Seo Services

Mahu mengalah?

Assalamualaikum

Hai hangpa 😘

Kat tempat cikgu ni jerebu makin teruk. Mai petang dah cecah IPU 200 akibatnya sesi petang, pelajar diminta pulang je ke rumah.

Disebabkan cikgu dah set nak buat bengkel dengan penceramah iaitu seorang Ketua Penanda Kertas Sains SPM, makanya sesi bengkel diteruskan.

Budak pon ramai dah balik tapi syukur ada yang masih setia menanti demi ilmu yang akan membantu depa menghadapi peperiksaan nanti.

Kami habis bengkel pon dekat jam 6 petang. Sampai rumah dekat jam 6.30 sebab sempat lagi singgah COD Asmak Baby Powder dekat seorang pelanggan. Anak dia dah banyak hari kena ruam lampin yangvteruk katanya. Kesian. Semoga cepat beroleh kesembuhan.

Penat? Memanglah penat. Tapi, cikgu rasa gembira bila melakukan perkara yang memberi manfaat kepada orang lain. Semoga segala kerjabuat cikgu Allah terima.

Apa kisah hangpa hari ni? Maila kongsi kat komen 😄






Akhir kata dari cikgu, hangpa renungkan poster kat bawah ni 👇



0135819100 Cikgu Basariah
Mahu mengalah? Mahu mengalah? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 17, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.