gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosong di sebelah makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar, penjual akan letak “Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan hambaNya”. He he he.

Sampai sekarang masih ada yang buat. Maksudnya memang orang ambil dan bayar walaupun tak ada orang yang jaga. Kalau tak bayar, confirm penjual tu dah tutup sebab rugi. Boleh diamalkan di dalam universiti sahaja, di luar tak sesuai.

6. Video Montaj & Design

Mahasiswa dan program berpisah tiada.

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di awal majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang berlangsung. Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak. Kalau kita ada kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka. Pakejkan sekali servis design buat nametag. Kalau hasil kerja kita memang gempak, selepas tu persatuan lain pula akan cari kita.

7. Servis fotostat

Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita.

Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.

Jangan jual rokok sudah, tak pasal kena buang kolej nanti. Jual yang dibenarkan sahaja.

#copy paste je ni..menarik kan? 😄


             Gambar dlm USM..rindunya zaman belajar dulu..hihi..dulu2 xpandai nak bisnes..


2 ulasan:

  1. sy meniaga jual bunga n epal utk dptkan duit nak gi ke Padang Panjang semasa di thn 1 kat UM.

    BalasPadam
  2. http://runmoney.club/102579257513/
    iklan sikit ye...siapa nak side income paling mudah...key in number je dapat ganjaran dengan nilai usd. boleh cuba link di atas dan daftar

    BalasPadam