Seo Services

Kisah inspirasi

Assalamualaikum

RAMLY BIN MOKNI 

Inilah wajah pengasas Kumpulan Ramly yang sangat terkenal dengan daging burgernya yang sedap dan lembut

Saya pernah membuat pinjaman RM70,000 pada 1987 tetapi ditolak oleh institusi kewangan dengan alasan orang Melayu tidak makan burger.

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan  produk jenama Ramly. Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal  bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly  Burger.

Pernah satu ketika, Ramly  Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan  peniaga di jalanan yang menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak  mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly  Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.

Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh  Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap  dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang  halal, bersih dan bermutu.
Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan yang berasal dari  Tanjung Piandang, Perak. Beliau adalah anak yang ke 8 daripada 16 orang adik  beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga  dewasa dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang  pekerjaan.

Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi  iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar  dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan  masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.

Ramly  Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara  Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat  Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi  apabila berkaitan dengan burger.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita  kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi,  Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat  sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan  isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka  suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa  bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka  disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.

Dikatakan pada  mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara  Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat  kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap  terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow  Kit.

Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari  semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian  mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari.

Pada  tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian,  mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan  menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.

Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak  membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan  pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan  tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.

Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging  yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan  pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi  sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging,  daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Kredit: Penulis asal

Cikgu terima dari whatapps group 😄

Semoga memberi semangat untuk berbisnes 😘



0135819100 Cikgu Basariah
Kisah inspirasi Kisah inspirasi Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 21, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.