Seo Services

MAKAN DUIT HARAM?

Sabtu, Oktober 29, 2016
(UJIAN BESAR SEBAGAI PEMEGANG HARTA ANAK YATIM)

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhira
MAKAN DUIT HARAM? MAKAN DUIT HARAM? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 29, 2016 Rating: 5

Mana Allah di hati kita?

Khamis, Oktober 13, 2016
*```KITA TAK NAMPAK الله??```*

*```Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله berjayakan kita dlm akademik melalui bijaknya kita dlm pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorg hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.```*

*```Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله dlm setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dr الله hidup utk الله & balik kpd الله.```*

*Pesan Pada Hati❤*

Mana Allah di hati kita? Mana Allah di hati kita? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 13, 2016 Rating: 5

Kontroversi melanda MINYAK HERBA ASMAK..baca dan fahami

Rabu, Oktober 12, 2016
Semakin hari, semakin byk fitnah..
Fitnah dalam perhubungan, fitnah dlm pekerjaan,fitnah dalam dunia perniagaan..
Adakah fitnah itu satu jln untuk kita terus capai sesuatu yang kita impikan? Kadang perkara yang difitnah tak masuk akal..terus menerus meraih kepercayaan org ramai untuk menjatuhkan pihak yg dirasakan menggugat kedudukan si pemfitnah..

Perkara yg tak masuk akal : -

1) Produk yg mempunyai logo syarikat yg berdaftar dikatakan logo palsu.
2) Jika produk yang dikatakan fake  dah tukar label, kenapa masih takut..adakah sebab tak boleh lagi nak ambil kesempatan?
3) Yang di megah dan dicanang hanya lah hologram yg di tempah. Sedangkan yg dikatakan fake sedang menunggu hologram asal dari kkm sahaja..
4) Jika produk yg dikatakan fake adalah benar fake, tak masuk akal yg fake nak tukar label lain..sedangkan blh meraih keuntungan dari produk yg dikatakan ori dgn menggunakan label yg sama..
5)Ada ke produk yg dikatakan fake,sangat menjaga harga dipasaran..sedangkan yg ori blh didapati dengan harga murah dan berbagai2, yg berlambak2 dipasaran,dengan harga yg sgt2 tak masuk akal..?😅
6) Si pemfitnah menafikan mereka tidak pernah tukar label baru..ya, memang mereka tidak tukar..kerana memang bukan produk mereka, lain pengeluar, lain ramuan, lain jenama..😉

Minyak Herba Asmak terus2 difitnah dan diburukkan, sedangkan pihak kami hanya terus mempertahankan produk kami tanpa memburukkan produk lain..

Kami hanya  diajar untuk terus fokus pada perniagaan..fokus!! fokus!!fokus!! Terus menggorak langkah untuk meningkatkan jualan dgn cara yang halal..

Fikir fikirkan dan Renung renungkan..

😄 Sebagai pengguna kita perlu bijak menilai..
😄Perlu bijak memilih..

Hakikatnya...

Tiada ori utk minyak sapu
Tiada ori utk kicap
Tiada ori utk sos cili
Yg ada cuma brand masing masing 😊

#MinyakHerbaAsmak
#TeknologiNano
#ProdukRnd
#SelamatDanSuci
#MinyakAjaib
#TeamMinyakAjaib


Kontroversi melanda MINYAK HERBA ASMAK..baca dan fahami Kontroversi melanda MINYAK HERBA ASMAK..baca dan fahami Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 12, 2016 Rating: 5

MINYAK HERBA ASMAK

Selasa, Oktober 11, 2016
Assalamualaikum

Biasa bila batuk dan selsema kita makan ubat kan? Tapi tau tak, ubat batuk dan ubat selsema ni tak sesuai diberi kepada bayi bawah usia 2 tahun..jadi, macam mana kita nak tolong bayi tu?

Kesian kan tengok bayi batuk, bernafas tak lepas.Haa!ni cikgu nak kenalkan korang dengan minyak yang sangat bagus.

Sebab pa cikgu kata bagus? Cikgu dah guna untuk bayi cikgu si Nurin tu sejak dia lahir. Kesian tengok nafas tak selesa. Cuma titis, sapu-sapu dan gosok je, sekali keluar kahak berketul baq hang!

Kalau selsema tu,calit sikit bersin ambik kau hijau!Puas hati tengok kahak dia keluaq. Terus lenatak sedaq diri mimpi sampai ke bulan you.

Paling best, sebab tak payah kalut nak paksa dia makan ubat. Cuma titis, sapu dan gosok je. Syukur alhamdulillah..

