Sabtu, Julai 08, 2017

Resepi sup bawang putih untuk tambah antibodi

Assalamualaikum

TIPS KUATKAN ANTIBODI ANAK
=========================

Kalau anak demam, elok buat masa awal-awal sebelum temperature mereka naik. In Sha Allah dapat kebah demam and tak yah bawak gi doctor lepas 24 jam.

==============
Resipi Sup Bawang Putih
==============

A. Bahan untuk blend halus
Bawang putih, 1 labu besar
Halia, besar ibu jari
Bawang besar, 1/2 labu (kalau saya ada bajet lebih saya guna bawang Holland/kuning)
Lada hitam

B. Bahan dalam sup (boleh letak apa sayur yang kita nak pun)
Kentang, potong dadu
Carrots, potong dadu
Celery
Broccoli
Bawang besar, 1/2 labu mayang
Dada ayam sekeping, potong dadu
Susu (segar/UHT, nak guna cream pun boleh)
Butter/Minyak masak
Tepung, 1/2 cawan

Cara-cara
=======
1. Panaskan butter/minyak
2. Tumiskan bahan blend sampai wangi
3. Masukkan dada ayam dan tumis separuh masak
4. Masukkan susu/cream dan kacau sebati. Biar beberapa minit untuk pekatkan
5. Masukkan tepung dan kacau
6. Tambahkan sikit air untuk cairkan (tapi jangan cair sangat)
7. Masukkan sayur dan kacau sebati
8. Tabur bawang mayang dan boleh tambahkan Oregano kalau nak.
9. Kecikkan api, tutup periuk, dan biar reneh untuk 20-30 minit (jangan lupa kacau sekali sekala sebab nanti tepung berkerak kat bawah periuk)
Boleh makan terus atau makan dengan roti bakar sapu Planta.

*Kalau buat sup ni saya tak masuk garam sebab roti bakar Planta dah masin. Kadang saya tabur cheese so akan rasa masin sikit dah.
*Sup ni ada rasa pedas sikit sebab banyak bawang putih. Kalau risau anak tak tahan pedas, tak perlu letak bawang putih sekali masa blend tapi ketuk satu-satu ulas dan tumis sekali dengan bahan blend. Halia, bawang besar, dan lada hitam blend macam biasa.
Sumber: Jaja Shah-Mohen

*** Kalau dah buat sup ni, tapi anak tak mau makan, bolehlah cuba minum #JusAsmakGold + sapu #MinyakHerbaAsmak. InsyaAllah cepat kebah.




Ingin mencuba Jus Asmak Gold dan Minyak Herba Asmak?
Hubungi 013-5819100(cikgu basariah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan