Seo Services

Punca kena cirit birit dan cara rawatan

Assalamualaikum

Buat ape tu? Masih mood raya ke?
Ke dalam kereta nak pergi open house?

Raya-raya juga, tapi ada beberapa info yang perlu kita tahu.

Maka, cikgu nak kongsi antara penyakit berjangkit yang famous amous di bulan Syawal ialah cirit birit. Setuju tak? Yela kan dah sumbat macam macam dalam perut.

Ok ni antara penyebab cirit birit :

▶️ Makanan tidak dimasak dengan betul. Daging, ayam haruslah dibersihkan terlebih dahulu dan dimasakkan dengan betul.

▶️ Makanan tidak disimpan dengan betul. Ia tercemar dengan bakteria dan kuman lalu menyebabkan cirit birit.

▶️ Kebersihan tidak terjaga. Sebaiknya sebelum mengendalikan makanan basuhlah tangan espcially selepas keluar dari toilet.

Kalau cirit birit teruk cuba elakkan :

❌ Ambil makanan dan minuman dari produk tenusu seperti aiskrim dan keju.

❌ Minuman mengandungi kafein seperti kopi dan teh

❌ Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mee goreng, nugget dan ape2 shj makanan bergoreng. Seeloknya makanla bubur atau sup panas

❌ Makanan berserat tinggi seperti buah-buahan sitrus

❌ Makanan manis seperti coklat, kek, biskut dan kuih muih

Jika berlarutan sehingga demam, najis berdarah, elokla jumpa doktor.

Cikgu pula dulu akan bancuh teh o tanpa gula pekat-pekat untuk minum bagi melegakan cirit birit tapi sekarang cikgu minum #bedakasmak daripada tanah liat putih. Haaa. Tak pernah tau kan ade bedak yang boleh minum.

InSyaaAllah next post cikgu akan kongsikan macam mana nak merawat cirit birit dengan menggunakan bahan alami 😘😘😘 stay tune!

Nak cuba Bedak Asmak? Hubungi: 013-5819100 (cikgu Basariah)





Punca kena cirit birit dan cara rawatan Punca kena cirit birit dan cara rawatan Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 07, 2017 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Selamat hari raya cikgu. Maaf zahir batin. cirit-birit time raya memang tak best. lagi-lagi kalau terperangkap dalam jam. Aduh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga buat sal dan keluarga. Maaf zahir dan batin 😀

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.