Seo Services

Jom 'pagar' rumah kita



Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi..."

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

- Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1 Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2 Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3 Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4 Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5 Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM"

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...
Jom 'pagar' rumah kita Jom 'pagar' rumah kita Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mac 30, 2016 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Pernah jadi kat kawan saya cikgu. Ada anak jiran yg masuk dlm rumah dia untuk mencuri, tapi bila nak keluar, dia terkapai2 depan tingkap sebab tak nampak tingkap. MUngkin ayat2 ni yg mak dia amalkan kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..benda ni kdg xtercapai akal kita memeikirkannya..tp sebenarnya kuasa Allah mengatasi segalanya..jom kita amalkan selepas ni setiap kali tinggalkan rumah 😊

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.