Seo Services

Syukur Itu Indah..sebuah kisah yang menarik sebagai renungan 😊

Khamis, Mac 31, 2016

Renungan bersama...

Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Tepat sebelum kelas bersurai itu, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Syukur itu indah...
Syukur Itu Indah..sebuah kisah yang menarik sebagai renungan 😊 Syukur Itu Indah..sebuah kisah yang menarik sebagai renungan 😊 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 31, 2016 Rating: 5

Jom 'pagar' rumah kita

Rabu, Mac 30, 2016


Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi..."

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

- Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5 Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM"

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...
Jom 'pagar' rumah kita Jom 'pagar' rumah kita Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 30, 2016 Rating: 5

Kisah rumahtangga

Selasa, Mac 29, 2016

*********Sharing sedikit input berguna utk org2 di sekeliling kite yg mgkn memerlukan********

Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.

Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.

Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.

Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.

Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.

Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.

Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.

Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.

Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.

Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.

Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.

Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.

Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Copy paste 😊
Kisah rumahtangga Kisah rumahtangga Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 29, 2016 Rating: 5

Q n A minyak herba asma mujarab

Isnin, Mac 28, 2016
Soalan 1 :
Adakah minyak herba asma ini sesuai untuk bayi atau orang tua?

Jawapan :
Minyak herba asma sesuai untuk semua peringkat umur dari yang baru lahir sehinggalah kepada orang tua kerana testimoni yang kami terima menunjukkan keberkesanan pada semua peringkat umur.

Soalan 2 :
Apakah kandungan minyak herba asma ini?

Jawapan :
Minyak herba asma ini diperbuat daripada minyak zaitun,minyak kelapa dara,habatussauda,pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat,tapi suci.Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah buatan Melayu Muslim yang halal.Kelihatan biasa dan sama seperti minyak biasa tetapi terbukti kesannya memang luarbiasa.Cuba dulu baru tahu ;)

Soalan 3 :
Berapakah kandungan minyak ini?

Jawapan :
Kandungan minyak ini sebotol ialah 30ml.Dengan hanya sebotol,99% pelanggan telah pun dapat melihat keberkesanan dan merasai sendiri keajaiban minyak ini untuk sembuhkan asma dengan CEPAT dan BERKESAN

Soalan 4 :
Apakah kegunaan minyak herba asma ?

Jawapan :
Telah terbukti dengan banyak testimonial yang diterima,minyak herba asma dengan izin Allah mampu SEMBUHkan asma,lelah,semput dengan cepat.
Selain itu,ia mampu menyembuhkan batuk dan selsema serta mencairkan kahak.
Kegunaan lain ialah untuk gigitan serangga,luka,tergeliat,terkena api,bengkak,lenguh dan sakit gigi.
Kesimpulannya memang minyak ini satu KEPERLUAN yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga.

Soalan 5 :
Macam mana nak pakai?

Jawapan :
Hanya perlu sapu di leher hingga dada,dari tengkuk hingga ke belakang sekerap mungkin untuk permulaan dan boleh hentikan bila sudah sembuh.Asalkan rajin dan istiqamah.Kesan seawal 1 hari -30 hari bergantung pada individu dan cara penggunaan.Cara guna minyak ini yang lebih detail beserta tip dan panduan akan diberikan oleh kami selepas pembelian dibuat,jadi jangan risau.Malah anda boleh merujuk kami jika ada apa-apa persoalan ;)

Soalan 6 :
Apakah kelebihan minyak ini?

Jawapan :
1- Jimat wang tak perlu berhabis untuk ubat,dan rawatan lain yang cuma mengurangkan,bukan MENYEMBUHKAN.
2- Jimat masa,tak perlu lagi ke klinik atau hospital untuk guna inhaler/nebulizer
3-Dengan hanya sebotol sudah boleh rasai perubahan
4- Kesan seawal 1 hari- 30 hari bergantung pada tahap penerimaan dan cara penggunaan.
5- Sesuai untuk semua peringkat umur

Soalan 7 :
Ada kesan sampingan tak?

Jawapan :
Setakat ini tiada kesan sampingan minyak ini melainkan respon positif yang diterima iaitu sembuh dari masalah asma,tidur yang lebih lena,dan banyak lagi..

