Seo Services

Jom buat!

Rabu, Ogos 31, 2016
Sekadar ingin berkongsi.

Dulu, sewaktu saya di zaman SPM, guru Bahasa Melayu kami iaitu Puan Siti Laila akan arahkan kami arahan yang sama tiap kali memulakan sesi pembelajaran iaitu,

" Siapa yang bawa air, buka penutup botol  sehinggalah selesai sesi pembelajaran barulah tutup semula botol tadi. "

Begitulah rutin kami tiap kali waktu pembelajaran subjek BM, kadang kami terbawa-bawa 'sikap' itu hatta subjek maths, Science, tasawwur islam, English, etc2.. Bahkan kami merasakan sesuatu yang 'rugi' gila apabila seseorang pelajar itu tak bawa air dalam kelas. Mungkin sebab inilah juga, 'kunci' kejayaan kami sekelas dalam subjek BM. Kami dididik oleh seorang guru yang Masya-Allah hebat! Sebab setiap butir bicara ilmu itu akan masuk menyerap ke dalam air yang dibuka tadi. That's why orang baca yaasin, mereka buka tutup botol. Sebab nakkan 'caj' atau 'gelombang' positif akan mengalir dalam darah daging manusia.

Untuk pengetahuan, ketika keluar result SPM kami sekelas, tidak ada yang dapat gred C dalam kelas, hatta ada ramai yang kaki couple, kaki ponteng, kaki tido, kaki lepak, etc2.. Semuanya memperolehi gred A+, A, A-, paling rendah sekalipun adalah gred B-. Bayangkan ?

Cikgu saya beritahu, air ni adalah benda yang hidup. Dulu saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan hidup ? Tak nampak pun air tu ada mata telinga hidung mulut macam manusia, macam mana pula dia hidup ?

Ya sememangnya air itu hidup. Sebagaimana hidupnya alam-alam di sekitar kita, rumput, pokok, pantai, ombak, langit, hujan, bintang semuanya bertasbih kepada Allah. Kepada Tuhan yang satu. Kawan, kalaulah Allah bukakan 'hijab' untuk kita mendengar segala zikir-zikir yang bergema hari ini, di bumi ini, saat ini, malam ini, nescaya kita akan mengalirkan air mata. Ya. Mengalir air mata.

Kita akan menangis. Asbab malu. Malu kepada ciptaan-Nya yang begitu 'setia' untuk memuji Tuhan mereka sedangkan kita manusia yang terang-terang diciptakan 'akal' melupakan Pencipta kita sendiri. Mengetepikan Tuhan kita. Bahkan paling teruk membelakangkan Allah SWT dalam segala perkara.

Oh ya, saya ada adik sepupu lelaki yang bersekolah di sekolah rendah China di Sabah. Saya perasan, tiap kali dia datang sekolah, dia akan isi air mineral yang banyak dalam botol yang besar. Pernah tanya sekali, kenapa dia tak bawa saja botol yang kecil ? Kan menyusahkan bawa yang berat. Dia balas, teacher mereka yang 'wajibkan' botol besar sahaja dan air yang dibawa setiap hari hendaklah habis sebelum balik rumah Masya-Allah.

Paling saya tak sangka, rupanya mereka juga diajar untuk berdoa sebelum study dan buka penutup botol sebagaimana yang dilakukan oleh orang islam itu sendiri apabila membaca yaasin. Sekolah cina kot. Itu sekolah cina kawan. Cuma ada dalam kalangan kita, ada 'segelintir' yang memperlekehkan 'sikap' itu kononnya seolah mempercayai air adalah segalanya, mempertuhankan air, menyembah air dan banyak lagi label yang lain.

Tapi saudara saudari, fahamilah melalui 'akal' yang waras, bahawa tidak ada satu pun yang diciptakan oleh Allah di dunia ini yang sia-sia. Again, nothing! Sebab itulah, kita juga selalu lihat bila ada geng-geng yang duduk di warung sambil minum lepak dan gosip-gosip atau sesi mengumpat, kadang ada yang tersedak, ada yang terbatuk, dan mungkin ada yang tercekik ais, who knows ?

Tahu sebab apa ? Yup! Sebab air itu 'hidup'. Waima ia adalah milo ais, air bandung, air nescafe sekalipun. Maka, hasil dari segala caci maki, umpatan, aib, gosip, dan kejian-kejian yang kita 'perkatakan' di hadapan air akan menghasilkan gelombang yang buruk atau negatif.

Beradablah.
Itu pesan saya.

Tidak kira ke atas air, ke atas tanah, rumput, daun, pokok, pasir, dan segala macam ciptaan-Nya. Belajarlah untuk beradab. Kerana kata-kata yang baik akan menghasilkan kebaikan kepada kita sendiri.