Sangat serasi. Boleh juga digunakan sebagai minyak telon juga tau. Memang sesuai sangat bila orang kata minyak ni #mensejahterakanKehidupan

(^_________________________^)

Orang dewasa pon boleh guna tau minyak ni. Cikgu sekeluarga memang guna.Kalau batuk,kita titis, sapu-sapu dan gosok di sekitar dada dan leher je. In shaa Allah mudah keluar kahak dan cepat lega batuk.

Kalau nak beli pastikan beli minyak keluaran syarikat MINYAK HERBA ASMA MUJARAB SDN BHD tau. Setiap agen syarikat ada nombor id tersendiri bermula dari MH, SA dan SN . Pastikan anda dapat cara penggunaan yang betul dari penjual. Kalau tak berkesan, jangan salahkan cikgu tak bagitau ye,ingat ni!

Ni cikgu kongsikan sedikit maklumat tentang minyak ni

*Minyak Herba Asmak*

🐢 Syarikat Pengeluar : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd
🐢 Pendaftaran SSM : 1189521-H
🐢 Cara Pembuatan : kilang GMP (Good Manufacturing Practice), cara pembuatan & ramuan mengikut standard piawaian KKM
🐢 No MAL KKM : Sudah difailkan di KKM, dalam proses kelulusan
🐢Status Halal : Sudah difailkan di JAKIM, dalam proses kelulusan
🐢 Hologram : Tiada hologram ( akan guna Hologram KKM selepas MAL diluluskan )
🐢 Kualiti : Formulasi khas,menjalani R&D dan menggunakan teknologi nano
🐢 Lab Test : Ada

Syarikat diasaskan oleh :
En Mohd Selodi Md Ghazali
820813-03-5889
No tel : 019- 965 6636
Pn Nor Fazilah Abd Mohd
820507-14-5262
No tel : 019- 970 8897

Alamat : 418A,Lurah Bilut Bentong Pahang

Website Rasmi : http://penawarasma.com.my
Fb page : Penawar Asma Mujarab ( 12k+)

Beribu Testimoni setiap bulan

Testimoni Terkini
sila rujuk link 1 dan 2 di bawah

album testimoni Minyak Herba Asmak 1 : https://www.facebook.com/penawarasma/photos/?tab=album&album_id=612924932223606


album testimoni Minyak Herba Asmak 2 :https://www.facebook.com/penawarasma/photos/?tab=album&album_id=613008928881873


MINYAK HERBA ASMAK MINYAK HERBA ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 11, 2016 Rating: 5

Pengorbanan tanpa batas...

Isnin, Oktober 10, 2016
Sedih plak baca kisah ni..

Beberapa hari yang lepas semasa saya menjadi pemandu GRAB, saya telah mendapat panggilan masuk dari Sentul. Saya terus menuju ke situ dan berhenti di kawasan rumah pangsa. Saya agak terkejut kerana penumpang itu adalah seorang makcik yang sudah berumur dan berjalan dengan sokongan tongkat. Gerak langkahnya agak sukar. Saya segera keluar dari kereta untuk membantu beliau memasuki kereta.

Apabila ditanya destinasi tujuan makcik itu menyatakan ingin ke HKL. Suasana sepi sebentar. Saya memulakan bicara apabila melihat makcik itu hanya terdiam sepi sambil memandang diluar tingkap.

“Siapa yang ajar puan menggunakan aplikasi grab nih?”, soal saya memulakan bicara.

“Anak makcik. Dia bagi hand phone ni untuk mudahkan makcik ulang alik ke hospital pergi check-up. Anak dah kerja dan sudah berkahwin. Tinggal pulak berasingan. Memang pada mulanya makcik memang tak tahu nak guna. Tapi cekalkan hati belajar dan berani guna. Makcik tak mahu paksa anak hantar kerana takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alas an atau menghantar dengan terpaksa dan muka masam. Biarlah makcik guna teksi atau pun grab nih”.

Dia terdiam sejenak. Saya sedia mendengar luahan hatinya. Mungkin ini melegakan dirinya kerana ada teman berbicara.

“Sekarang saya sedar, kita tunaikan amanah Allah menjaga anak untuk menyenangkan hidup mereka. Tapi jangan mengharap anak  meyenangkan hidup kita.”

Saya lihat dari cermin pandang belakang, mata makcik itu berkaca.

“Dosa berkata ‘uhh’ pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan atau bermasam muka bila diminta sesuatu. Biarlah saya anggap saya sudah tunaikan amanah saya memelihara mereka. Biarkan mereka hidup tanpa diganggu”.
Allahuakbar..!!! Saya pula yang hampir menitiskan air mata. Sebak! 😢😢😢

Katanya itu benar-benar memberi kesan dalam hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan mak abah. Pernah juga memberi alasan untuk tidak menunaikan permintaan mereka dan yang paling dikesalkan bukan tak pernah bermasam muka dengan mereka.