Minyak ini kelihatan seperti minyak biasa,tapi hasilnya luarbiasa.Kena cuba dulu.Hilangkan rasa ragu-ragu dan beri peluang pada yang memerlukan untuk sembuh.Teruskan ikhtiar tanpa jemu. Nak selesaikan masalah anda guna minyak ini? Jom hubungi saya sekarang. Saya bantu anda sampai sembuh dengan izin Allah. Insyaallah.

013 5819100 - rabiahtun basariah


Q n A minyak herba asma mujarab Q n A minyak herba asma mujarab Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 28, 2016 Rating: 5

Andai tiba ajalku

Rabu, Mac 23, 2016
ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jgn jemu saling mengingat kn
Andai tiba ajalku Andai tiba ajalku Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 23, 2016 Rating: 5

Resdung? ni ubatnya!

Jumaat, Mac 18, 2016
Assalamualaikum

Gabungan terbaik untuk mengubati resdung dan asma yg kronik. Jom cuba!

In shaa Allah mujarab.

Whatapps ke 013 5819100 (rabiahtun basariah nomawi)

Minyak herba asma mujarab 30ml = rm39

Ubat resdung herba 35 biji = rm30

😊😊😊😊😊😊😊😊


Resdung? ni ubatnya! Resdung? ni ubatnya! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mac 18, 2016 Rating: 5

Magnet Rezeki

Khamis, Mac 10, 2016
Assalamualaikum

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka ‘tersangat’ kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

“Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

“Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok.”

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

“Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka.”

Wowwww…… Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh…. Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa ‘berat hati’. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku.”

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

“Hmmm…. macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?” tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

“Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak.”

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi ‘pulangan’ kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini.”

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah…..

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua…. Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, “Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah.”

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm…. Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

#copypaste


Magnet Rezeki Magnet Rezeki Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mac 10, 2016 Rating: 5

Panduan solat sunat gerhana (beserta gambar)

Rabu, Mac 09, 2016

#GerhanaMatahariSeparaDiMalaysia 9 MAC 2016

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama :
Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua :
Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga :
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiamyang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الصـلة جامـعة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

اصلى سنة خسوف القمر ركـعتين مـأمومـا لله
تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

اصلى سنة كسوف الشمس ركـعتين
مـأمومـا لله تعـالى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر), manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal


Panduan solat sunat gerhana (beserta gambar) Panduan solat sunat gerhana (beserta gambar) Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 09, 2016 Rating: 5

SELAMAT HARI WANITA!!!

Selasa, Mac 08, 2016

Every Woman is Wonderful✌

👸🏻Kerana isteri, rezekimu bertambah.
👸🏻Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
👸🏻Kerana isteri, makan, pakai mu dijaga.
👸🏻Kerana isteri, tenang hati mu.
👸🏻Kerana isteri, lembut pandangan mata mu.
👸🏻Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
👸🏻Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka,
👸🏻walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.
👸🏻Setiap peluh yang menitik, yang bekerja untuk keluarganya,
👸🏻setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda,
👸🏻dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.
👸🏻renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?
👸🏻Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
👸🏻Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
👸🏻KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
👸🏻KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
👸🏻KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
👸🏻KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain
menyerah,
👸🏻KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman,
👸🏻walau disakiti oleh orang yg disayangi.
WANITA makhluk kuat.
👸🏻Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
🍁WANITA sangatlah istimewa......
..Kirimkan kpd WANITA yg kamu sayangi......
🌴Kirimkan juga kpd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahawa WANITA.....ciptaan y yg istimewa........
➡Wajah IBU paling→ cantik
➡Masakan IBU paling→ sedap
➡Kata IBU paling→ beharga.
➡Doa IBU paling→makbul
➡ Restu IBU paling di berkati:
🌺IBU SANGAT SEMPURNA DI MATA KITA ☺😔😭
✅Sebarkan👆ilmu yng kamu baca ini..
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃
Ya Tuhanku...
Jadikanlah....
💋Wanita yg membaca ini
💋wanita pilihanMu
💋wanita yg cantik, pintar cari duit, kuat & sabar...

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃
💋Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
💋Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya.

