Seo Services

Tart Bunga Klasik

Assalamualaikum

Hai hangpa! Dah siap kuih raya ke tu?

Siapa kat sini suka tart nenas? Siapa suka, dia geng la dengan cikgu.

Pertama kali nak buat tart nenas ni. Godek sana godek sini jumpa resepi tart nenas yang macam sedap je dari Puan Azlina Ina Bakers yang hebat tu.

Resepi dia ni dapat dalam 80 bijik camtula. Ni sebab cikgu buat tebal. Hikhik. Resepi asal guna butter. Adunan pertama cikgu guna butter. Adunan kedua cikgu guna marjerin. Sedap jugak.

Ok, jom cekidout cara buat tart nenas klasik ni.

Bahan A

Butter 250 g (kalau guna marjerin Pelangi 1kg tu, bahagi kepada empat bahagian, amik 1 bahagian je)
1 kuning telur
2 sudu minyak sapi
3 sudu susu pekat
1 sudu besar esen vanila
Pewarna kuning

Semua bahan A ni kacau sebati guna senduk kayu pon dah ok.

Bahan B

3 1/4 cawan tepung gandum (kalau nak buat tart gulung guna sukatan ni. Kalau nak tekap, tambah lagi 1/4 cawan tepung)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung

Campur semua bahan B dengan bahan A tadi. Uli guna tangan sampai jadi doh yang lembut dan cantik.

Tekap guna acuan. Boleh tengok video cikgu tunjuk ni.


Untuk jem, cikgu beli je yang dah siap kat kedai bakeri.

Dah siap letak jem, bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit guna api atas bawah. Jangan lupa letak sikit marjerin kat dulang supaya mudah nak keluarkan biskut nanti.

Dah siap susun cantik atas dulang ni

Tara..dah siap 😍

Selamat mencuba!


Mencari penawar asma, resdung atau pengganti gula? Sila hubungi nombor berikut:
0135819100 Cikgu Basariah
Tart Bunga Klasik Tart Bunga Klasik Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 18, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.