Dan pada akhirnya, kita akan tahu manfaat berbuat baik itu bukanlah antara kita dengan orang-orang, tapi antara kita dengan Tuhan. Walaupun ia sekadar air. Kita tidak bertuhankan air, air hanya perantaraan dengan Tuhan.

Sebelum minum air, doa
" Ya Allah.. berikan air ini asbab aku menjadi segar tidak mengantuk dalam kelas Ya Allah. "

" Ya Allah.. jadikan air ini asbab aku sembuh dari sakitku, dan bersihkan hatiku sepertimana bersihnya air yang ku hirup ini Ya Allah. "

Boleh tak doa camtu ? Boleh. Why not ?
Allah Maha Tahu apa yang tidak diketahui oleh manusia.

Moga bermanfaat.

😊
Jom buat! Jom buat! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 31, 2016 Rating: 5

MEMBERI = MENERIMA

Sabtu, Ogos 27, 2016


Ada seorang
ayah yang
mempunyai
3 orang anak dgn
harta sebanyak :

"19 ekor kerbau" 🐮🐮

Ketika mendekati ajalnya,
sang Ayah membahagikan
warisan kepada ke tiga2 anaknya dengan pesanan :

1/2 utk anak pertama,
1/4 utk anak kedua,
1/5 utk anak ketiga.

Setelah
sang ayah
meninggal dunia, maka ketiga2 anaknya membagikan kerbau sesuai
pesan ayah mereka.

Tapi
mereka menemukan
~ kesulitan �
~ dan keganjilan �
dan buntu fikiran 😇

1/2 x 19 = 9. 5 ekor
1/4 x 19 = 4. 75 ekor
1/5 x 19 = 3. 8 ekor

bahwa
masing2 mereka akan
mendapatkan bahagian
kerbau yg tidak sempurna 🐮

dan
masing2 anak
TIDAK MAU mengalah 😡

semua
berusaha
mendapatkan
bagian secara sempurna 😟😟

😖😖😖

Disebabkan harta peninggalan sang ayah berjumlah 19 ekor kerbau sahaja.

��

Berita tentang pertengkaran mereka terdengar oleh seorang lelaki miskin yg hanya mempunyai 1 ekor kerbau.

😎

Kerana prihatin
dgn hal tersebut,
akhirnya lelaki tersebut
menemui mereka,

🤗😬😬

dan bersedia
dengan ikhlas
memberikan kerbau nya

supaya masing2
anak mendapat
bahagian yg sempurna,

sehingga
jumlah kerbau
menjadi
19+1=20 EKOR 👌

Anak2 itu setuju 😀👍🏽👍🏽

dan mereka
mulai membahagi2kan:

Anak
pertama
mendapat :
1/2 x 20 = 10 ekor
😘

Anak
yang kedua
mendapat bagian :
1/4 x 20 = 5 ekor

😍👍🏽👍🏽

Anak
yang ketiga
mendapat bagian :
1/5 x 20 = 4 ekor.

😃💕

Demikianlah masing2 anak mendapatkan bagian yg sempurna.
Dan
Jumlahnya adalah 10+5+4=19.

            AJAIB KAN ?
                 😇😇

Akhirnya baki 1 ekor yang diberikan tadi dikembalikan kepada lelaki miskin yang ikhlas dan  bijak tadi.

Percayalah...
jika kita memberi dengan ikhlas untuk menjadi sebahagian dari penyelesaian, ternyata kita TIDAK KEHILANGAN sesuatu apapun, malah memberi manfaat bagi sesama kita kerana Allah lah yang akan menggantikan semua itu.

Seperti dlm kes ini walaupun sebenarnya lelaki yg miskin tidak mengharap kerbaunya kembali, tetapi kerana keikhlasannya telah  menjadi sebahagian dari penyelesaian yang menggembirakan...............!!!

PESANAN MORAL :
Memberi,  tidak bererti akan mengurangi harta kepunyaan kita  walau sesenpun kerana harta kita sebenarnya adalah apa2 sahaja yg telah diberi/diinfakkan yg memberi manafaat kpd org lain.
MEMBERI = MENERIMA MEMBERI = MENERIMA Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Ogos 27, 2016 Rating: 5

Tidak semesti selamanya Jahat

Jumaat, Ogos 26, 2016
Pada zaman dahulu di sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal. Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja. Tidak ada seorangpun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan yang keji itu.

Pada suatu malam, perompak itu telah Berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat hasil yang banyak dari dalam rumah itu. Setelah puas dia mengelidah rumah itu, malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga. Apa yang didapatinya adalah beberapa bungkusan kain. Diapun mengumpulkan kesemua bungusan tersebut untuk dibawa keluar.

Setelah penat dia memunggah bungkusan-bungkusan itu, dia terasa terlalu penat lalu dia berehat. Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumahnya itu. Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan. Maka dia cuma mendiamkan dirinya didalam kegelapan rumah itu. Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk kedalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya. Oleh kerana rumah itu kecil dan diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.

