Seo Services

Percutian Keluarga di A Famosa Resort Melaka

Assalamualaikum

Alhamdulillah rezeki bersama Asmak cikgu dapat bawak keluarga bercuti di A Famosa Resort Melaka ni.

Tiket dan hotel dah beli awal masa Matta Fair hari tu. Memang berbaloi. Dapat separuh dari harga asal.

Cikgu sekeluarga tidur di Kondo D Savoy Blok 2 bilik 1711. Boleh tahan la keselesaan dia. Hotel dah lama tapi yang penting wifi laju 😂

Kami check in pada hari Jumaat jam 10.13 malam. Al maklum, bertolak dari Teluk Intan jam 4 petang. Makanan sepanjang kat sini diuruskab oleh Team Asmak. Alhamdulillah dapatla merasa masakan istimewa orang Melaka. Hihi.




Hari kedua kat sini kami meluangkan hampir 6 jam di Safari Wonderland. Serius cikgu rasa sangat berbaloi masuk safari ni. Suatu pengalaman yang mengasyikkan. Haiwan banyak persembahan pon semua best². Boleh pula pegang dan bermain-main dengan haiwan-haiwan kat sini.

Kami masuk Safari jam 9.45 pagi keluar dalam 3.30 petang. 10 ribu langkah beb dalam safari 😆 Tercapai target berjalaj harian. Hahahaa.











Keluar dari Safari kami pi jalan sekitar kawasan luar resort konon nak cari minum petang. Jumpa kedai cendol bakar ni. Boleh tahan sedap jugalah cendol durian dia. Harga cendol durian rm5.50.






Pastu balik hotel jap untuk solat dan rehat. Dalam kul 6 tu bawak anak-anak main kolam renang dalam resort ni. Kat depan blok 3 Condo D Savoy ni. Puasla Nurin dan Razin main dalam kolam. Saja tak ambil tiket ke waterpark sebab rasa macam tak sempat dan kelam kabut nanti.




Lepas maghrib kami ke Old West plak. Sini yang best dia ada persembahan api puak red indian dan persembahan bertemakan citrawarna. Diakhiri persembahan dengan letupan bunga api di langit. Memang meriahla. Macam nak sambut merdeka! 😅

Habis persembahan kami jalan-jalan sekitar fun fair dia. Tak banyak permainan. Banyak rumah hantu je dalam Old West ni tapi cikgu tak masuk. Nanti anak mengigau plak tidur malam.

Yang kecewa sket sebab tak dapat masuk studio 4d depa tengah renovate. So depa ganti dengan tiket funfair. Merapu² je game dia pon tapi tengok anak-anak enjoy layankan je.






Dalam jam 11 kami keluar dan bertolak balik hotel untuk tidur. Zzzz...

Lenguh oo kaki, mujoq ada bawak Fresh n Cool datang bercuti sekali 😆



0135819100 Cikgu Basariah
Percutian Keluarga di A Famosa Resort Melaka Percutian Keluarga di A Famosa Resort Melaka Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 06, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.