Seo Services

Inspirasi nabi

Assalamualaikum

10 amalan pembuka pintu rezeki ni jika diamalkan in shaa Allah lapang je hati terima pemberian dari Allah

Doa tandanya rezeki nak tiba.
.
RM nak kongsi ni. Awak akan jumpa banyak keajaiban orang berdoa yang tiba-tiba rezeki gedebuk sampai 3ribu, 5ribu, 10ribu sehari.
.
Paling best diorang kongsi part doa tawakal sahaja. Part usaha diorang terlupa nak kongsi. 
.
Contoh 1. Tiba-tiba kawan bayar hutang 10ribu. Awak ada bagi kawan hutang 10ribu?
.
Contoh 2. Tiba-tiba dapat order 3ribu. Awak ada buat apa-apa untuk orang ambik order sampai 3ribu?
.
Contoh 3. Tiba-tiba dapat call dari hq nak hadiahkan 5ribu. Awak ada happykan hq awak?
.
Betul Allah boleh bagi. Allah bagi ikut tahap kemampuan kita. 
.
Kita masuk kedai makan. Kita angkat tangan baca doa makan. Lepas tu kita keluar kedai makan. Tiba-tiba perut kita kenyang. Tak order. Tak suap. Tak kunyah. Tak telan apa pun tapi kenyang. Boleh jadi. Allah Maha Penyayang. Tak mustahil.
.
Kena belajar juga. Nabi pun kena jaga kambing. Nabi pun kena berdagang dari negeri ke negeri naik unta dengan cuaca padang pasir. Nabi pun kena pukul setiap hari bila berdakwah sampai Fatimah menangis setiap petang papah baginda pulang dengan baju baginda koyak rabak. Nabi pun terpaksa berper-ang dalam 7 peper-angan besar untuk sampaikan Islam. Ada bahagian gigi baginda patah terkena anak panah. Nabi pun korbankan hartanya, harta isteri pertamanya, harta 7 sahabatnya yang kaya, harta yang tak diketahui lagi.
.
Awak pula doa tapi terlupa nak usaha. Allah bagi ikut kemampuan kita. Kita mampu berdoa. Allah bagi tahap tu je. Kita mampu buat. Allah bagi tahap tu juga. Apa kita doa itu hadiah. Apa kita buat pun hadiah.
.
Allah tambah lagi bila kita bersyukur. Bersyukur sampai kita boleh berkongsi dengan orang lain pula. 
.

 "Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."   -Pesanan Cinta dari Allah

Kredit kepada penulis asal. Semoga beroleh pahala daripada Allah
Inspirasi nabi Inspirasi nabi Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 01, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.