Seo Services

Review Percutian Bisnes di Cameron Highlands (Part 1) Kisah Snooze Hotel

Assalamualaikum

Hujung minggu ni cikgu sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Sebenarnya percutian ini adalah percutian 2 in1 iaitu percutian dalam kerja.

Cikgu menghadiri kursus Asmak Business Mentoring Q4 di Nova Resort Hotel pada 12/10/2010. Asalnya cikgu booking Copthorne Hotel tapi disebabkan harga yang terlalu mahal bagi cikgu(sebab nak tidur 2 malam), maka cikgu cuba cari hotel yang lebih murah melalui aplikasi Agoda.
Cikgu temui Hotel Jasmine dengan harga untuk 2 malam sekitar rm390+. Dua hari sebelum kursus, tiba-tiba cikgu dapat mesej yang memaklumkan booking yang cikgu buat telah dibatalkan. Terkejut berukla cikgu sebab tak de rasanya cikgu batalkan. Cikgu pon minta suami call hotel untuk bertanya. Hotel minta cikgu hubungi Agoda.

Belum sempat cikgu hubungi Agoda, mereka yang hubungi cikgu dahulu kemudiannya. Cikgu dimaklumkan tempahan terbatal kerana bayaran deposit tidak dapat dipotong melalui kad debit cikgu. Cikgu perlu menelefon bank untuk mengaktifkan pembayaran secara online menerusi kad debit. Akibatnya cikgu terpaksa membuat tempahan semula setelah mengaktifkan kad debit cikgu untuk ecommerce itu.


Hotel Jasmine telah penuh ditempah pada 11-13/10 iaitu tarikh yang cikgu nak pergi. Rezeki pula tiba-tiba muncul iklan Snooze Hotel ni. Harga satu malam lebih murah dari Hotel Jasmine. Jadinya, tana bertangguh, cikgu terus menempah dan membayar untuk Snooze Hotel dengan kadar rm150 semalam. Dapat 2 katil bersaiz Queen. Jumlah termasuk tax rm349.84.

HARI PERTAMA (11/10/19)

Kami bertolak dari Teluk Intan pada hari Jumaat lebih kurang jam 3.45 petang. Sempat singgah ke pejabat sekolah cikgu untuk menghantar borang permohonan keluar negara(ni next trip pula, in shaa Allah). Kami memilih untuk melalui jalan Simpang Pulai kerana jalan ini lebih luas dan selesa berbanding jika melalui Tapah.

Walaupon jalan lebih besar dan lencongan tidak setajam di Tapah, cikgu tetap pening dan terpaksa berhenti di dua tempat untuk menghilangkan pening (dari kecik lagi cikgu ni sejenis yang mabuk jalan. Huhu). Sampai di salah satu restoren selepas melalui pekan Cameron Highlands, cikgu termuntah di hadapan restoren tu. Ni pon selepas sapu Minyak Herba Asmak. Lepas muntah terus rasa lega 😂

Cikgu turun di situ dan buat tempahan makan malam. Dengarnya jalan di Brinchang akan jem teruk. Cikgu rasa tak berminat nak keluar dah malam ni untuk jalan-jalan selepas penat melalui jalan bengkanh bengkok tadi. Cikgu order 4 nasi goreng daging merah dan 3 air milo ais. Harga kesemuanya rm45. Kat Cameron Highlands ni harga makanan memang sedikit mahal. Harga nasi goreng antara 6-10 sepinggan. Nasi goreng daging merah kat restoren ni berharga rm9. Mujur sedap! 😁

Masa kat restoren tu, cikgu perasan ada salah seorang pekerja tu sedang menyuap anaknya makan. Anak itu kelihatan tak sihat, rupa-rupanya anak pekerja restoren itu menghidap asma. Terus cikgu keluarkan sebotol Minyak Herba Asmak dan ajarkan si ibu untuk sapu ke dada anaknya. Nampak anak itu lebih selesa selepas disapu Minyak Herba Asmak. Alhamdulillah.

Perjalanan kami sekeluarga diteruskan. Dari restoren tu ke Brinchang cuma lebih kurang 13 km tapi masanya mengikut waze lebih 1 jam. Pasti jem ni! 

Tepat sangkaan cikgu, jalan jem agak teruk selepas melepasi Nova Hotel menghala turun ke Brinchang. Maklumlah di Brinchang terdapat lebih banyak hotel bajet, kedai-kedai makan dan pasar malam dengan pelbagai pilihan makanan, sayur-sayuran serta kedai cenderahati. Kami akhirnya tiba di hotel sekitar jam 9.30 malam. Siksa betul mencari parking sehingga suami cikgu perlu parking agak jauh dari hotel.

Snooze hotel ini terletak sebaris dengan restoren makanan segera KFC dan di bawahnya terdapat banyak restoren dan kedai-kedai runcit. Makanya mencari makanan di kawasan ini sangat mudah. Kami diberi bilik ditingkat 3. Tiada kemudahan lif disediakan maka perlulah menaiki tangga. Semput jugalah rasanya 😆




Suasana dalam hotel ini agak selesa. Seperti berada di rumah sendiri. Hiasannya juga kemas dan bersih seperti di rumah. Korang boleh tengok gambar-gambar yang cikgu tunjukkan ni. Biliknya sederhana besar. Tandas pula muat untuk seorang-dua orang je dalam satu masa. Agak sempit tapi sesuailah dengan bajet ciput kami ni. Hoho.

Luar dari bilik ni, ada ruang tamu dan ruang makan keluarga yang perlu dikongsi bersama penghuni lain. Jadinya, jenuh jugalah cikgu berpesan kepada anak cikgu teruta Razin dan Rafif agar tidak membuat bising sepanjang bermain di situ. Untuk pengetahuan, ada disediakan ruang buku dan mainan seperti dam kat situ. Anak cikgu suka sangatla.








Bilik cikgu sekeluarga lebih kurang camni la tapi kecik sikit kot. Tak sempat tangkap gambar anak-anak dah comotlan dulu 😆

Ni tandas dia. Agak sempit tapi okla untuk 2 malam je kat sini.

Ni baru part 1. Tunggu tau sampai cikgu habiskan part 3. Stay tuned uolls 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Review Percutian Bisnes di Cameron Highlands (Part 1) Kisah Snooze Hotel Review Percutian Bisnes di Cameron Highlands (Part 1) Kisah Snooze Hotel Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 12, 2019 Rating: 5

8 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.