Astagfirullah..!!! Ampunkan diriku, Ya Allah..

Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunaikan tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa. Subhanallah....

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan.

Jauh di sudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung di hari tua. Tetapi bagai dikata oleh makcik yang saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa  bila sibuk mengejar dunia.

Ada anak yg hilang pertimbangan antara ibu ayah yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat. Ibu bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti makcik yang saya ceritakan sehingga akhir hayatnya.

Pengalaman berharga ini memberi pengajaran yang besar dalam diri ini. Insyallah, semoga kita semua berusaha seboleh-bolehnya untuk tidak memberi alasan kepada ibu dan bapa kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan kita kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya..!!

Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa kita semua atas keterlanjuran perbuatan kita kepada kedua orang tua kita. Sesungguhnya hati ini perlu sentiasa diingati kerana kekadang ia terpesong ke tepi. Astagfirullah..

Saya doakan yang terbaik untuk semua. Saya tahu kita ini masih menongkat dunia tapi ibu bapa jangan dilupa. Tanpa mereka siapalah kita..

Cnp
Pengorbanan tanpa batas... Pengorbanan tanpa batas... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 10, 2016 Rating: 5

Istimewanya GARAM

Sabtu, Oktober 08, 2016
GAŔAM

Sihir atau santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Semoga bermanafaat. Inshaa Allah

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)

Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.

 Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium.

 Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Kaedah Pertama:

- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai.

Contohnya: Kari Ikan..

- Kemudian masukkan garam dalam  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.

- @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

Kaedah kedua:

- Masak makanan tanpa masukkan garam.

- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.

"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "

- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.

GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah:

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.

Sebarkan sekiranya anda mahu semua orang Islam sihat!!

-dr Ust.Ihsan Mohamad
(Imam Muda MBA)
Istimewanya GARAM Istimewanya GARAM Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 08, 2016 Rating: 5

Tips cium anak

Isnin, Oktober 03, 2016
Assalalamualaikum

Jom sentuh dan cium anak2 kita setiap hari!






Tips dibawakan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd.

Mencari minyak yang sesuai untuk rawatan batuk, selsema dan lelah ibu dan anak? Jom dapatkan Minyak Herba Asmak hari ini!

0135819100 - basariah😀😀😀😀



Tips cium anak Tips cium anak Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 03, 2016 Rating: 5

Hari Keluarga SMKSA 2016

Ahad, Oktober 02, 2016
Assalamualaikum

Pertama kali hadiri perjumpaan hari keluarga seramai ini..400++ ahli hadir!

Syukur alhamdulillah segala program berjalan lancar..tahniah buat team yang menguruskan acara..tahun depan,panjang umur, murah rezeki kita buat lagi 😍😍😍😍


Hari Keluarga SMKSA 2016 Hari Keluarga SMKSA 2016 Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Oktober 02, 2016 Rating: 5

Hijrahku

Ahad, Oktober 02, 2016
Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pd kita?"

Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."

Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang2 yang kita tak redha tu. Sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak..

Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.

Biarlah Allah menghakimi.

Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.

Kita akan lebih tenang.

Inshaa Allah.

HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF kpd ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH & SILAP YG SENGAJA @ X DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DGN SAYA.

ISTIQOMAH MENUJU KEMENANGAN

SELAMAT MENYAMBUT. MAAL HIJRAH 1438


Hijrahku Hijrahku Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Oktober 02, 2016 Rating: 5

Tomato

Sabtu, Oktober 01, 2016
Tomato!!

Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya utk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah.

Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar2 tersebut.

Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.

Pada hari yg ditetapkan, Semua kanak-kanak membawa tomato mereka.
Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.

Hari-hari berlalu, pelajar2 mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.

Pelajar2 yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.

Lepas seminggu, guru bertanya para pelajar

"Bagaimana anda rasa minggu ini?"

Pelajar2 mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato.

Guru berkata, "ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam hati anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang.

Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu di mana-mana.

Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati anda kerana anda membawa ia setiap hari."

  Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan drpd rumpai yang tidak diingini.

 Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda.

 Ini akan membuat ruang untuk menyimpan perkara yg baik2.

Ianya lebih baik, tidak pahit

#copy and paste.
#tak tahu siapa penulis asal.

Saya dgn rendah diri memohon ampun Dan maaf Dan halalkan segalanya😊😊..
Salam maal Hijrah ...
Tomato Tomato Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 01, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.