Seo Services

Pesanan tanda kasih lebaran

Assalamualaikum

Tolong fikir sebelum ambik.

Rate harga Biskut Raya skrg dlm RM25 / RM30 / RM35 utk sebalang 50 biji.

Jadi sebiji jatuh dlm RM0.50 / RM0.60/ RM0.70

Ini salah satu usaha Tuan Rumah, utk memberikan yg terbaik utk tetamu & keluarga/sanak saudara, sanggup bayar mahal/usaha cari wang lebih utk belanja beli kuih/biskut raya. Habis utk biskut saja RM400 to RM500 (kadang tu wang dia yg terakhir & ada juga yg sanggup guna "saving" utk beli)

Tp kita?

Di hari yg mulia, kita bertandang. Oh byk pilihan makanan! 😍 Kita ambil dan susun biskut2 ini tepi pinggan. Lepas makan ketupat rendang sila nikmati kawan, kita start rasa muak & rasa kita mcm dh "gemok". Kita pn lupakan "hiasan2" yg kita susun tepi pinggan. Ada juga kes, kita hulur segala jenis balang biskut ni pd anak2 kecil kita. Mereka pn kepal & jilat. Sebab dh lembik, basah2 (geli) kita pn susun tepi pinggan, sbg "sisa" buangan. Bukan sisa "harapan" utk kita makan.

Agak2, kalau setiap biji biskut yg kita nk ambik tu, kita kena bayar dulu, kita buat gitu dak?

Ok, total biskut yg Puan ambik termasuk utk anak puan punya td, 4 (utk puan) 3 (utk anak) x RM0.70 = RM4.90 (termasuk yg Puan tinggal tepi pinggan x usik tu , dan yg anak Puan buang dlm pasu bunga. Sbb xde org awam/tetamu lain berani/ offer utk mkn sisa Puan. Tuan Rumah pn hati mulia, x kan dia masukkan biskut yg xterusik dlm pinggan tu dlm balang balik)

Agak2 kita buang dak biskut tu? Jadi fikir sebelum ambil. Ambil yg nak makan shj. Termasuk utk anak2. Hanya kita sbg ibubapa yg  ada kuasa mutlak utk "mendidik & MENGAWAL". Jgn Membazir dan "buat khianat" pd makanan. Akhirnya dr jumlah RM500 yg tuan rumah bayar utk Kuih/Biskut Raya td, RM200 nya dibuang ke TONG SAMPAH. Tu belum kira kos "kerepek", roti jala, ketupat, lauk dll. 

So?

Tahniah Syaitan & Hawa Nafsu yg kembali bertugas di Hari Lebaran. Anda menang mudah! Simple majority pulak tu!

Kredit kepada penulis asal atas nasihat yang indah ini.

Jangan membazir tau!

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin 😍


Pesanan tanda kasih lebaran Pesanan tanda kasih lebaran Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Jun 15, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.