Seo Services

Resepi Cup Cake Butter Sedap dan Padat

Assalamualaikum

Dah lama cikgu cari resepi kek butter PADAT GEBU camni. Sekarang baru jumpa. Terima kasih Puan Sakinah Sabariah kongsi resepi ni. Cikgu jumpa masa godek-godek web dari dahtauker.com.

Resepi asal untuk buat kek jadi sebiji. Tapi cikgu olah jadikan dalam bentuk cupcake cara cikgu la ye.

RESEPI KEK BUTTER LEMBAP PADAT GEBU

BAHAN-BAHAN:

1 ketul butter 250g

1/2 cawan gula kastor

5 biji telur

1 cawan susu pekat tin

1/2 cawan susu cair tin

2 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar baking powder

CARA-CARA:

Pukul butter dan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji -sebiji dan pukul lagi.

Part ni cikgu mengelat. Campur je butter, gula dan telur pastu blend sampai sebati.

Masukkan susu pekat dan susu segar sambung blend lagi sampai sebati.

Tuang adunan tadi dalam satu bekas, pastu campur tepung gandum dan baking powder. Kaup balikkan guna senduk kayu sampai sebati.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan satu sudu serbuk coklat ke salah satu bahagian.

Untuk masukkan ke dalam cup, cikgu guna sudu je. Masukkan 1 sudu adunan tanpa coklat. Kemudian masuk pula 1 sudu adunan coklat. Buat selang seli. 1 cup kecik ni cikgu masukkan 4 sudu. 2 biasa, 2 coklat. Agak-agakla ye. Masukkan dalam 3/4 cup sebab nanti dia akan kembang sket. Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah plak jadinya.

Bakar dengan suhu 150c selama 20-30 minit, bergantung pada oven masing-masing.

Ni dalam 10 minit selepas masuk oven

Dah nak masak. Seronok tengok dia naik cantik camtu

Untuk pastikan dah masak, cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat di lidi tu, dah masakla tu.

Tada..dah siap!



Nurin rasmi dulu.

Selamat mencuba!

Mencari penawar batuk, asma, semput, lelah, resdung dan pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Cup Cake Butter Sedap dan Padat Resepi Cup Cake Butter Sedap dan Padat Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 19, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.