Seo Services

SUSAHNYA BILA ANAK SELESEMA

" TAK SENANG DUDUK MACAM NI, NAK TIDUR PUN TAK BOLEH MENGENANGKAN NASIB SI KECIL"



Bila anak tak sihat ini merupakan satu cabaran besar untuk mummy dan daddy di luar sana. Bukan senang nak jaga anak ketika dia tak sihat. Selsema merupakan salah satu penyakit yang selalu menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Bila kena selsema, anak anda mesti hadapi masalah nak tidur lepastu meragam & mengganggu ketika meyusu. Ini merupakan satu cabaran untuk mummy dan daddy.

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Selalunya, ia merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara sebelum dijangkiti individu lain.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi sebaik-baiknya basuh tangan selepas menghembus hidung. Bayi lebih kerap dijangkiti selesema disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. Bayi yang sakit mungkin akan menghidap demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.

Untuk elakkan bayi anda terkena selsema, menyusukan bayi satu daripada cara terbaik melindungi bayi terutama pada bayi yang masih diberikan susu ibu. Jauhi bayi anda dari asap rokok sebab asap rokok tu salah satu punca bayi anda selsema. Jangan bagi sembarangan orang cium atau pegang bayi anda. Kedekut sikit takpe sebab kesihatan bayi lagi utama.

Kalau selsema bayi anda makin teruk bawa segera jumpa doktor takut dijangkiti virus berbahaya. Jika bayi menghadapi masalah hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidungnya kerana dikhuatiri ada objek asing kerana bayi atau kanak-kanak kadangkala memasukkan objek asing ke dalam hidung.


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang

#WeAreFamily

0135819100 Cikgu Basariah
SUSAHNYA BILA ANAK SELESEMA SUSAHNYA BILA ANAK SELESEMA Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 13, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.