Seo Services

Khasiat tongkat ali

Assalamualaikum


Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi,Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia ,Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand, Vietnam dan Laos.

Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada keluarga Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan sebagainya.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai kemampuan bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Dalam keadaan semulajadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 10 ~15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm.

Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, sekadar satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Khasiat

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks).

Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.

Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri.

 Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok tongkat ali sahaja yang digunakan.

Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan.

Mengikut amalan tradisional, akar tongkat ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan tongkat ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

2 kompaun akarnya menunjukkan potensi sebagai anti-malaria.

1 daripada 6 kuasinode yang diambil daripada daunnya dikenalpasti mempunyai kompaun perencatan pengaktifan virus Epstein-Barr yang menggalakkan tumor.

Daripada 65 kompaun akar Tongkat Ali, 8 menunjukkan ketoksikan kuat terhadap kanser paru-paru manakala 7 menunjukkan ketoksikan kuat terhadap kanser

Bagi peminum air rebusannya pula, terdapat penurunan gula dalam darah bagi kes kandungan gula tinggi (hyperglycaemic) dan tiada kesan signifikan terhadap kadar gula yang normal (normoglycaemic).

Ekstrak daun dan batang menunjukkan keaktifan pada kedua-dua bakteria Gram-positive dan Gram-negative kecuali 2 jenis bakteria Gram-negative; namun ekstrak akar tidak menunjukkan apa-apa aktiviti anti-bakteria.

Daripada kajian yang dijalankan, terdapat peningkatan aktiviti seksual tikus dewasa, motivasi seksual tikus pembiak yang telah pencen dan berahi pada tikus tua dan tikus pembiak yang telah pencen

Kajian juga menunjukkan peningkatan yang signifikan pada jumlah spermatocytes dan spermatids, kadar penghasilan spermatozoa dan jumlah sel Leydigserta indeks kesuburan dan keproduktifan pada tikus jantan.

TAHUKAN ANDA, TONGKAT ALI JUGA MERUPAKAN SALAH SATU HERBA YANG DIMASUKKAN DALAM ASMAK HERBS, KAPSUL PENAWAR RESDUNG? SEBAB ITULAH,SELAIN MENGUBATI RESDUNG, KAMI MENERIMA BANYAK MAKLUMBALAS POSITIF PENINGKATAN KESIHATAN TUBUH BADAN SELEPAS MENGAMALKAN ASMAK HERBS SECARA KONSISTEN.

BERMINAT MENDAPATKAN ASMAK HERBS?

HUBUNGI 0135819100 CIKGU BASARIAH

Khasiat tongkat ali Khasiat tongkat ali Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 13, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.