Seo Services

BEDAK ASMAK BANTU RAWAT DEMAM CAMPAK

Assalamualaikum

Pernah tak anda atau anak anda tiba-tiba demam suhu tinggi, tidur terkejut-terkejut dan tidak lena? Selepas suhu dah turun, mula nampak biji merah naik penuh di muka dan badan.

Masa tu gatal merenyamnya hanya Allah yang tahu. Simptom yang cikgu bagitau tu adalah antara yang dialami Nurin Busyra beberapa bulan lepas. Ada orang kata tu demam campak.

Gatal merenyamnya demam campak ni hanya tuhan yang tahu. Masa tu kebetulan ada produk baru dari syarikat MHAMSB iaitu BEDAK ASMAK. Yang cikgu tahu bedak ni boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit  luaran dan selamat dimakan terutama untuk ubati cirit birit dan gout.

Selepas kali pertama sapu, nampak sangat si Nurin ni tak menggaru-garu dah. Bintik merah pon makin kurang. Seingat cikgu, sapu tak sampai seminggu pulih sepenuhnya biji merah tu dan langsung tidak meninggalkan bekas. Syukur alhamdulillah 😍😍😍


Bedak ni diperbuat dari tanah liat putih berkualiti tinggi tau. Teksturnya sangat halus dan lembut, maka sesuai sangat untuk kulit sensitif terutama kulit bayi.

Nurin ni kulit dia memang agak sensitif. Kena pula dicium dek abangnya berdua tu dah merah pipi. Sapu bedak asmak ni dah gebu dan mulus semula.

Ada sekali tu kan, cikgu tersilap bagi dia makan aiskrim coklat. Habis naik merah kat pipi, mulut dan seluruh badan dia. Cuak jugak cikgu masa tu. Mujur teringat bedak asmak ni dan terus sapu. Macam magik, tak sampai 10 minit dah hilang merah-merah tu. Nurin pon dah tak menggaru lagi.


Gambar atas ni amik sejurus selepas selesai ditepek bedak. Masa ni cuak tengok muka dan badan dah merah-merah 😢😢😢

Ni sebelum kena tepek. Nampak kan merah kat muka dan badan dia tu?

Bedak Asmak ni didatangkan dalam dua pek yang in shaa Allah mampu dimiliki oleh semua. Botol 150g berharga rm38 manakala botol mini 50g berharga rm24. Tak rugi sediakan sebotol untuk pelan kecemasan di rumah. Panau, kayap pon boleh guna. Paling menakjubkan, ramai pesakit psoriasis cari bedak ni untuk bantu rawat sakit yang dialami. Segalanya dengan izin Allah jua.



Bedak Asmak sesuai untuk penyakit kulit ekzema, psoriasis, ekzema pada bayi, jerawat, kudis, ruam panas, ruam lampin pon boleh berikhtiar guna bedak asmak ni. Rawatan yang murah dan selamat terutamanya bagi pesakit ekzema dan psoriasis tau. Bak kata mok cun, tepek-tepek, barulah cun. Hihi 😂😂😂


Berminat nak dapatkan bedak ni? Hubungi agen sah MHAMSB berhampiran anda tau. Pastikan beli dari agen sah dengan nombor id sahaja. Atau anda boleh juga hubungi cikgu di talian 013-5819100. Marilah berikhtiar dengan produk alami ciptaan Allah ini. 😊

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma

Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema

Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi:
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184

Info Bedak Asmak juga boleh didapati di fb page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Kalian juga boleh dapatkan banyak info tentang Bedak Asmak di page fb : Penawar Ruam Pada Bayi

Jom layan video ni  (^________________^)

 
#contestBlogMHAMSBsiri2
#bedakAsmak
BEDAK ASMAK BANTU RAWAT DEMAM CAMPAK BEDAK ASMAK BANTU RAWAT DEMAM CAMPAK Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 18, 2017 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.