Cepat betul masa berlalu..sedar tak sedar anakanda Razin pun sudah berusia setahun..masuk hari ni dah 1 tahun 4 hari..cepatnya..dan saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan nikmat dan kurnia-Nya saya masih dapat meneruskan penyusuan susu badan buat permata sulung saya ini. Jadi buat ibu-ibu di luar sana, kuatkan semangat dan tanamkan niat di dalam hati untuk meneruskan penyusuan susu badan buat anak kita..produk penyusuan susu badan ini tidaklah mahal jika dibandingkan dengan susu formula yang belum tentu baik buat diri anak kita..biarlah kita berkorban masa dan tenaga kita pada hari ini untuk kesihatan dan perkembangan positif anak kita di kemudian hari..andai saya yang bekerja ini mampu menyusukan secara ekslusif maka saya yakin para ibu di luar sana juga mampu melakukan sebagaimana yang saya lakukan..Berdoalah kepada Allah semoga diberi kekuatan kerana kita hanya merancang tetapi Allah merupakan perancang yang sebenar-benarnya..Wallahua'lam
Sudah setahun usia anak mama dan abah
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Mac 14, 2011
Rating:
Tiada ulasan: