Seo Services

Apa itu batuk kokol?

Menurut ciapan pakar kesihatan awam, Dr Ahmad Samhan Awang di Twitter, hari ini, beliau menjelaskan batuk kokol yang turut dikenali sebagai pertussis boleh mengakibatkan radang paru-paru, otak dan sawan dan mudah berjangkit serta boleh membawa maut.

Malah, mengikut laporan baru-baru ini, sejumlah 76 kes batuk kokol direkodkan di Sabah sepanjang tempoh antara Januari hingga 27 April lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 986 peratus berbanding minggu epid sama (ME16) pada tahun lalu, yang hanya merekodkan tujuh kes.


Kes batuk kokol di Sabah dikenal pasti membabitkan 11 daerah dengan Kota Kinabalu paling tinggi mencatatkan 20 kes.

Berikut penjelasan ringkas beliau mengenai batuk kokol.

Soalan: Apa itu batuk kokol?

Jawapan: Ia dikategorikan sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit melalui hidung dan kerongkong.

Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti bunyi nyaring ketika menarik nafas dan berbunyi.

Soalan: Apakah simptom/gejala batuk kokol?

Jawapan: Antara tanda termasuk hidung berair, hidung tersumbat dengan mukus/cecair, mata merah dan berair, demam serta batuk.

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan merangsang untuk muntah, menyebabkan muka menjadi merah atau biru, selain menyebabkan kepenatan melampau. Ini berakhir dengan bunyi 'whoop' bernada tinggi ketika bernafas.

Soalan: Apa yang boleh meningkatkan risiko mendapat batuk kokol?

Jawapan: Vaksin batuk ini yang anda terima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan.

Anak anda ketika tempoh menerima vaksin. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan.

Soalan: Apa gaya hudup yang perlu diamalkan dam rawatan sampingan untuk cegah batuk kokol?

Jawapan: Minum air secukupnya. Air , jus dan sup amat disarankan.

Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.

Bersihkan udara perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.

Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Makan dalam jumlah sedikit dapat mengelakkan muntah akibat batuk. - Foto BH/OWEE AH CHUN
Makan dalam jumlah sedikit dapat mengelakkan muntah akibat batuk. - Foto BH/OWEE AH CHUN





http://www.wasap.my/60105369100/blog
0135819100 Cikgu Basariah
Sumber :BeritaHarian
Apa itu batuk kokol? Apa itu batuk kokol? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 11, 2024 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.