Seo Services

Warna najis penanda aras kesihatan bayi anda

Assalamualaikum

Saya kongsikan untuk panduan para ibu bapa semua

Kesihatan Bayi Melalui Warna Najis

🌼 Kuning

Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

🌼 Hijau

Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

🌼 Merah

Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

🌼 Kelabu

Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

🌼Bentuk Najis

Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

🌼 Kekerapan Membuang Najis

Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.

Walaubagaimanapun. Sekiranya fully bf then anak tdk berak pun masih ok. Ibu kena pastikan perut anak x kembung dan x keras serta ank kentut dgn baik.

Semoga bermanfaat.

BAYI KEMBUNG PERUT, SEMBELIT DAN TIDAK SELESA? SAPUKAN MINYAK HERBA ASMAK DI SEKITAR PERUT, ARI-ARI DAN PELIPAT KAKI, TANGAN SERTA TELAPAK KAKI BAYI ANDA.

DAPATKAN SEBOTOL MINYAK HERBA ASMAK UNTUK KESELESAAN ANDA SEKELUARGA 😀

HUBUNGI: 013-5819100 (CIKGU BASARIAH)


Warna najis penanda aras kesihatan bayi anda Warna najis penanda aras kesihatan bayi anda Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Jun 08, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.