Seo Services

Betul ke susu kambing tak bagus?

Assalamualaikum

Kebenaran Disebalik Susu Kambing di Mata Nutritionist
26/03/2018

Inilah kebenaran di sebalik produk susu kambing pada mata kaca nutritionist yang pernah bekerja dengan company susu kambing tempatan.

Assalamualaikum. Saya harap admin approve tulisan ni, dan post pada waktu malam, iaitu pada waktu ramai orang tengah online. Dengan harapan ramai share atau viralkan atas dasar menjaga kesihatan sejagat. Moh le nutritionist, dietitian, doctors pakat-pakat share.

Sebelum makcik-makcik bawang kecam saya tak sokong produk bumiputra, dengar dulu point-point saya nak ceritakan ni. Faham dan hadam. Bila nak kasi korang faham, maka artikel ni panjang sikit lah. Lepastu nak kecam ikut korang. Sebab mungkin ada fakta yang saya tersalah sebut kan. Jadi boleh juga tegur.

Sebelum tu, nak bagi introduction dulu. Kebanyakan produk susu kamping keluaran tempatan ini adalah keluaran OEM. Sila google sendiri. Tapi konsep OEM ni sama macam produk kosmetik yang kilo tu lah.

Saya pernah bekerja sebagai nutritionist di company susu kambing tempatan selama setahun 6 bulan. Tak tahu la company tu masih wujud ke tak sekarang. Jadi, sebab saya sudah tiada kaitan dengan company tu, saya nak share apa saya tahu. Again, mungkin lain company lain sedikit cara diorang.
Persoalan sekarang kenapa kebanyakan doktor dan other health practioners tak bagi korang minum susu kambing tempatan? Wait, saya bagi point besar dulu, supaya korang rasa eager nak baca harapnya lah haha.

Kenapa susu kambing tempatan (OEM) bahaya: KURANG KHASIAT, ISU KRIMER, FOUNDER COMPANY YANG TANPA BACKGROUND BERKAITAN, SUMBER BAHAN-BAHAN YANG MERAGUKAN, PAKAR PUSING AYAT.

1) KURANG KHASIAT
Cuba letak kotak susu kambing tempatan sebelah susu kambing/lembu keluaran luar negara (branded dan trusted). Sekarang sila bandingkan jumlah nutrition facts dua-dua. Nak senang, bandingkan ikut jumlah /100g.
Benda paling terang lagi bersuluh, KALSIUM dan PROTEIN sangat sedikit. Rasanya semua orang tahu betapa pentingnya kedua-dua komponen ini untuk badan kan? Sebenarnya komponen lain pun sedikit seperti vitamin. Tetapi saya nak highlight kan kalsium dan protein.

Kalau nak tahu, biasanya kita hanya perlu minum 2 ke 3 gelas susu sehari untuk mencapai keperluan kalsium. Tetapi, kalau dengan produk susu kambing tempatan, korang terpaksa minum lebih daripada 10 gelas sehari untuk capai keperluan kalsium.

Oppss..nanti dulu! Biasanya founder company pandai pusing ayat. Diorang akan bagi alasan, produk kita ini hanya gunakan khasiat semulajadi. Takde tambah khasiat tiruan atau sintetik. Ya, memang kebanyakan produk akan ditambah khasiat tambahan sebab ada khasiat yang hilang selepas diproses. Tetapi setakat ini setahu saya, belum ada isu besar lagi tentang side effect khasiat yang ditambah kemudian. Budak-budak food tech tolong saya haha. Betul ke bahaya kalau tambah khasiat lagi seperti vitamin dan kalsium?

2) ISU KRIMER
Rasa malas pulak nak cerita panjang sebab dah pernah viral pasal ni. Korang google je isu krimer dan susu kambing. Haa baca lah. Krimer ni bahaya tau untuk jangka masa yang lama.
Dan cuba test tanya founder,, berapa peratus krimer dalam susu kambing ni?
Tapi sekarang ada founder yang bijak, dia keluarkan pulak susu kambing tanpa krimer. Bijak la sikit. Tapi masih kurang khasiat.

Oppss lagi sekali! Founder akan pusing ayat, krimer dalam susu kambing sedikit sangat, untuk hilangkan ‘bau kambing’. Sayanglah kalau tak nak ambil susu kambing semata-mata sebab krimer. Ada juga founder yang tuding jari pada company branded, katanya company branded pun ada krimer. This one I am not sure lah. Sebab tak kerja di company branded. Tapi setakat yang saya selidik, takde lagi susu branded yang ada krimer. Contoh kalau betul lah ada, kena ingat, khasiat susu branded lagi tinggi tau. So, pilihlah dengan bijak.

3) FOUNDER COMPANY YANG TANPA BACKGROUND BERKAITAN
Salah ke nak berniaga produk yang luar bidang kita? Serious tak salah bro. Salah bila kita dah la tanpa backgroung berkaitan (seperti nutritionist, food science, food tech, dietetics), lepas tu tak hire anyone yang ada knowledge berkaitan pun sebelum keluarkan produk sendiri.