Tuan rumah itu mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerena lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.

Kata orang tua itu : “ Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik kita jadikan dua bungkusan besar. Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul satu bungkusan.

Peerompak itu berkata pula: “ Baiklah, tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini.”

“ Baiklah.” Sabut orang tua itu lalu merekapun keluar dari rumah itu. Setelah agak lama berjalan, orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu. Apabila dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua iu: “Hey, orang tua, cepatlah sikit. Kita mesti sampai ketempat aku sebelum matahari naik. Kalau tidak kita berdua pasti akan ditangkap.”

Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu, pencuri itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan orang tua itu jauh di belakang. Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak berdaya. Bahkan kerap kali jatuh. Akhirnya mereka sampai juga ke tempat persembunyian perompak itu. Maka perompak tu berkata : “ Sekarang kita telah sampai, Hai orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.” Sambil merenung muka perompak itu orang tua itu berkata: “ “ Hai anak muda, ambillah engkau kesemua barang itu. Aku tidak memerlukannya. Sebenarnya rumah yang engkau masuki tadi adalah rumahku. Aku fikir engkau tentulah orang miskin hingga terpaksa menjadi pencuri. Aku harap barang-barang ini kelak akan meringankan sedikit bebanan engkau. Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku, apabila memerlukan bantuan datanglah kerumah ku.”

Setelah orang tua itu pergi dari situ, pemuda itu menjadi tercengang seolah-oleh tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi. Dia begitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luar biasa  itu.

“ Apakah benar apa yang kualami ini. Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya lalu dia datang pula menolong aku. Setelah itu, dia menjemput aku datang kerumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi. Ah…. Pelik sungguh orang itu, “ bisik hati kecilnya.

Setelah sekian lama dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada waktu siang. Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu, dia ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya : “ Wahai saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?. Sambil tersenyum lelaki itu menjawab : “ Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari daerah luar kerana semua penduduk di sini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid.”

Sebaik sahaja dia mendengar nama itu, lantas diapun menyesal di atas segaa perbuatannya terhadap wali itu. Tanpa berlengah lagi, dia terus masuk ke dalam rumah wali itu untuk meminta maaf. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia terus sujud di kali wali Allah Junaid sambil menangis. Dengan tersenyum , wali Allah Junaid terus memaafkannya. Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yang penyantun akhirnya dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakqwa. Tidak mungkin seorang yang jahat itu akan kekal jahat. Jikalau Allah mengkehendaki dia jadi baik, Insyaallah Allah akan menjadikan orang yang baik malah lebih baik.
Tidak semesti selamanya Jahat Tidak semesti selamanya Jahat Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 26, 2016 Rating: 5

Iktibar dari Sirah

Sabtu, Ogos 20, 2016


Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.

Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"

"Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".

Umar segera bangun dan berkata :
"Bertakwalah kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
"Benar, wahai Amirul Mukminin."

"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya :

"Aku datang dari pendalaman yang jauh, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini.

Apabila sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta). Begitu pantas, setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh ia (lelaki tua tadi). Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.

"Tegakkanlah hak Allah keatasnya!" Setimpal dengan yang lain.

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.

"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.

"Izinkan aku, meminta  dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.

"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,

"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".

Umar semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas keatasku. Aku redha dengan ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas.

"Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".

"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.

"Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.

"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".
"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.

"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.

"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
"Jadikan aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata.

"Salman?" Umar mengherdik, kelihatan agak marah.
"Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan ini".

"Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan tenang.

Akhirnya dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya.

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yg ditetapkan

Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama.

Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.

”Itu dia!” teriak Umar.
“Dia datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.

”Hhuhuh..hh.. maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah payah,
“Tidak ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu... tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun... Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”

”Demi Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,

“Mengapa kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?” tanya Umar.

”Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan... di kalangan Muslimin...sudah tidak ada lagi pemuda...yang menepati janji...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum.

Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya :
“Lalu engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal?"

Kemudian Salman menjawab :
"Agar nanti jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin,  sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya”.

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu.

”Allahu Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.

“Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.

“Kamu berdua...” ujar Umar.
“Apakah maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”Agar jangan sampai dikatakan nanti, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya”.

”Allahu Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.

MasyaAllah..., saya bangga menjadi muslim andainya ada bersama kita pemuda berjiwa satria, muslim yang memuliakan al Islam dengan berbahagi pesan nasihat untuk tetap istiqomah berada di jalan-Nya..
Allahu Akbar…!
Kisah yg hebat.....

Itulah  jiwa insan hasil produk didikan Rasullullah  yg semakin hilang .
Untuk sama2 renungkan
Iktibar dari Sirah Iktibar dari Sirah Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Ogos 20, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.