Seo Services

Kisah Teladan: Akibat tidak menjaga kebersihan

Nizar yang berumur 8 tahun merupakan pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Kampung Gembira. Susuk tubuh Nizar agak gempal dan rangkanya besar menjadikan Nizar sentiasa disangka berumur lebih dari usia sebenarnya.

Selaku anak sulung daripada 3 beradik, Nizar merupakan anak yang menjadi harapan kedua ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah Nizar kedua-duanya bekerja. Ibu Nizar merupakan seorang peniaga yang menjual produk kesihatan jenama Asmak manakala ayah Nizar seorang pekerja di sektor kerajaan.

Ibu Nizar sering kali menasihati Nizar agar memberikan contoh tauladan yang baik kepada adik-adik Nizar sementelahan adik-adik Nizar pasti akan mengikut segala apa jua tindakan yang diperhatikan Nizar lakukan. Nizar seringkali menunjukkan rasa tidak puas hati apabila kerap diperingatkan dengan perkara yang sama itu. Dia merasakan dirinya sudah besar, tahu membezakan perkara baik dan buruk. Jadi, nasihat ibunya didengar sambil lewa sahaja.

Di sekolah, Nizar merupakan pelajar yang pintar. Tidak pernah Nizar mendapat keputusan yang tercorot di kelasnya. Paling teruk pun,masih dalam lingkungan 10 terbaik. Hal ini menjadikan Nizar semakin bangga diri dan besar kepala. Adik-adik Nizar sering dipandang sebagai orang yang bodoh dan lemah.

Satu perkara yang sering menjadi kegusaran ibu dan bapa Nizar ialah tentang kebersihan diri Nizar. Sekiranya mandi, Nizar akan mandi dengan pantas dan ala kadar sahaja. Menggosok gigi merupakan aktiviti yang paling tidak disukai Nizar. Kadang kala, Nizar tidak menggosok gigi sehingga beberapa hari!

Setiap kali tiba waktu makan, Nizar laju sahaja menuju ke meja makan tanpa sempat membasuh tangan. Kerap kali ibu dan ayah Nizar terpaksa mengingatkannya untuk mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Bukan itu sahaja, Nizar juga kerap menumpahkan makanan semasa makan serta mengotorkan pakaian setiap kali selepas makan. Ibu dan bapa Nizar sudah naik muak menasihati Nizar agar mengubah tabiat buruknya itu.

Pada suatu malam, Nizar berasa tidak sedap perut. Masakan tidak? Nizar menghabiskan nasi dengan lauk ayam sehingga 2 pinggan pada malam itu! Segera Nizar mengadu hal itu kepada ibunya. Dengan pantas, ibu Nizar mencapai sebotol Minyak Herba Asmak lantas disapukan ke perut Nizar. Tidak sampai 5 minit, Nizar terus rasa ingin ke tandas dan membuang air besar. 'Ajaib sungguh minyak ini',gumam Nizar di dalam hati.

Selepas selesai sesi memerut itu, mata Nizar terus berasa berat. Nizar laju menuju ke bilik tidurnya lantas berbaring di atas katil. Sayup-sayup terdengar suara ibu Nizar menjerit tentang sesuatu. 'Ah, biarlah. Mesti ibu sedang memarahi Rifaf', fikir Nizar. Rifaf adalah adik Nizar yang agak nakal dan suka bermain-main.

Sedang enak Nizar melayan perasaannya, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu merayap keluar dari mulutnya. Nizar terkejut terus melompat bangun dari katil. Dengan segera dia menuju ke cermin. Belum sempat Nizar sampai ke cermin, lampu padan dengan sendirinya. 'Alamak, blackout pula!'. Kecut perut Nizar dibuatnya.

Nizar segera berlari keluar dari bilik sambil menjerit memanggil ibu dan ayahnya. Namun tiada sesiapa pun yang menyahut. Panggilan Nizar hanya bergaung dipantul dinding. Nizar berasa dia kini keseorangan di tempat yang asing. Ada sesuatu merayap di badan Nizar. Nizar cuba mencapai 'benda' itu untuk dibuang jauh dari badannya. Terasa licin dan panjang. Semakin dibuang, semakin banyak 'benda' itu keluar. Ada yang merayap keluar dari mulut malahan ada yang melata di seluruh badan Nizar.

Nizar semakin cemas. Dia mula menangis sambil menggelupur cuba melepaskan dirinya dari 'benda' yang tidak diketahui itu. Gelinya hanya tuhan yang tahu. Semakin kuat Nizar meronta, semakin banyak 'benda' licin dan panjang umpama cacing itu keluar dari mulut lantas menjalar ke seluruh badannya. Nizar terus meronta dan meronta. Dia merasakan ini mungkin saat terakhir kehidupannya. Nizar berasa sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu dan ayahnya selama ini.


Dalam sisa-sisa nafasnya yang terakhir, Nizar sempat berjanji kepada dirinya, sekiranya dia dapat selamat dari belenggu 'benda' ini, dia akan mengubah sikapnya dan menjadi orang yang lebih baik. Nizar terdengar bisikan 'benda' itu yang menyukainya kerana keadaan diri Nizar yang tidak bersih itu. Nizar berasa semakin tidak selesa. Dia hampir lemas. Dia sukar menarik dan menghembus nafas. Badannya semakin lemah. Mata Nizar sudah tertutup. Nizar tidak sedarkan diri lagi.

Bauan gamat dan herba kuat menusuk di hidung Nizar. Dada Nizar terasa berangin dan lapang sekali. Terdengar suara memanggil-manggil nama Nizar. Nizar segera membuka matanya. Kelihatan wajah ibu dan ayah Nizar di depan matanya. Nizar memeluk ibunya sambil menangis teresak-esak. Nizar mendengar ayahnya mengucapkan syukur berkali-kali. 'Nizar janji bu, Nizar akan dengar cakap ibu lepas ni. Nizar akan rajin gosok gigi. Nizar tak mahu kotor lagi. Nizar takut ibu. Nizar takut'. Berulang-ulang kali ayat ini diluah Nizar dalam esakan. Ibu dan ayah Nizar memandang sama sendiri. Mereka berdua pelik Nizar mengeluarkan perkataan sebegitu. Sangkaan mereka, Nizar cuma diserang asma.

Sejak dari peristiwa malam itu, Nizar terus berubah. Dia menjadi seorang budak yang sangat mementingkan kebersihan. Wajah dan pakaiannya sentiasa kelihatan bersih dan rapi. Dia juga sentiasa membantu guru dan rakan-rakannya yang kelihatan memerlukan bantuan. Guru dan rakan semakin menyayangi Nizar. Nizar juga telah dilantik menjadi pengawas disebabkan sikapnya yang baik dan boleh dicontohi itu.

Kebersihan itu separuh daripada iman. Orang yang suka kebersihan akan sentiasa disayangi dan dihormati.

Sekian.

Rabiahtun Basariah
www.teacherbasariah.blogspot.com


Pening kepala kerana anak kerap semput, batuk tak sembuh-sembuh atau diserang asma? Jom cuba Minyak Herba Asmak keluaran MHAMSB.
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Teladan: Akibat tidak menjaga kebersihan Kisah Teladan: Akibat tidak menjaga kebersihan Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 08, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.