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃
💋Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂


SELAMAT HARI WANITA!!! SELAMAT HARI WANITA!!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 08, 2016 Rating: 5

PENYEMBUHAN PENYAKIT DARI ASMAUL HUSNA

Isnin, Mac 07, 2016

Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit.
Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh  Insyallah.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi
03. Tulang Belakang - Al Jabbar
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni
11. Arteri - Al Jabbar
12. Perut - Al Razaqq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq
21. Hati - Al Nafi
22. Pankreas - Al Bari
23. Lemak Sacks - Al Nafi
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah - Al Khafed
31. Paru-paru - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

mesti mesti kongsi ...

,* semoga bermanfaat buat kita semua.. aamiiin..
Nasihat daripada Prof Dr Harlina Shiraj

Amin ,,,,آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
Assalam..Mari kita amalkan
PENYEMBUHAN PENYAKIT DARI ASMAUL HUSNA PENYEMBUHAN PENYAKIT DARI ASMAUL HUSNA Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 07, 2016 Rating: 5

AIB

Ahad, Mac 06, 2016

" APA ITU AIB"

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

🌹🌹🌹

Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang In Shaa Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

WAJARKAH KITA BUKA AIB ORANG!!
AIB AIB Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mac 06, 2016 Rating: 5

Tertuliskah namaku?

Sabtu, Mac 05, 2016

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH ?"❀

Kisah seorang tukang besi bermusykil seorang Ustaz:
"Ustaz. Mengapa Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga..! Terus hambar,
tak tentu arah dan tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkan nya?"

Ustaz pun menjawab : "Ooooh..! Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya?Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan : "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

✿Dicari diantara kumpulan Sholat Dhuha tak ada. Dicari diantara kumpulan Sholat Tahajjud tak ada.

✿Dicari diantara kumpulan Puasa Sunnah juga tak ada. Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

✿Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana. Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

✿Dicari diantara orang2 yang Khusyuk Sholatnya, tak ada. Dicari dimajlis Maulidurrasul dan majlis Selawat tak ada. Dicari diantara yang menuntut ilmu Agama pun tak ada.

✿Allah Swt nak mencari tuan dimana? Cuba tuan beritahu!

Maka Menangislah si tukang besi sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah! Dekatkan diri mu pada Allah. Hanya Allah sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita.

❀PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT❀
Selamat Berjuang Saudaraku.
Inn Shaa Allah... Allah! akan kurniakan Rahmat bagi Mu.

❀PENAWAR DALAM ISLAM:
✿ Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Ithnin dan Khamis.
✿Wajah gelap = sholat tahajud
✿ Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qua'an
✿Tidak bahagia = sholatlah tepat pada waktunya.
✿Cepat marah = berwudhu' dan perbanyakan istighfar.
✿Gelisah= perbanyakan berdo'a.
✿Tertekan= perbanyakan berzikir "lahaula walaquwwata illa billah"
✿Rezeki Kurang berkat= sering berdo'a untuk orang tua mu.
✿Hidup Miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfa'at!..
Tertuliskah namaku? Tertuliskah namaku? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mac 05, 2016 Rating: 5

Sembuh asma hanya melalui sapuan..WAJIB BACA!!

Jumaat, Mac 04, 2016

FENOMENA TERKINI SEMBUH DARI ASMA !

Untuk mereka yang nak sembuh dari asma sahaja ~

Kini anda boleh bebas dari asma,semput,batuk,kahak dan selsema TANPA nebulizer,ubat dan rawatan PAKAR~

Ibubapa yang prihatin pasti mahu anaknya tidur lena tanpa gangguan..
Bayangkan si kecil anda yang menangis dan meragam kerana tidak sihat...
Kasihan kan?

Sanggupkah anda membiarkan ianya terus begitu..

Tahukah anda asma jika dibiarkan boleh melarat menjadi penyakit lain yang lebih serius?

Bertindaklah sekarang jika anda sayangkan anak anda!!!

Minyak herba yang lain dari yang lain ini telah TERBUKTI berkesan,bukan kami omong kosong!

Produk ini SESUAI untuk SEMUA peringkat umur dan bertindak dengan cepat sekali..

