Seo Services

Pengakuan pengguna MINYAK HERBA ASMAK

Assalamualaikum

Sudah lama saya tak menikmati tidur yang lena. Kerana anak saya sering batuk. Adakalanya berkahak. Apabila batuk, saya akan trauma. Sebab selalunya akan datang berpakej, batuk, demam dan selsema.  Dan sakitnya berlarutan lama. Lama sampai berminggu. Boleh cecah berbulan. Batuknya bukan batuk biasa. Saya pernah berjaga sepanjang malam hanya semata-mata risaukan keadaan batuknya. Batuk hingga ke pagi.

Fikiran saya buntu bila memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak. Bukan sekali dua pergi klinik. Bukan tak pernah berkampung dalam wad hospital. Berkali-kali sedut gas nebulizer. Pernah juga buat suction sedut kahak dengan fisioterapi. Dah banyak ubat yang dilemparkan ke tong sampah. Kami dah lali dengan ini semua. Dah banyak duit hangus sia-sia. Lebih merisaukan saya apabila anak saya merupakan penghidap penyakit kronik.

Anak saya umurnya 3 tahun, Hana Humaira. Beliau merupakan anak syurga saya, anak yang istimewa. Cukup istimewa apabila dilahirkan dengan empat kecacatan pada jantung (tetralogy of fallots).  Lebih istimewa apabila salur darahnya tersumbat (portal vein thrombosis). Garisan parut tegak di dadanya kerana pembedahan jantung, juga punyai parut garisan melengkung di tengah perut kerana pembedahan perut.

Keadaan tubuhnya yang fragile ini menyebabkan saya cukup berhati-hati dan cakna dengan setiap yang berlaku. Batuk yang kerap boleh memberi tekanan tinggi pada tubuhnya. Humaira akan sakit, dia akan letih. Nafasnya berbunyi. Rusuk berlekuk. Pernah batuknya menyebabkan buasir. Kini batuknya menyebabkan muncul inguinal hernia. Doktor sudah beri tarikh untuk rawatan pakar. Bakal menanti saat pembedahan ketiga.

Perjalanan yang hebat ini telah menyebabkan saya sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mengelakkan Humaira daripada batuk. Saya mencuba apa sahaja. Hinggalah saya bertemu dengan #minyakherbaasmak. Saya hubungi ejen Syarifah Syed Ibrahim. Saya katakan padanya bahawa saya mahu minyak herba asmak segera. Hari tu juga Puan Syarifah pos kepada saya. Terima kasih atas servis pantas ini. Saya terus sapu minyak herba asmak ke tubuh humaira.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Batuknya berkurangan. Tidak lagi bernafas laju. Hilang sudah nafas berbunyi. Lenyap terus rusuk berlekuk. Dan yang paling penting, Humaira dapat tidur yang lebih lena. Saya pun boleh tumpang sama. Hati ibu mana yang senang bila melihat anak sakit. Jiwa ibu mana yang tenang bila melihat anak batuk.

Sungguh. Walau sakit Humaira belum sembuh secara total, namun sedikit sebanyak kehadiran minyak herba asmak ini banyak membantu. Saya yakin dengan ketentuan Allah. Saya berpegang dengan janji Tuhan. Setiap penyakit ada penawarnya.

Dengan izin Allah, Humaira pasti sembuh. Dialah nama yang sering disebut. Demi nama yang sentiasa wujud dalam setiap sujud. Demi nama yang pasti hidup dalam tahajud. Dialah ladang pahala kami. Dialah pemilik nama yang mendekatkan kami dengan Tuhan. Dialah asbab usaha dan ikhtiar yang takkan putus. Semoga hasil perkongsian ini dapat membantu lebih ramai lagi insan yang memerlukan kesihatan yang diidamkan.

Terima kasih Minyak Herba Asmak.
Kredit: Nurjuwaini Aziz

Berminat untuk mencuba #MinyakHerbaAsmak?
Hubungi  Basariah Stokis Daerah Asmak www.wasap.my/60135819100

AGEN & STOKIS DIPERLUKAN SELURUH MALAYSIA.


Pengakuan pengguna MINYAK HERBA ASMAK Pengakuan pengguna MINYAK HERBA ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Ogos 20, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.