Seo Services

Info Minyak Zaiton

APAKAH JENIS MINYAK ZAITUN & YANG MANA TERBAIK?

Minyak zaitun terbahagi kepada 5 kelas iaitu;

1) Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
2) Virgin Olive Oil (VOO)
3) Light
4) Extra Light
5) Pomace

Perbezaan ketara jenis minyak zaitun di atas adalah bagaimana ianya diproses dan kandungan khasiatnya. Jenis mana yang hendak dipilih adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaan setiap individu.

Sekiranya untuk tujuan kesihatan sudah tentu khasiat maksimum yang kita inginkan. Jadi jenis extra virgin (EVOO) amatlah disarankan. Ianya adalah pati yang hanya diperah sekali secara “mechanically cold pressed” iaitu perahan tanpa melibatkan pemanasan.

Bagi tujuan memaksimumkan penyerapan khasiat kepada tubuh, bentuk minyak adalah lebih baik kerana tindakbalas berlaku bermula dari mulut, melalui tekak kemudian penyerapan dalam usus.

Bentuk kapsul atau softgel bukanlah tidak boleh, tetapi sarungnya perlu dihadam terlebih dahulu sebelum minyak dikeluarkan kemudian barulah usus menyerap khasiatnya. Kuantiti minyak dalam softgel tersebut tidaklah sebanyak sesudu minyak zaitun.

Jika kita tengok amalan orang Eropah dan Mediterranean mereka makan begitu sahaja tanpa softgel ataupun kapsul.

INFO MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL)

Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi. 

Virgin olive oil (VOO)
adalah hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititis atau direnjis ke dalam makanan/bubur bayi. 

Pure Olive Oil (POO)/Olive Oil

Boleh digunakan untuk menumis makanan. Tapi untuk deep fried, minyak sawit adalah paling sesuai digunakan. Minyak zaitun tidak boleh digunakan pada suhu yang tinggi.

Beza antara EXTRA VIRGIN OIL dengan PURE OLIVE OIL

Walaupun dedua ni nama dia minyak zaitun. Tapi dedua ni tak sama fungsi dan rasa tau. Minyak zaitun ni ada gred dia. 

Kalau nak tahu mana yang lebih baik, kita tengok kandungan acidity dia. Acidity untuk yang high quality mesti 0.8% ke bawah. Ini untuk extra virgin olive oil tau. Kalau pure olive oil pulak acidity dia 2% keatas.

Olive Oil / Pure Olive Oil

Kalau nak main masak masak. Korang guna la "pure olive oil". Pure olive oil ni pada asalnya minyak zaitun yang tak boleh dimakan sebab bau dengan rase dia tak sedap. Acidity dia pun lagi tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin. 

Jadi minyak zaitun ni akan diproses supaya boleh dijual. Lepas diproses, warna dan rasa dia akan hilang tau. Jadi, minyak zaitun ni akan dicampurkan dengan virgin olive oil sikit supaya ada aroma ngan rasa buah zaitun. Biasanya 85% minyak zaitun yang di proses, lagi 15% virgin olive oil.

Lepas diproses, minyak ni sesuai untuk kita goreng goreng. Warna minyak zaitun pure ni lagi cerah dan rasa pun lagi natural tau. Takde rasa pahit minyak zaitun.

Extra Virgin Olive Oil

Kalau yang extra virgin pulak biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasa dia tak terjejas. Minyak ni sesuai untuk makan gitu je ataupun dressing kat salad. 

Minyak zaitun extra virgin ni kalau kita gunakan untuk tumis, khasiat dia akan terjejas pastu boleh menyebabkan masalah hipertrigliseidemia iaitu lebihan lemak dalam darah. 

Jadi, kalau korang nak main masak masak, beli yang olive oil atau pure olive oil. Sebab dia tahan panas. Tapi kalau nak makan sebagai supplement harian. Beli yang extra virgin tau. Minyak zaitun yang extra virgin ni tinggi oksida pastu ada banyak khasiat lain.

Nota : Minyak zaitun ni kena simpan kat tempat kering dan gelap (tak kena cahaya matahari) supaya khasiat dan kualiti dia tak terjejas. Sebaiknya beli dalam botol kaca.

Baby 6 months dah boleh bagi olive oil.  Bagus untuk tambahkan berat badan baby 😊

#keepsharing


0135819100 Cikgu Basariah
Info Minyak Zaiton Info Minyak Zaiton Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 08, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.