Minyak asma herba kami telah membantu beribu orang
Cuba dulu baru komen.

Whatsapp terus 013 5819100 sekarang !

Adakah anda batuk,pernafasan termengah-mengah ,ada bunyi bising semasa bernafas,perasaan ketat pada dada,kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar dan nafas yang pendek?

Itulah tanda anda penghidap asma@lelah/semput!

Berminat untuk mencuba alternatif terkini sembuhkan lelah dan tak perlu bergantung lagi dengan inhaler?

Sesuai untuk semua peringkat umur
Minyak Herba Asma Mujarab ~

PM kami atau SMS/Call /Whatsapp Rabiahtun Basariah 013 5819100

*Minyak ini juga boleh digunakan untuk lenguh,bengkak,tergeliat,terkena gigitan serangga,terkena api,gatal kulit dan sakit gigi



Sembuh asma hanya melalui sapuan..WAJIB BACA!! Sembuh asma hanya melalui sapuan..WAJIB BACA!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mac 04, 2016 Rating: 5

TANDA-TANDA LELAH

Rabu, Mac 02, 2016
Tahukah anda?

Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu. Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.

:::: Tanda-tanda dan Gejala-gejala ::::

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti :

Batuk.
Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
Perasaan ketat pada dada.
Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
Nafas yang pendek.

Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke
dalam semasa bernafas.

Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos
(pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

::::: Tabiat-tabiat Baru :::::

Belajar untuk beristirehat.
Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda.
Pakai rantai tangan pengenalpasti lelah.
Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya.
Elakkan merokok.
Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar.
Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti.
Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai.
Jangan memberhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda.
Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang
kemusykilan tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut
(inhaler) yang betul.

Dengan pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.

Sumber : efarmasi.com.my

Berminat untuk mencuba alternatif terkini sembuhkan lelah dan tak perlu bergantung lagi dengan inhaler?

Sesuai untuk semua peringkat umur

Minyak Herba Asma Mujarab ~

Berminat untuk mencuba alternatif terkini sembuhkan lelah dan tak perlu bergantung lagi dengan inhaler?

Sesuai untuk semua peringkat umur

Minyak Herba Asma Mujarab ~

PM kami atau SMS/Call /Whatsapp 013 5819100 (rabiahtun basariah) sekarang!


TANDA-TANDA LELAH TANDA-TANDA LELAH Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 02, 2016 Rating: 5

PENAWAR ASMA, BATUK, LELAH DAN SELSEMA

Selasa, Mac 01, 2016
PERHATIAN!!!!!!!

Siapa hantar anak2 ke taska..
Biasa anak2 anda yg mana antibodi tak kuat..mudah berjangkit selsema..kan..lpas tu melarat pada batuk..dan seterusnya asma..
Yang teruk bole semput.

Ibu2 yg berkerjaya sudah semestinya penat..malam2 nak tidur..tapi anak2 pulak meragam..

Dah di bagi susu..dah dibagi ubat masih menangis..bila hidung sumbat anak2 lagi bertambah ragamnya..saya dah rasa..mata mengantuk tidur2 ayam..

Kalau lelap sgt risau anak muntah tak sedar..

Semenjak saya amalkan minyak herba asma mujarab ni..anak2 saya tak perlu disuap ubat klinik yg berjenis berbotol berperisa..dah xde meraung xnk makan ubat..dah xde dengar anak2 menagis dipaksa telan..kadang2 kena kepit kaki..kena cekik mulut😅😅😅..ohhhh itu pengalaman saya..

Minyak herba asma mujarab ni cara guna paling mudah..sapu2 je..insyaallah..bila kahak kluar..lendir kluar anak2 memang lena tidur..
Ramai kaum ibu sangat berpuas hati..tiada lagi tekanan..bebanan malah boleh save bajet klinik dizaman serba mahal ni😊

Bole wsap saya jika anda ingin tahu..
Kehebatan minyak herba asma mujarab ni..

013 5819100
013 5819100
013 5819100

30ml harga Rm39 pos rm6/rm10 (ss)

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA


PENAWAR ASMA, BATUK, LELAH DAN SELSEMA PENAWAR ASMA, BATUK, LELAH DAN SELSEMA Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mac 01, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.