Seo Services

20 asas adab WAJIB diajar kepada anak

Assalamualaikum

Ibu Bapa Yang Bijak Mesti Ajar Anak 20 Adab Penting Ini

Jika anda ingin si manja membesar sebagai anak yang mempunyak adab dan akhlak baik, mulakannya dari sekarang.

1. Apabila ingn meminta pertolongan, dahulukan dengan perkataan "tolong."

2. Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan "terima kasih."

3. Ajar si manja supaya memberi respons selepas ibu bapa selesai bercakp tentang sesuatu perkara dengannya.

4. Segera menyahut panggilan "saya, ibu/ayah", jika nama dipanggil.

5. Didik anak mudah mengucapkan kata "maaf ibu/ayah", jika mereka melakukan kesalahan.

6. Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain kecuali komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada orang tersebut.

7. Bila berkunjung ke rumah orang, jangan lupa ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah.

8. Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

 9. Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diserap dalam minda anak-anak.

10. Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

11. Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

12. Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti positif. Tingkah laku ini akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil.

13. Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di khalayak ramai.

14. Apabila membuka dan melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

15. Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan tanpa membebel atau merungut.

16. Apabila menerima bantuan, jangan lupa ucapkan "terima kasih". Tegaskan kepada anak bahawa ucapan terima kasih boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa akan datang.

17. Ajar si manja untuk mengemas dan membasuh perkakasan makanan yang sudah digunakan supaya dia tahu adab tersebut apabila di rumah orang.

18. Sentiasa membawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu kekotaran apabila diperlukan.

19. Latih anak untuk hanya berkongsi 'pandangan negatif' tentang sesuatu hal dengan individu rapat sahaja iaitu papa dan mama.

20. Ajar si manja untuk bertanya sekiranya ada perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Mempunyai anak yang bijak sahaja tidak cukup kerana apa yang lebih penting adalah anak yang bersopan dan berakhlak. Bijak itu boleh dibentuk kemudian!

kredit : majalahpama.my


20 asas adab WAJIB diajar kepada anak 20 asas adab WAJIB diajar kepada anak Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 21, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.