Contoh, founder company saya dulu ada degree engineering. Okay tiada masalah tiada kaitan dengan susu or kambing. Tapi saya dengar dari mulut founder sendiri, yang masa mula-mula decide nak bukak bisnes susu kambing, dia hanya refer blog. Bila saya minta jurnal or research, founder hanya bagi link blog. Bagi saya yang sentiasa up to date dengan any kind of research, journal, or publication, sangatlah penting untuk ambil information daripada sumber yang betul. Sebab zaman fitnah sekarang, kalau setakat baca blog, bahaya tu bro.

Situasi ini akan jadi masalah bila ada urusan rasmi. Contoh, kalau nak keluarkan produk susu formula kanak-kanak yang diluluskan, perlu ikut minimum level jumlah nutrition yang telah ditetapkan oleh badan berwajib (KKM, JAKIM, dll). Jadi bila founder buat produk tanpa betul-betul study, jadi susah bila nak mohon kelulusan. Lepas tu bila tak lepas permohonan, saya yang dipersalahkan sebab saya nutritionist. Hello, sebelum nak bukak bisnes, kenapa you tak study betul-betul dulu. Kenapa tak hire any nutritionist sebelum you bukak bisnes dulu?

4) SUMBER BAHAN-BAHAN YANG MERAGUKAN
Okay saya cerita sedikit pengalaman kawan saya yang pernah bekerja sebagai admin. Dia hanya in charge untuk dokumentasi dan sijil. Kawan saya ni cerita, sijil HALAL ini nak tahu every tiny details mengenai product. Contoh paling cliché, letak kurma dalam susu kambing. Jadi, dalam borang permohonan, nak tahu berapa gram, berapa percent dan berapa banyak kurma yang digunakan untuk setiap satu kotak susu kambing Bila tanya founder, jawapan sangat tidak meyakinkan.

Sebab biasanya founder akan minta info daripada kilang OEM. Contoh kes kawan saya, OEM hanya beri senarai peratus dan bahan, dan beritahu ini kiranya sebagai briefly sahaja lah, dan tak beri keputusan makmal yang rasmi. Kawan saya sangat pelik, sebab seolah-olah senarai jumlah bahan tu tak betul atau tak finalized yet. Tapi pernah juga dengar cerita OEM ni susah sikit bagi details or info. Tak tahu kenapa.

Masalah jadi bila bahan tu tak jelas banyak mana. Cuba bayangkan, hanya seketul je kurma diletakkan dalam susu tu.
Lagi satu, paling kelakar ada dengar dari kawan lain pula, dekat kotak ada tulis DHA dan omega 3. Tapi bila tengok list of ingredients, takde pun. So macam mana tu?

Again, bandingkan senarai ingredients dengan susu trusted dan branded. Panjang dan detail kan senarai? Itu baru jelas.

5) PAKAR PUSING AYAT
Cuba tengok company susu kambing yang ada website atau blog. Kalau perasan, seboleh-bolehnya nak kaitkan bahan-bahan dalam susu tu dengan masalah kesihatan. Contoh, masalah untuk ibu yang mengandung. Dalam blog tu, mereka akan goreng sampai hangus, bahan-bahan dalam susu kambing sangat sesuai. Kurma akan mudahkan bersalin, delima akan hilangkan sembelit. Kismis akan tambah darah. Tapi hakikatnya? Founder sendiri tak tahu berapa banyak bahan-bahan tu dalam susu kambing.

Jangan tak percaya kalau saya pernah cakap yang founder buat tuntutan, cakap susu kambing XYZ tinggi dengan serat, sebab ada buahan Sunnah seperti kurma, buah delima, kismis dan macam-macam lagi. Tapi, bila tengok dekat nutrition facts, jumlah gram serat tak sampai 5 gram pun sekali minum. Saja nak cerita, badan kita perlukan dalam 25-30gram serat dalam sehari.

6) KESIMPULAN
Tapi susu kambing kan makanan Sunnah?
Ya, nak selamat minumlah susu kambing fresh yang dah pasteurized. Tu baru betul-betul semulajadi bro. Harga tak jauh sangat daripada korang beli produk susu kambing yang bukan main mahal tu.
Kalau nak jugak susu kambing serbuk sebab mudah, pilihlah yang branded.
Pesanan saya: tengok nutrition facts, tengok senarai bahan-bahan.

Bukan nak pukul rata, tapi hakikatnya kebanyakan susu kambing keluaran tempatan ada isu-isu kat atas. Kalau ada yang okay, alhamdulillah. Kalau nak ambil juga yang tak okay tu, ambil sikit-sikit jela sebagai minuman sampingan. Semoga penulisan skema ini boleh menyedarkan korang. Mana yang salah boleh tegur.

– Nutritionist Bawang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mencari pemanis bebas kalori? Stevia kan ada 😃

0135819100 Cikgu Basariah
Betul ke susu kambing tak bagus? Betul ke susu kambing tak bagus? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 07, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.